Chapter 33

5.1K 212 6
                                        

Sayangku Mrs.Yusuf

Just be my sweetie brat , FOREVER ..

Tepat jam 12 tengah hari,Dee dan Camelia tiba di pusat membeli belah Times Square.Sebaik saja kereta diparkir,mereka berdua keluar beriringan sambil tangan mereka bertaut rapat.

"Camy nak window shopping ke?"

Soal Dee memecah kesepian di antara mereka ketika menaiki escalator.Camelia memandang ke arah Dee sambil menjongket kening.

"Nope."

Jawab Camelia sepatah.Dee mengerutkan dahi sehingga sepasang keningnya bertaut.Teruk sunggguh muka tu!

"Camy nak tengok movie?"

"Tett.Salah!"

Camelia menggoyang-goyangkan jari telunjuknya yang runcing di depan mata Dee.Spontan tangan Dee naik menggaru pelipis.Wajahnya kelihatan bingung sekali.

"Habis?"

Tak berputus asa Dee bertanya.Camelia senyum lebar dengan keningnya dinaikkan sebelah.Senyum ada makna!

"Come,let's bonding together!"

Camelia terus menarik tangan Dee apabila mereka telah sampai ke tingkat satu pusat membeli belah itu menuju ke glass lift.Tingkat lima ditekan.Terpinga-pinga Dee dibuatnya.Dia pula jarang-jarang datang ke Times Square,jadi dia kurang arif sedikit tentang mall ini.Tingkat ini ada apa,tingkat itu ada apa.

Rasanya kali terakhir dia datang ke Times Square adalah pada semester akhir pengajian ijazah sarjana muda di USM.

Kaki Dee hanya membuntuti setiap langkah besar Camelia.Tidak lama mereka berjalan,akhirnya langkah Camelia terhenti.Automatik langkah Dee juga mati.

"Here we go."

Ucap Camelia perlahan namun jelas nada keterujaannya.Dee pula sudah terlopong mulutnya melihat papan tanda di hadapannya.Rasa macam nak pitam bila baca nama tempat ni.Dengan background muzik yang sungguh menyeramkan.

Berjaya Times Square Theme Park.

'Fuh,I'm dead.'

Bulu roma Dee mencanak naik secara automatik.Meremang tubuhnya bila terdengar geseran tayar roller coaster dengan rel.Perasaannya tak ubah seperti ketika dia dan Aisy di Abu Dhabi dulu.

"Come.Camy dah tak sabar ni!"

Camelia mengajak.Tangannya dutemukan lalu digosok penuh teruja.Adrenalin sudah pun merembes keluar.Meningkatkan lagi keterujaannya untuk melepas gian.

"Just like you don't know me,Camy.I'm full of scared with those things."

Mendatar nada Dee berbicara.Camelia tergelak kecil menampakkan lesung pipit sebelah kanannya.Kepala tergeleng-geleng.

"Kemon!Sis dah cuba Formula Rossa kut!Setakat Times Square punya roller coaster--Just a bit of it.Tak scary langsung!"

Camelia menayang muka mengejek.Tangannya langsung mencengkam pergelangan tangan Dee yang berlengan panjang dan berbalut hand sock berwarna kelabu.Hanya keluhan lemah terbit dari bibir Dee.Budak Camelia ini kalau dah dia bawa kita ke kandang kambing,kenalah juga kita mengembek.Walaupun TERPAKSA.

She won't change whatever she did.

Orang yang tidak ramai menyenangkan urusan jual beli tiket taman tema ini.Usai tiket dibeli,gelang yang diterima Camelia sarung pantas.Manakala Dee pula lemah gemalai menyarung.Terkial-kial tangannya cuba membuka lekatan gelang tersebut.Camelia merengus sambil menjuling mata ke atas.

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang