Sayangku Mrs.Yusuf
Just be my sweetie brat , FOREVER ..
"
ASAL korang gelak?"
"Eloklah tu korang berdua,asyik bertekak lawan mulut je.Tunggulah dua tiga tahun lagi.Memang sampailah kad kahwin korang kat akak.Eeei,tak sabarnya nak makan nasi minyak korang!"
Usik Dahlia tersengih-sengih.Becca yang sudah selesai memakaikan inai pada Dahlia sudah berkemas.Kepalanya tergeleng-geleng melihat keletah dua gadis di depannya itu.Maria pula sibuk berbalas menyiku dengan Dahlia.
"Eei,akak ni!Merepek apa entah!Lagi satu,kenduri Dee tak masak nasi minyak.Dee order steamboat!"
Dee memulangkan paku buah keras.Dahlia sudah berura-ura hendak membaling bantal kusyen ke arah Dee,namun gadis itu lebih cekap berlari darinya.
"Girls,Panama time!Music please!"
Seru Dee lantang sambil tersenyum.Spontan ruang tamu rumah Dahlia terpadam lampu utama dan digantikan lampu-lampu kecil berwarna warni.Muzik Panama sudah mengisi segenap ruang itu.Dahlia sudah tergeleng kepalanya.Tak sangka mereka nak surprisekan dia sebegini.Baru saja dia mahu mencapai tangan Becca,gadis itu pun sudah lesap.Kalih ke sebelah kiri pula,Maria turut ghaib.
Rupanya sudah menyertai kumpulan gadis di hadapannya!
Rancak saja mereka gadis-gadis itu menarikan tarian Panama dalam versi yang lebih sopan.Tambahan pula,tiada kaum Adam di situ.Jadi mereka bebas bergelak ketawa dan bergelek tanpa ada sesiapa yang memandang.Dari awal lagi Dee sudah meletakkan stand kamera yang dapat merakam segenap ruang itu.
Tamat saja lagu itu,Dahlia bertepuk tangan teruja.Air matanya meleleh kerana ketawa dan terharu dengan mereka yang sangat sporting.Sangkanya kejutan itu akan terhenti di situ.Namun meleset sama sekali apabila muzik Baby Shark pula berkumandang.
Sekali lagi kumpulan gadis di hadapan Dahlia menarikan tarian Baby Shark yang diubah suai sedikit langkahnya.Dahlia tersenyum lebar.Ini akan menjadi kenangan terindah buatnya.
Habis saja lagu Baby Shark,gamat ruang tamu rumah Dahlia dengan ketawa dan tepukan mereka semua.Dahlia sudah terbahak-bahak ketawakan mereka semua.Terutamanya Dee.
"Hey sayangku,hari ini aku syantik.."
Sekali lagi riuh gelak ketawa mereka semua sambil membuat Lagi Syantik Challenge.Kali ini,Dahlia ketawa sampai meleleh air matanya.Kelakar sungguh rakan-rakan dan saudara maranya ini.Gamat suasana malam ini.Dengan berbaju tidur masing-masing.
Tiba-tiba tangan Dahlia ditarik seseorang.Rupa-rupanya Dee yang menariknya dalam samar cahaya itu.
"Akak,jom menari sekali.Takkanlah pengantin nak tengok kitaorang je pastu gelak.Menari sekali baru rancak!"
Dahlia tergeleng-geleng kepalanya.Diikutkan saja permintaan Dee memandangkan semua pun bersorak agar dia menyertai mereka semua.
Hampir jam satu pagi,mereka selesai bergelak ketawa dengan tarian dan sesi pertanyaan kepada si bakal isteri.Macam-macam soalan yang diajukan.Dan pastinya semua soalan tidak gagal membuatkan tetamu tidak kering gusi.
"Girls,thank you so much untuk malam ni.Lia takkan boleh lupakan malam yang sehebat ni seumur hidup Lia tau!"
Ucap Dahlia terharu.Hujung bajunya digunakan untuk menyeka air mata.
ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
General FictionROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...
![Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]](https://img.wattpad.com/cover/123876701-64-k214442.jpg)