Sayangku Mrs.Yusuf
Just be my sweetie brat , FOREVER ..
"Miley."
Panggil Hayden melalui interkom.Tidak lama kemudian,suara Miley kedengaran membalas.
"Yes,sir.Anything?"
"Please make an order a bouquet of white roses for me.I want it now."
Arah Hayden tegas.Miley mencatat sesuatu di atas bukunya.
"Alright sir.I'll make it now.Anything else?"
"No thanks.That's all.Thank you."
Talian interkom Hayden putuskan.Dia menyandar ke kerusi empuknya.Matanya dipejamkan rapat.Bibirnya senyum mekar.Wajah manis Bella terlayar di mindanya.
Hari ini genap lima bulan mereka berhubungan sebagai sepasang kekasih.Dia mahu membuat kejutan buat Bella.Dia mahu Bella tahu gadis itu amat bermakna dalam hidupnya.
Jam berbentuk kuda polo di meja kerjanya dikerling sekilas.Lagi dua puluh minit jam 12 tengah hari.Segera dia mematikan PCnya dan mengemas segala fail yang bertaburan di mejanya.Setelah itu,pouch bagnya dicapai lalu dia keluar dari pejabatnya dan merapati Miley yang tekun menyiapkan kerja.
"Excuse me,Miley.Where's my bouquet?"
Hayden menepuk perlahan meja Miley untuk membuatkan setiausahanya itu sedar akan kehadirannya.Miley terdongak.Ada senyuman kecil menghiasi bibir tebal beralaskan gincu merah menyala itu.
"Ouh,yeah.Wait a minute,I'll get it for you."
Miley menolak kerusinya ke belakang lalu bangun.Kakinya diatur ke meja reception.Sejambak bunga ros putih yang dipesan Hayden tadi diambil lalu dibawa ke arah bosnya itu.
"Yours."
Hayden menyambut bunga itu dari Miley sambil senyum lebar.Senang melihat gubahan yang indah itu.Dalam fikirannya dia sudah terbayang-bayang reaksi Bella yang pasti akan menjerit memeluknya kerana terlalu suka akan ros putih ini.Lima bulan menyulam cinta,dia sudah sedia maklum akan bunga ros putih yang menjadi kegemaran Bella.
"Thanks a lot Miley for your favour.I'll be off for this afternoon.Please cancel all my meetings and appoinments."
Tanpa menunggu reaksi balas dari Miley,Hayden pergi meninggalkan empayar Marquez Fam.Segera dia meloloskan diri ke dalam Rolls Royce Dawn miliknya.Laju dipandu ke rumah Bella yang tidak jauh dari pejabatnya.
Sepanjang perjalanan,bibirnya menyanyikan bait-bait lagu Perfect dendangan Ed Sheeran.Jarinya pula ligat mengetuk stereng kereta senang.Dalam fikirannya,dia membayangkan Bella.Sejujurnya,memang wanita itu sempurna luar dalamnya.
"Dancing in the dark,
With you between my arms,
Barefoot on the grass,
Listening to our favourite song,
When you say you looked mess,
I whisper underneath my breath.
But you heard it,
Darling you look perfect,
Tonight.."
Setelah melepasi lampu isyarat,Hayden menyalakan signal ke arah kiri.Dia memandu masuk ke arah perumahan Bella.Tidak lama kemudian,dia tiba di hadapan rumah Bella.Dia nampak kereta Bella di bawah garaj.Lantas bibirnya mengorak senyum.
ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
Fiksi UmumROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...
![Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]](https://img.wattpad.com/cover/123876701-64-k214442.jpg)