Chapter 44

5.1K 241 4
                                    

Sayangku Mrs Yusuf ,

Just be my sweetie brat , FOREVER ..

"Aisy.."

"Ibu.."

Segera Aisy menyalami tangan Rafeeda.Senyuman beraja di bibir.

"Eh,Joe.Lamanya aunty tak jumpa kamu.Sihat ke?"

Sapa Rafeeda ramah sebaik saja retina matanya menangkap wajah hitam manis Johan.

"Aunty,alhamdulilah Joe sihat je.Hmm,iyelah last Joe balik Malaysia rasanya lima tahun lepas kut."

Bunyi kenyataan Johan seolah olah memerli Aisy.Terus tersentap lelaki itu.Jelingan maut segera dihadiahkan pada Johan.

"Ibu buat apa kat sini?Ayah mana?"

Aisy segera menyampuk.Tak mahu dirinya dileteri Rafeeda kelak.Tak guna punya Johan!Siap kau!

Dee sudah meneguk liur kesat.Bagaimana pula dia boleh membantu dan berkenalan dengan orang tua Aisy?

Allah,tolonglah hambaMu ini.

"Ibu datang teman ayah nak beli buku.Lepastu tadi ayah kamu nak beli apa entah,ibu tunggulah ayah kamu kat sini.Lenguh dah kaki ibu ni nak berjalan ikut ayah kamu tu."

Celoteh Rafeeda panjang lebar.

"Oh haa lupa!"

Aisy menggaru belakang kepalanya sambil tersengih.

"Ibu,ni Intan."

"Aisy,ni Dee."

Perkenal mereka anak beranak serentak.Dee hanya mampu tayang senyuman tidak bersalah sebelum dua beranak itu ketawa.

"Siapa Intan,Aisy?"

Rafeeda kelihatan bingung.

"Intan,Dee.Orang yang sama.Nama dia jugak."

Terang Aisy sebelum Rafeeda terangguk-angguk faham.

"Aunty,nama penuh Dee,Intan Diana.Boleh panggil Dee atau Intan.Apa pun boleh asalkan masih nama Dee."

"Laa,iyeke?Aduhai,macam macam.Eh kejap,Aisy dan Dee kenal ke?Macam mana boleh kenal?"

"Of courselah Aisy kenal Intan,bu.Dia bodyguard Aisy.Yang ibu pulak,macam mana boleh kenal Intan?"

Habis menjawab pertanyaan Rafeeda,dia kembali bertanya kepada ibunya.

"Orang tanya dia,dia tanya kita balik.Ibu kenal Dee masa dia dan adik dia selamatkan ibu time kena tengking dengan sorang perempuan ni.Aisy ingat tak yang ibu cerita itu hari?"

Lama Aisy mengerutkan dahi,baru dia perasan cerita ibunya yang satu itu.Bibirnya membentuk 'O'.

"Feeda,awak kat sini rupanya.Puas abang cari awak.Eh,Aisy buat apa kat sini?"

Suara garau milik Kamarul yang entah datang dari mana menggamit perhatian semua orang.Aisy pantas mencium tangan kasar milik ayahnya itu.

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Where stories live. Discover now