Normal's POV
Gempa datang ke sekolah seperti biasa dan dengan keceriaan yang luar biasa.
"Hai Gopal!Kawan baik aku~"
"Hai Gempa!" balas Gopal lalu berhigh-five dengannya.
"Hai Ying!Kau comel hari ni!"
"Aik?Apasal lu ni?" Ying melompat kerana terkejut tapi dengan pipi yang memerah.
"Hai Yaya!Ada tak biskut kau lagi?Nak beli!"
"What the.." hairan Gopal.
Gopal dan Ying berpandangan sesama sendiri.
"OMG..Kau nak beli biskut saya?"
Gempa mengangguk-angguk.
"Kau ni buang tabiat ke apa?Salah makan ubat?" tanya Gopal bertalu-talu.
Yaya menjeling Gopal."Kau ni.Suka hati dialah nak beli biskut saya.Kan Gempa?" Yaya menghulurkan sepeket biskut kepada Gempa.
"Ye..Terima kasih,Yaya.. :) "
"Sama²^^"
Gempa meninggalkan mereka semua.Dia memasukkan biskut itu ke dalam begnya lalu tersengih keseorangan.
Gempa's POV
"Gopal budak bodoh tu..Ingat saya nak sangat ke makan biskut jahanam Yaya ni?Ni stok racun saya.Untuk bakal mangsa seterusnya.Tak perlu beli susah² dekat kedai.Beli dengan Yaya je dahlah murah,jimat duit.Bijak sangat saya ni." Gempa bercakap sendirian.
"Kau apehal bercakap sorang² ni?"
"Eh biskutku racun!" saya terjatuh akibat terlalu terkejut.Bila saya pandang atas,saya nampak Fang dengan muka yang hairan memandang saya.Saya terus berdiri.
"Apa yang biskut kau racun?" tanya Fang.
"Arr..Hehe.Takde..Melatah je tadi tu.." jawab saya sambil tergelak-gelak.
"Gempa,pulang nanti pergi rumah saya!Kita study sama²!Nak?" Fang tiba² tukar topik.
"Hmm..Okay!^^ " saya terus bersetuju.
Saya meninggalkan Fang dan berjalan melompat-lompat macam Pinkie Pie My Little Pony sebab mood gembira saya masih on.Yelah,kemarin saya berjaya bunuh seorang pesaing saya.Siapa tak gembira?
Dan saya tak sabar nak tahu siapa mangsa seterusnya~ :)
Ufufufu~
Masuk kelas..
"HELLO SEMUA!!" jerit saya bila saya masuk kelas dan menyebabkan semua orang dalam kelas saya melatah habis-habisan.
"Kau ni Gempa.Masuk tu bagilah salam." rungut Ice.Mesti saya kacau dia tidur ni.Yelah,kehidupan dia dalam mimpi bukan dunia.Who agree with me?
"Aik?Hello tu salam lah,kan?" saya menyiku Taufan yang sedang murung memandang lantai.Kecian..Kawan saya yang lagi satu ni..Mesti sakit kan hati tu?Maaf,tapi saya tak faham perasaan kau.Macam saya nak tambah pula kesakitan di hati dia ni.Saya tersengih-sengih sendirian.
"Kau kenapa,Gempa?" soal Blaze tiba².
Saya memandang Blaze sambil tersenyum."Saya kan baru jadi penolong ketua pengawas.Kalau kau dalam situasi saya,mesti kau rasa gembira sangat²,kan Blaze?"
"Tapi Hali baru je masuk hospital kemarin.." sampuk Taufan."Saya tak boleh berhenti fikirkan pasal dia..Saya berharap sangat dia sembuh secepatnya."
Apa?
Dia..belum mati lagi?
"Kenapa dia belum ma.."
Oh tak boleh.Nanti diorang saspen dengan saya.Ubah soalan.
"Macam mana keadaan dia sekarang?" saya tanya diorang dengan muka yang risau.Bukan pura² risau.Betul² risau.Risau pasal dia tak mati.
"Dia..koma." jawab Taufan dengan mata yang berair.
"Sabarlah..Taufan." Blaze menenangkan Taufan yang sudah tidak dapat menahan kepiluan di hati.
Ya ampun,annoyingnya saya tengok muka Taufan tu.Boleh jalan,lah!
Saya menepuk-nepuk belakang Taufan."Janganlah risau,Taufan.Hali akan sedar.Dia..BETUL² akan sedar.Saya pasti. :) " kata saya tersenyum sinis sambil mengharapkan perkara yang berlawanan akan berlaku.
Owh..Kau masih bertahan ya,Hali?
Takpe..Kecederaan kau parah.Kau TAKKAN SEDAR punya.
Never.
HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!
Tak bestlah ketawa dalam hati.Saya nak ketawa betul².
Tapi saya dah puas ketawa pun semalam kat rumah. :) Best sangat.
After School..
"Fang,kita singgah kedai dulu saya nak beli snek untuk dimakan!" saya membawa Fang ke sebuah kedai runcit berdekatan sekolah.
"Okay!"
Sesudah siap membeli snek,kami meneruskan perjalanan ke rumah Fang.Kami bercerita tentang semua benda semasa dalam perjalanan.Saya suka bila dengan dia.
Sejujurnya,saya suka dekat Fang.
Dia tak macam orang lain yang sentiasa menghalang saya untuk dapat apa yang saya nak.Dia akan setuju je.Kadang² dia akan tolong saya dan bagi saya semangat dan dorongan.Saya taknak kehilangan dia dalam hidup saya.
Bila ada orang sakiti dia atau cuba ganggu dia,
Heh.
Tiada maaf bagimu.
Ke sini sajalah nyawa kamu.
Tak takut?Takpe..Muka saya yang innocent ni tiada orang yang pernah takut.Tapi bila kau dah buat aku sakit hati atau cederakan orang yang aku sayang,tiada patah balik.Tiada maaf.Kau buat apa pun bagi aku emas kah tetap tak boleh.Dah terlambat.
Aku nak nyawa kau je.
Cubalah rampas Fang dari aku. :)
Sebab saya cuba bunuh Hali tu sebab dia rapat dengan Fang juga.Urgh!Geramnya tengok dorang sweet-sawit dekat kelas!!Saya rasa macam nak cincang² je badan si Hali tu baru goreng KFC bagi anjing makan!!
Cuma..Fang tak tahu lagi diri sebenar saya yang suka membunuh demi kepentingan diri sendiri.Bila dia tahu,semuanya akan musnah.Apa yang saya miliki tak berguna lagi.Saya akan jadi manusia paling sedih di dunia.
Saya mungkin akan bunuh diri bila terlalu sedih.
Saya kena berjaga-jaga.Saya taknak kehilangan Fang atau diri saya sendiri.
Sebab saya tahu Fang milik saya dan saya adalah milik saya sendiri~ :)
Saya..
Sayang,
Fang,
Sangat²~
❤❤❤❤❤
Sebagai kawan terbaik okay??Jangan nak fujoshi sangat.
YOU ARE READING
Mine(BBB Gempa)✔
FanfictionSaya mesti jadi yang terbaik. Saya mesti jadi yang paling baik. Saya mesti memiliki semua tu. Saya mesti dapatkan semua tu.. Jangan halang saya. Sebab saya tahu apa yang kepunyaan saya. Semua.. Adalah.. Milik.. Saya.. Apa yang kamu ada,adalah...