Mangsa Baru

883 63 32
                                    

Maaf sebab perkataan 'saya' dan 'aku' selalu bertukar-tukar.Kat dalam fanfic ni,'aku' tu hanya Gempa guna kalau dia marah atau dah nak mula membunuh.Watak lain pula guna 'aku' kalau diorang sedang marah.Jadi..korang faham-fahamkan jelah -3-

*

*

*

Gempa's POV

Hmm.Bulan Ogos.Minggu depan kami start trial SPM dah.Saya malas nak ulangkaji.Takde semangat.Rasa macam nak tidur je.Saya bosanlah.

Saya tiada kawan.

Fang tiada..Taufan tiada..Hali tiada..Mereka semua dah tiada.

Walaupun saya benci Hali,dia tu antara rakan rapat saya juga.Sebab dia rapat dengan Fang.Automatik saya rapat dengan dia walaupun saya sebenarnya membenci dia.

Well,itu dulu..

Sekarang mereka berdua dah takde.

Taufan pun.Dah lama saya tak main dengan Ginger.Dia selalu bawa saya pergi rumah dia untuk main dengan Ginger.Namun dia sudah tiada.Mereka dah tiada.

Semuanya sebab saya.

...

Takpelah,ajal diorang~Yang dah lalu tu biarkan berlalu.

Saya buntu di sekolah tanpa Fang jadi saya dengan kekoknya bergaul dengam Blaze dan kawan-kawannya iaitu Ice,Thorn dan Solar.Serius saya tak sesuai berkawan dengan diorang.

Blaze dan Thorn selalu ajak saya borak masa cikgu mengajar.Humban kapal terbang kertas kat cikgu.

Ice ajak saya ponteng kelas untuk tidur atas bukit belakang sekolah.

Solar ajak saya mengurat awek dan pakai ala artis Korea pergi sekolah.

Selain diorang,siapa lagi saya nak kawan?Gopal?Ohh saya lupa Gopal pun termasuk geng diorang.Gopal pula ajak saya makan dalam kelas.

Diorang semua tak berdisiplin.Nasib baiklah diorang tak cari masalah dengan saya.Tapi macam mana diorang nak cari pasal dengan saya.Tapi..macam mana diorang nak cari pasal kalau tiada benda berharga bagi saya sekarang untuk diorang rampas?

Dulu saya lindungi Fang.Lindungi dia daripada dirampas oleh orang lain.

Saya juga lindungi kedudukan saya yang no 1.

Saya lindungi diri saya daripada dibunuh oleh seorang lagi psiko tak sedar diri.

Sekarang,tiada apa-apa.

Semua okay!Tiada apa,tiada siapa yang menghalang saya!Saya tak dapat buat hobi yang dah lama saya tak buat ni!

Biarlah.

Saya fokus SPM.

Belajar dulu.Saya ambil buku latihan dan buku nota Sains yang terletak di dalam rak buku.Saya membaca nota.Tapi saya tak faham apa-apa.Saya malaslah.Saya merungut dan mendengus.Urghh

Saya berdiri dari kerusi dan menarik nafas,bersedia untuk menjerit.

"Aku bosan!!"

"Aku dah takde apa-apa lagi!!"

"Aku dah takde siapa-siapa lagi!!"

"Aku keseorangan!!"

"Aku takde keluarga!!"

"Aku takde kawan!!"

"Aku takde musuh!!

"Tiada siapa yang aku sayang!!"

Mine(BBB Gempa)✔Where stories live. Discover now