Chapter 43

4.7K 246 13
                                        

Sayangku Mrs Yusuf ,

Just be my sweetie brat , FOREVER ..

JAM sudah menginjak pukul 6.30 petang,tetapi masih belum ada tanda-tanda Aisy dan Johan mahu berhenti berbual.Sejak tengah hari tadi,sudah keluar makan tengah hari bersama.Tengok wayang,pergi mall,lepak Bukit Bintang dan Dee?

Dah serupa orang gila!

Dee mengetap bibir menahan sebal dalam diri.Apabila dia mengajak Dahlia,berjuta alasan diberi.Katanya sibuk nak siapkan majlis pernikahan yang tak beberapa hari lagi.

Oh ya lupa!

Dahlia sudah bertunang lima bulan lalu dan bakal melangsungkan perkahwinannya pada hujung bulan dua belas.Bererti lagi enam bulan tersisa sebelum gadis itu diikat orang.

Dee jadi terimbau saat dia mendapat tahu khabar gembira itu apabila dia diumumkan sebagai bakal P.A Aisy menggantikan Dahlia,dua minggu selepas mereka pulang dari Dubai.Bila ditanya sebab Dahlia meletakkan jawatan,langsung wanita manis itu membuka mulut.

"Ada apa ni?Kenapa semua gathered kat sini?Ada apa-apa yang saya tak tahu ke?Kak Lia,Daus?Anything?"

Terpinga-pinga Dee memandang Aisy,Dahlia dan Daus silih berganti.Riak wajah masing-masing serius ya ampun!Kedengaran deheman Aisy setelah sekian lama berendam suara.

"Intan,did you remember pasal yang aku cakap kau akan gantikan Lia untuk jadi PA aku?That one yang sebelum kita perform umrah."

Dee angguk teragak-agak.Matanya mencari sepasang mata Dahlia yang mengenakan lens berwarna grey itu.Cuba mencari kepastian.

Oh tuhan,jangan cakap sekarang aku akan jadi PA dia.

I'm totally not ready!

"As you know,kau akan jadi PA lagi one month something right?So--"

"Encik Aisy,tolonglah.Kalau ye pun nak suruh saya jadi PA encik,tolonglah bagi saya masa sedikit.Saya perlu belajar.It's not that easy."

Rayu Dee dengan wajah suram.Dia lihat kerutan di dahi Aisy.Daus dan Dahlia pula asyik mengulum senyum.

"Berapa kali dah aku cakap,jangan menyampuk bila aku cakap!Ni la jadinya-"

"…Intan,aku nak bagitau kau,sepatutnya kau ambil alih tugas Lia bulan depan.Tapi tak jadi,post-pone dulu.Hujung bulan dua belas or officially bulan satu tahun depan baru dia resign.Faham tak?"

Tegas suara Aisy berkata.Terus tersengih-sengih Dee dek malu kerana menyerbu tak pakai tali pinggang keledar!Ekor matanya sempat menangkap jelingan mata dua ekor di sebelahnya ini.

Dok ketawakan oranglah tu!

"Ouh okey,faham!Tapi kan-"

Mata Dee melirik dari atas hingga ke kaki Dahlia berulang kali.Dahinya berkerut-kerut lagak memikirkan sesuatu.

"Tapi apa?"

Sampuk Aisy tidak menyabar.Pantang betul dia dengan perangai cakap dengan ayat tergantung.Rasa nak backhand aje!

"Kenapa Kak Lia nak resign eh?Bukan ke dah nak masuk enam tahun Kak Lia jadi PA Encik Aisy?Dah tak boleh tahan dengan perangai dia ke?"

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang