Gempa's POV
Saya datang ke sekolah sambil menghentak kaki.Kemarahan yang ditahan sejak malam kemarin masih tidak henti amarahnya.Dalam fikiran saya,ada perempuan bernama Gegem tu saja.
Tak mungkin dia boleh jadi begitu pandai.
Tak mungkin.
Sejak bila dia wujud dalam sekolah ni??
Ujian awal tahun dulu saya masih no 1!Kenapa saya tak pernah tahu dia wujud??
Nak tahu markah dia berapa?Saya masih ingat.MASIH TERSANGAT INGAT
Bahasa Melayu 97
Bahasa Inggeris 95
Sains 94
Matematik 96
Sejarah 93
Pendidikan Islam 92
Add Math 92
Biologi 94
Fizik 95
Kimia 91Ya itu markah dia.ITU MARKAH DIA.
SEMUA A++++
SAYA PALING TINGGI PUN 93 JE
ITUPUN BAHASA MELAYU
MATEMATIK SAYA 88 JE
MATEMATIK DIA
NOOO
DIA TAK BOLEH RAMPAS GELARAN SAYA SEBAGAI MURID TERPANDAI DALAM SEKOLAH NI
TAK BOLEH TAK BOLEH TAK BOLEH
"Aduh!!" kepala saya terhantuk kepala seseorang.Ambil masa beberapa saat untuk rasa sakit yang menggigit-gigit kepala tu hilang.Bila saya buka mata,takde pula orang tu kat depan dah.
Tapi satu buku dia jatuh.Saya ambil dan baca namanya.
GEGEM💢💢
MEMANG KAU DAH DITAKDIRKAN JADI MANGSA SAYA,GEGEM :)
MALAM NI JUGA KAU AKAN MATI
Bibir saya perlahan-lahan menyeret senyuman.Tersengih saya membayangkan darah terpercik keluar dari badan dia.Mesti suara jeritan dia sedap didengar.
Senang je!Saya cakap je yang saya minta maaf kat dia sebab marah kat dia kemarin dan kata yang saya nak minta ajar sebab dia pandai.Bawa dia kat rumah.Dan BOOM
"OMAIGADD GEMPA"
"Hah??" meloncat bahu saya.Saya toleh kanan dan Blaze menyeringai ke arah saya.
"Kau suka Gegem,kannn"
"HAH-"
"Saya nampak kau senyum masa tengok buku dia~" Blaze menunjuk ke arah buku yang saya pegang.Saya menjeling Blaze.
Nak layan pun,saya rasa takde guna.Saya endahkan Blaze dan jalan masuk ke dalam kelas.
"UUUUU GEMPA SUKA GEGEM PEWITTTT" jeritan dia menggegarkan sekolah sampai ada angin muncul dan hampir menumbangkan saya.
"Woi!!Kau jerit apesal??Kau nak kena ke,hah??" saya kejar Blaze dan dia lari,masih menjerit ayat tak guna tu.Semua orang tengok-tengok saya.
Blaze memang menempah maut ni.
Takpelah.Bukannya kali pertama dia kenakan saya.Lagipun perempuan tu akan mati hari ni.Jadi dia sebar satu sekolah pun bukannya ada apa-apa yang akan berlaku,kan?
Sesampainya saya ke tempat duduk saya di dalam kelas,saya terus membuka buku Gegem tu.Namun isinya tiada apa-apa.Hanya sekadar contengan semata-mata.Saya tutup buku tu semula.
Saya akan bercakap dengan dia waktu rehat nanti.
💃Rehat💃
Perut dah kenyang diisi dengan spaghetti makcik kantin.Serius spaghetti dia paling sedap di dunia.Dah berapa hotel tujuh bintang saya pergi dan makan spaghettinya tapi spaghetti sekolah lah juga paling sedap.
Saya mencari Gegem namun tidak terlihat batang hidungnya.Nak tanya orang?Eishh mesti diorang dah tahu pasal fitnah Blaze tu.Tak nak ah.Takkan kat dalam tandas perempuan.
Saya terpaksa juga melangkah ke tandas perempuan.Dan ya,dia ada kat sana.Dia sedang bertelefon dengan seseorang.
Kejap.
Telefon?
TELEFON??
"WOIII KENAPA KAU BAWA PHONE KE SEKOLAH,HAH??" jerit saya membuatkan semua orang automatik menoleh ke arah Gegem.Phone dia jatuh ke lantai.
Buku nota dalam poket seluar dan pen yang tersangkut di poket baju saya keluarkan.Dengan pandangan tajam saya mengorak langkah ke arahnya.
Pantang saya nampak orang langgar peraturan sekolah.
Dia lari.
"Jangan lari!!"
"Uuuu diorang main kejar-kejarlah~Sweetnya~" saya terdengar bisikan seorang perempuan dalam tandas perempuan.Saya memberi pandangan maut.
"Kau pun nak kena tulis nama ke,hah??" saya jerit.Perempuan-perempuan tu terus berhenti ketawa.Saya kembali mengejar Gegem yang masih ada dalam pandangan.
Dia cuba melompat keluar pagar sekolah.Saya lompat dan terus tarik dia ke bawah.Dia tendang muka saya sampai saya terjatuh ke tanah.Kemudian dia panjat semula pagar dan lari.
Saya mengalihkan pandangan pada pondok sekuriti di sebelah pagar sekolah dan tiada sekuriti kat sana.MANA SEKURITI TU PERGI MASA-MASA ADA PELAJAR SEDANG PONTENG SEKOLAH??
Saya mengeluh berat.Tak dapatlah nampaknya saya nak buat hobi saya malam ni.Dan saya tidak melakukan tanggungjawab saya sebagai pengawas yang baik!Saya terlepas seorang pesalah!!
Saya kembali semula ke kelas apabila bunyi loceng bergema menandakan berakhirnya waktu rehat.
🕧12.30 tengah hari🕧
"Bye Gegem~~"
"Jangan panggil saya Gegem!!" saya tumbuk kepala Blaze tapi makin kuat pula dia ketawa.Yang lain pun ikut gelakkan saya.
"Sejak bila kau suka dia,Gempa?" tanya Gopal sambil memegang perut.
"Saya rasa korang sesuailah sebab korang berdua kan pandai!Bagai pinang dibelah dua~~" Thorn pun join sekali.
"Saya tak suka dia lah!!" saya hentak meja.Ketawa diorang makin rancak.Saya tahu saya tak boleh buat apa-apa untuk buat mereka berhenti.Saya menghela nafas dan jalan meninggalkan mereka.
Di luar sekolah pun saya masih dengar diorang ejek saya.Tak guna💢
Saya tutup telinga sambil berjalan menuju ke rumah.Perut saya lapar walaupun ada makan spaghetti masa rehat tadi.Jadi saya singgah ke restoran kegemaran saya,McDonald.Lama dah tak makan.Paling last makan masa..mama dan papa bawakan hari tu.
Saya duduk di barisan paling hujung.Dua burger saya beli.Walaupun hati ni membuak-buak kerana tidak sabar untuk menyiksa mangsa seterusnya,saya masih rasa kosong.
Saya betul-betul tiada tujuan.
Entah kenapa saya rasa macam ada tak kena dengan diri saya sekarang.
Adakah disebabkan saya terlalu kesunyian?Saya tak tahu.
Saya rasa kosong sejak semua orang yang saya sayang pergi meninggalkan saya..Tiada cara untuk buat hati ni terisi semula ke?
Dapatkah saya isi hati ini dengan membunuh?
Saya minum teh yang saya pesan sambil merenung jauh.
"PTUIII!!!!!" tersembur keluar teh dari mulut.Saya terbatuk.
"UHUK!!UHUK!!"
"YA ALLAH"
"YA ALLAH APA YANG-" saya menggosok mata.
Saya tak percaya apa yang saya sedang lihat sekarang.Saya gosok mata saya semula.
ASTAGA
KENAPA
KENAPA GEGEM PAKAI MACAM TU??
YOU ARE READING
Mine(BBB Gempa)✔
FanfictionSaya mesti jadi yang terbaik. Saya mesti jadi yang paling baik. Saya mesti memiliki semua tu. Saya mesti dapatkan semua tu.. Jangan halang saya. Sebab saya tahu apa yang kepunyaan saya. Semua.. Adalah.. Milik.. Saya.. Apa yang kamu ada,adalah...