Gempa's POV
Taufan berjaya pujuk Yaya untuk datang ke sini.Dia kata dia pun akan belajar bersama-sama saya dan Yaya.Haish,saya tak sepatutnya cakap macam tu.Kalau Taufan datang,macam mana saya nak halau dia?
Kalau dia tak datang pun,orang pasti akan suspek saya sebagai pembunuh Yaya sebab bila Yaya mati nanti,pastilah orang fikir dia hilang.Dan tempat paling akhir dia pergi ialah rumah saya.Saya dah buat salah ni.
Taufan tak boleh terlepas.Dia akan beritahu semua orang.Kenapa saya boleh jadi begitu cuai?><
Yaya pun..Kenapa dia elak saya setiap kali saya datang jumpa dia?Takkan dia tahu saya yang bunuh Hali?Tak mungkin,mesti ada sebab lain.
Dah lama saya tak cakap dengan dia,paling last masa saya borong biskut racun tu dari dia untuk siksa Hali.Itupun masa saya jumpa dia,dia lari tapi lepas saya jerit yang saya nak beli biskut dia,baru dia berhenti dan mood gembira tahap langit ketujuh dia on.
Tapi sebenarnya kenapa dia jadi penakut macam tu?
Dia takut ke?
Ding~Dong~
Tu mesti diorang.Saya berlari ke tingkat bawah selepas saya mengemaskan rambut saya yang sedikit kusut.
Saya membuka pintu rumah.
"Hai,Hali!" sapa Taufan.Saya menjenguk-jenguk untuk mencari kelibat Yaya dan saya dapati dia bersembunyi di sebalik Taufan.
"Hai,Fan.Hai,Yaya." saya palsukan senyuman saya.Taufan memang dari tadi senyum,Yaya pula tunduk.
Saya mempersilakan mereka masuk.
Tapi kenapa keadaan awkward ni.Taufan senyum macam orang gila sambil mengamati rumah saya,Yaya pula buat muka bleh sambil pandang ke lantai.Saya kaku macam mannequin.
Dan saya tidak perasan yang Taufan sudah terlebih dahulu naik ke atas.Kenapa orang suka sangat masuk bilik saya tanpa kebenaran??Dulu Mizal,lepas tu Hali,sekarang Taufan??
Saya baru je nak lari kejar Taufan tapi saya teringat Yaya yang masih tercegat di hadapan pintu rumah.Cepat-cepat saya mempelawa dia naik atas.
"Yaya,jomlah naik kita belajar di atas."
Saya berjalan ke tangga semula selepas berkata begitu kepada dia.Saya toleh belakang,Yaya masih terdiam dengan badan terbongkok.
"Yaya,jomlah!" saya keraskan sedikit suara dia,menunjukkan yang saya terdesak bawa dia naik atas.
Tapi dia tetap tak layan saya weii.Kenapa??
Saya berjalan semula ke arah dia dan tarik dia naik atas.Dia cuba tahan tapi saya lagi kuat dari dia.Selepas beberapa ketika,akhirnya dia ikut je jejak saya dan saya lepaskan pegangan tangan dengan dia.
🏠Bilik🏠
Saya dah agak ini akan berlaku.
Rumah saya diserang puting beliung lagi.Taufan.Hah,betullah puting beliung.
Taufan sekarang berada di atas almari saya.
Dia goyang-goyang,almari tu pun ikut bergoyang dan,dan..Tidak.
CHANG!!CHANG!!
Jatuh almari kaca tu.Mampus dah almari kesayangan saya.Taufan pula masa almari tu tumbang,sudah dia terlebih dahulu melompat ke tepi,dengan badan yang masih sihat walafiat.Saya memberi pandangan maut kepada Taufan.
"TAUFAN!!"
"Ehehe..Sorry..Saya excited sangat.Macamlah kau tak kenal saya.Oh,dan sekarang kau betul-betul nampak macam Hali!Kau marah!Yeayy" tiba-tiba dia peluk saya dari tepi.
YOU ARE READING
Mine(BBB Gempa)✔
FanfictionSaya mesti jadi yang terbaik. Saya mesti jadi yang paling baik. Saya mesti memiliki semua tu. Saya mesti dapatkan semua tu.. Jangan halang saya. Sebab saya tahu apa yang kepunyaan saya. Semua.. Adalah.. Milik.. Saya.. Apa yang kamu ada,adalah...