Chapter 52

5.2K 257 13
                                    

Sayangku Mrs.Yusuf

Kamu dikirim Tuhan untuk melengkapi aku ..

Dee diam memerhati langit hitam di atas.Kewujudan Aisy diabaikan.Dia sendiri terbuai dengan keindahan ciptaan Tuhan yang satu ini.

"Intan," seru Aisy.Dee menoleh sekejap memandang Aisy yang kacak mengenakan t-shirt hitam sedondon dengan jeansnya.

"Kau tak terfikir nak kahwin ke?" Soalan Aisy membuatkan Dee terbatuk kecil.Terus lelaki itu memandang Dee.Risau dibuatnya melihat Dee batuk tidak berhenti.

"Kau okey tak ni?" Anggukan Dee buat dia berasa lega sedikit.

"Ka-Kahwin?Entahlah,saya belum jumpa yang sesuai," jawapan selamat.

"Belum jumpa yang sesuai?" Terselit nada jauh hati di situ.

"Saya belum jumpa lelaki yang menepati kriteria idaman.Pilih suami bukannya pilih baju yang boleh tukar dalam masa 7 hari kalau tak muat.Ini soal hidup dan mati," celoteh Dee.Aisy diam lama.

"Kau nak lelaki yang macam mana?"

"As simple as my late dad.Itu yang paling sempurna."

"I wish I know how your dad was," Aisy ketawa kecil.

"Ayah saya ni seorang yang penyabar,cool.Dia tak mudah melenting dan dia masih boleh senyum even dia tengah marah.And most importantly,dia seorang yang menghargai wanita."

Aisy memalingkan mukanya melihat raut wajah Dee yang tersenyum hambar memandang bintang di langit.Dia menghela nafas lemah.

"Masih ada ke lelaki macam tu sekarang ni?" Aisy memprovokasi.

Ada,sebelah saya ni.

Ikutkan hati itu saja ingin dia katakan.Namun dia masih waras.Mahu balik berjalan kaki kalau dia cakap begitu kepada Aisy.

"Entahlah.Ada kut," perlahan Dee menjawab.

"Encik Aisy pulak?Taknak bina keluarga?You are almost 30 now.Masa yang tersangat sesuai untuk kahwin.Ada wife,children.Make an useful time," pancing Dee.Kemudian dia terdengar Aisy ketawa.

"I always think about it.But,aku tengah tunggu someone ni.I really like her,but aku tak tau macam mana nak confess pada dia.She's so different for me," kata-kata Aisy membuatkan Dee terdiam.Dia rasa tercabar.

Tiba-tiba dadanya sebu.Rasa macam nak pecah jantungnya dia rasakan.

"Con-Confess jelah.Lambat nanti,kena sambar dek orang," Dee cuba menutup perasaan terluka di hati.Meskipun,suaranya bergetar maha hebat menahan air mata.

"Saya nak ambil phone kejap dalam kereta.Excuse me," helah Dee.

Perasaan di dada semakin sarat.Bingkas Dee bangun lalu menapak ke arah kereta Aisy.Sakit dadanya menanggung rasa.Air matanya jatuh setitis.

Aisy diam membiarkan Dee pergi.Apabila Dee sudah jauh beberapa tapak,barulah dia bangun mengejar.

"Kalau aku nak mintak tolong kau,boleh?"

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Where stories live. Discover now