Chapter 51

5.2K 236 8
                                    

Sayangku Mrs.Yusuf

Kamu dikirim Tuhan untuk melengkapi aku .

"So,kita nak masak tomyam kan malam ni?" Dee meliarkan matanya ke segenap ruang pasaraya Hero Market.

"Erm..Yup,so we need cabbage,carrots,chicken,squids,prawns and…"

"Celery!" Dee bersemangat mengingatkan Qaisara akan sayur kegemarannya itu.

Qaisara menjeling saja.Sedar Qaisara sudah membuat muka jengkel,Dee segera ukir senyum tidak bersalah.

"Jom,let's start our mission.Tomyam's mission!"

Ucap Dee penuh semangat.Tangannya digenggam seperti penumbuk lalu diangkat ke atas.

Macam nak laung merdeka je!

"Erk?"

"Ee,hang ni!Tak sporting langsung!Aku sekeh kepala satgi,"tak pasal-pasal keluar habis loghat Utaranya.

"Dah-dah,jom cepat."

Dee terus menarik Qaisara ke bahagian sayur-sayuran.Rambang mata mereka melihat sayuran segar itu.Dee mencapai segala jenis sayuran yang diperlukan lalu dicampak ke dalam troli yang ditolak oleh Qaisara.

Tetapi dari tadi Dee merasa ada orang yang mengekori mereka berdua.Beberapa kali cubaannya untuk menangkap 'makhluk' itu,tetapi tersasar.

"Qai,kau ada rasa something tak?" bisik Dee perlahan.

Qaisara mengerutkan dahi sebelum menggeleng.Dee menayang muka cemas.

"Takde rasa apa pun,"komen Qaisara.

"Aku rasa macam ada orang dok follow kitalah.Okey,now.Cuba kau pusing belakang,buat-buat ambil sayur kat belakang tu,"arah Dee.

Qaisara menurut.Dia memusingkan tubuhnya dan berpura-pura mengambil kangkung di belakangnya.Matanya menangkap susuk tubuh lelaki berkemeja kotak-kotak di belakang mereka berdua.Nampak macam cemas saja bila Qaisara menoleh ke belakang.Dia pun berpura-pura tengok sayur-sayuran itu.

"Hah,lelaki tu dari tadi lagi aku perasan ada je mana kita pergi.Kau tau,tak?"adu Dee.

"Hish,abaikan je lah dia.Mana tahu dia memang nak mencari sayur kat wife dia.Husnodzon sikit,Dee,"bisik Qaisara.Dia cuba menenangkan Dee.Meskipun sedikit sebanyak dia pun turut berasa risau.

"Erm,carrot ada.Cabbage ada.Celery,of course ada!Erm,apa lagi yang takde eh?" Dee mengetuk dagunya lagak berfikir menggunakan jari telunjuk.

Berpura-pura,bimbang lelaki aneh itu curiga.Qaisara pun turut berfikir sama.Lama dia memerhati troli,baru dia teringat.

"Hah,limau dengan daun limau purut dan serai."

"Haahlah.Lupa pulak benda basic tu.Erm,kau pergi ambik semua tu dulu.I wanna find my stuff kejap.Jumpa kat kaunter,okey?" Dee terus berlalu pergi meninggalkan Qaisara.

Qaisara perasan yang lelaki tadi sudah hilang.Dia hanya mengangkat bahu.Kakinya terus maju menapak mencari bahan-bahan masakan yang dia perlukan.Ketika melalui bahagian pes masakan,Qaisara berhenti lalu membelek pes tomyam yang pelbagai jenama.Satu persatu ditelek bagi memastikan yang terbaik.

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Where stories live. Discover now