Chapter 35

5.4K 229 9
                                    

Sayangku Mrs.Yusuf

Just be my sweetie brat , FOREVER ..

"Kalau perlu,kita bunuh Haziq?"

Sampuk Daus.Terletus tawa Aisy tanpa dijangka.Daus tayang muka hairan.

"You watch dramas too much,Daus.Kau ingat aku ni dah hilang akal ke nak bunuh orang?Tak ada guna pun aku kotorkan tangan dan nama aku untuk hapuskan manusia kotor macam dia tu--"

Aisy terhenti.Dia memandang ke sisi restoran.

"Dia je yang sanggup kotorkan tangan dan nama dia untuk hapuskan semua orang yang dia benci--"

"Just let Allah judges everything.Dia ada syurga dan neraka.He will put every single of us into both of it fairly.Got to go,man!See you then."

Bahu Daus ditepuk sebelum Aisy terus berlalu meninggalkan Daus yang masih terpinga-pinga.Daus bingung.Namun,apa saja yang berlaku.Soal Haziq tetap perlu dia selesaikan.

Aisy terus masuk ke dalam perut keretanya.Enjin dihidupkan lalu pendingin hawa ditekan.Bahang di luar tidak dapat menandingi panas hatinya yang kian menjadi-jadi.Pendingin hawa ini juga bukan penawarnya.

Aisy melonggarkan ikatan tali lehernya dengan tangan kirinya.Butang atas kemejanya dibuka.Sebelah lagi tangannya erat memegang stereng.Kadang kala ada keluhan kecil terbit dari bibir merah itu.Kata-kata Daus terus berlegar pada kotak mindanya.

"He don't even know about you and Dee.He came there without any reasons to harm y'all.But--"

"He has someone special there."

Sejujurnya,Aisy bingung.Kalau benar Bella ialah teman wanita Haziq,bererti dia dalam bahaya.Kerana kedua-dua mereka punya agenda tersendiri yang berkaitan dengannya.

Haziq ingin lenyapkan dia kerana dendam lama.

Bella ingin dapatkan dia.

"Ya Allah,Kau lindungi aku dan Intan.Protect us from harmness.Jauhkan kami dari hasad dengki orang-orang di luar sana."

Doa Aisy sambil memejamkan mata dengan kepala yang tersandar pada kusyen empuk keretanya.Wajah polos Dee bermain di mindanya tiba-tiba.Cepat-cepat dia hela nafas kasar untuk mengusir bayangan wajah yang dirinduinya itu.Tadi pun dia tidak sempat tatap lama kerana panggilan urgent dari Daus.Lagipun dia baru saja habis berbual dengan P.Inya ketika dia lihat Dee di hadapan biliknya soal Haziq--

"Intan dengar ke apa yang aku bualkan tadi?Ah,shit!"

Tanpa amaran,stereng kereta dihentak kasar.Menyesal dengan kelancangan mulutnya.Sepatutnya dia tahu pejabat itu dikelilingi manusia yang pernah terluka kerananya tanpa khilaf.Segera Aisy beristighfar sebelum dia mengemudi stereng kereta keluar dari kawasan parkir restoran itu.Rumah ibunya dituju.Sudah lama dia tidak menziarahi orang tuanya.




Deruman enjin di luar rumah agam Rafeeda mematikan tangannya untuk terus memotong sayur.Dia lantas membasuh tangannya di sinki lalu dilap pada kain yang tergantung di tepi dinding.Kakinya dihayun ke ruang tamu.

"Assalamualaikum."

Pintu dikuak dari dalam.Tersenyum lebar Rafeeda saat melihat batang tubuh di hadapannya kini.Lantas tangannya didepa merangkul tubuh yang sangat dirinduinya ini.

"Waalaikumsalam.Aisy,lamanya tak balik.Ibu rindu sangat dengan anak teruna ibu ni."

Belakang Aisy diusap perlahan.Air mata tuanya menitis.Dagunya direhatkan pada bahu anak lelakinya yang tinggi lampai itu.Dia dapat rasa ada usapan kasih pada belakang tubuhnya.

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Where stories live. Discover now