Maafkan Saya

1.1K 90 32
                                    

Gempa's POV

Saya ingat lagi..Seminggu lalu..Pertemuan saya semula dengan diorang.




























"Tak.Kau tak keseorangan,Gem."

Saya terkejut.Suara tu..Memang suara yang saya dengari sejak saya pertama kali melihat dunia lagi.Namun saya hanya tergelak.Saya terlalu sedih sampailah otak berimaginasi perkara yang kononnya dapat membuatkan hati saya gembira.

"Gempa.."

"Gempa.."

"Gempa.."

Namun suara tu tak pandai hilang dari kepala otak saya.Saya asyik dengar suara mami dan dadi silih berganti memanggil saya.Saya tak dapat kawal otak saya sendiri.Saya menutup telinga,namun suara itu seperti bukan didengari dari telinga.Saya hanya dengar.

Susah nak terangkan.Tapi saya dengar.

Sudahlah berimaginasi,otak..Saya dahlah penat ni.Saya nak rehat.Saya nak pulang.Boleh tak jangan mengulang-ulang suara mami dan dadi?Saya tahulah saya rindu diorang..Janganlah kejam sangat..Saya dah rasa terlalu sakit sekarang.Saya berjalan meninggalkan taman permainan.

"Gempa,berhenti!!"

Suara itu menjerit.Mama menjerit.Saya terus hentikan langkah saya.Saya tak boleh ingkar arahan yang disuarakan oleh suara mami.Saya tak boleh ingkar arahan mami.Walaupun jeritan itu sebenarnya jeritan halusinasi saja.Saya mengeluh.Apa saya fikir ni..

"Gempa tak rindu dadi dan mami ke?Kenapa pergi?" kali ni suara dadi pula kedengaran.Dahi Saya berkerut.Apa-

Saya terus toleh belakang.

?!!

T-tak..














































Tak mungkin.

"M-mami??Dadi??" badan saya bergegar kuat.Saya menggeleng,cuba untuk mempercayai ini hanya bayangan saya.Namun makin saya cuba percaya,makin terang bayangan itu.

Itu mami dan dadi kan?Ya.Mestilah itu mami dan dadi.Anak mana tak kenal mak bapak dia??

"Mami!!Dadi!!" saya meluru ke arah kedua-dua ibu bapa saya untuk memeluk mereka namun badan saya tembus ke dalam badan diorang.

Saya jatuh menghempap tanah kerana tidak dapat mengawal keseimbangan badan.Saya dengan pantas berdiri dan cuba memeluk mereka lagi.Namun tetap tembus.Saya jatuh lagi.Saya tak putus asa.Saya cuba dan cuba dan cuba namun setiap kali saya cuba,tembus lah jawapannya.Bibir saya sudah berdarah kerana terhempap tanah banyak kali.

Saya menangis.

"Saya nak peluk mami dan dadi..Tolonglah benarkan saya peluk mereka buat kali terakhir.Hiks hiks tolonglah Tuhan..Saya r-rindu mami dan dadi.."

Mami dan dadi berjalan perlahan ke arah saya.Mereka tersenyum.Aduh.Sakitnya.Tidak pernah senyuman mereka terasa sakit begini.Saya elak pandangan mata diorang.Walaupun saya boleh melihat mereka,saya tak boleh buat apa-apa.

Saya tak boleh sentuh ibu dan bapa saya.

Melihat ibu bapa tapi tak boleh sentuh..Apa jenis penderitaan ni??Baik tak payah muncul kan diorang depan saya!!Ughhhh menyakitkan hati je!!

Mine(BBB Gempa)✔Where stories live. Discover now