Ni hadiah sempena 3K votes , 50K reads and 3 IN GENERAL FICTION !
***
Sayangku Mrs.Yusuf
Just be my sweetie brat , FOREVER ..
Daus mencicip teh tarik yang dipesannya sebentar tadi.Sudah lama dia tidak datang melepak di kedai mamak.Lama dia bawa diri merantau ke tempat orang mencari rezeki.
Mata Daus melekat pada skrin layar di depan.Namun mindanya terbang melayang ke arah lain.Atau lebih tepat mindanya kini teringatkan tentang Haziq.
Dia teringatkan perbualannya dengan Aisy petang tadi.Nampaknya semua ini tak mudah untuk dirungkaikan.Haziq itu pula bukannya manusia biasa.Dia itu manusia yang penuh muslihat dan kelicikkan.
"Daus right?"
Lamunan Daus patah saat ada yang menyapanya.Dia mendongak ke arah suara itu.
"My man,Effy!"
Mereka menekup tangan senang lalu melagakan bahu sesama mereka.Sempat kedua-dua teruna itu ketawa.
"What's up,man?Long time no see.Tau ah dah jadi warganegara UAE."
Sindir Effy sambil gelak.Daus mencebik menyampah.Itu sajalah yang dibahannya.
"Carut ah kau lebih.Mana ada aku jadi warganegara sana.Kau ingat senang ke--"
"Anyway,aku macam nilah.Alhamdulilah sihat je.Tu arr,rasanya last kita jumpa masa Lia tunang dengan arwah kut."
Effy angguk setuju.
"Kira ah,dah berapa lama.More than two years kut.Aku sampai lupa muka kau macam mana!Hahaha--"
Seloroh Effy sambil ketawa besar.Mujurlah semua orang sibuk dengan perlawanan bola sepak di layar skrin.Kalau tidak,pasti saja mereka jadi tumpuan.Biasalah,bila jejaka kacak tampan ketawa macam tercekik mikrofon.
Well-well.
"Fuh!Menganjing sia kau ni,Fy."
Daus menyebak rambut ke belakang.Pecah ketawa mereka berdua.
"Wah,warganegara UAE up to date tho dengan ayat-ayat hashtag budak wicet!"
Terus singgah tamparan di belakang tubuh Effy.Geram bukan kepalang Daus dengan mulut si Effy.
"Kemain kau bahan aku eh!"
Marah Daus.Effy sambung ketawa.
"Woi,kau ni gelak je kerja.Taknak order ke?Kang kau penat gelak,tak memasal je kau rembat teh tarik aku.Macam aku tak kenal kau--"
"Sekilas ikan di air pun aku tahu jantan betinanya.Inikan pula Effy Redza bin Husin."
Daus tayang muka angkuh.Effy menjuih bibir.Mulalah nak keluar sikap perasan dia tu.
"Order ah cepat!Aku belanja."
"Serious ah?Anney,milo tarik satu.Buih kasi lebih!"
Pesan Effy.Daus di sampingnya ketawa dengan perangai Effy.
"Hah,asal kau balik Malaysia.Pelik betul,selalunya kalau Aisy kasi kau job baru timbul kau kat sini.Berapa lama stay sini?"
YOU ARE READING
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
Ficción GeneralROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...