Chapter 2

12.4K 523 13
                                    

Sayangku Mrs.Yusuf

"Just be my sweetie brat , FOREVER .."

_________________________________________

Dee menghentak hentakkan kakinya sebaik saja masuk ke dalam rumah sewa Qaisara.Dia terus berlalu ke bilik dengan rasa sebal dalam hati.

Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik,pintu biliknya dihempas kuat.Terkejut Qaisara dengan bunyi dentuman itu.Lantas dia berlari ke bilik Dee.

"Dee,kau kenapa?"

Qaisara mengetuk pintu tidak henti henti.Lama juga soalannya dibiar sepi.

"Takda apa,Qai.Aku okey."

Jawab Dee lemah.Qaisara mengucap lega.

"Boleh aku masuk tak?"

"Masuklah."

Arah Dee.Pintu bilik dikuak dari luar.Terjengul wajah Qaisara di muka pintu.

Lantas Qaisara menapak ke arah katil.Dia duduk di birai katil berhampiran dengan Dee.Wajah gadis itu kelihatan sugul.

"Babe,what's going on?Macam mana interview tadi?"

Soal Qaisara.

"Qai,I...Ermm,I'm so sorry.Aku..Aku janji aku akan dapatkan kerja dalam masa yang terdekat.Aku janji aku takkan susahkan kau.Kalau aku tak dapat kerja dalam masa yang terdekat ni,aku janji aku akan keluar dari rumah ni.."

Tangan Qaisara digenggam.Rasa bersalahnya terhadap Qaisara semakin menggunung.

"Kenapa?Kau tak dapat ke kerja kat situ?"

Qaisara semakin tidak faham.

"Kau anggaplah rezeki aku bukan dekat situ.."

Dee diam.Buntu memikirkan di mana lagi harus dia cari kerja.Kasihan Qaisara.Dia harus menyara Dee pula.

"Tapi kenapa?"

Qaisara masih tak puas hati dengan jawapan Dee.Rasanya macam dia ada menyorok sesuatu.

"Aku blah dari interview tu."

"What?!"

Terlopong mulut Qaisara.

"Kau dah kenapa Dee?"

Dee mengeluh lemah.Perlu ke dia ingat balik apa yang jadi tadi?

"Aku..Ermm..Tadi.."

Dee jadi serba salah.

"Kau apa?"

Marah Qaisara.

"Bos syarikat tu hina aku!Dia tuduh aku macam macam!Kau ingat kau aku ni gila sangat ke nak stay kat situ?"

Dee dibadai emosi.Rasanya sakit hati dia belum berkurang.

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Where stories live. Discover now