Balas Kah?

580 77 53
                                    

Normal POV

Adik-adik Gegem iaitu Gemmy dan Geggy sudah dijemput dari rumah anty mereka.Anty diorang sempat usik lagi yang Gempa tu boleh jadi bakal-bakal suami Gegem.Gegem marah sambil memicit-micit antynya.Gempa ketawa kekok saja.Gemmy dan Geggy gembira jumpa Gegem tapi masih kepelikan tengok Gempa.

Ahh skip time terus lepas 1 minggu adik-adik Gegem tinggal dengan Gempa dan Gegem.

🔪🔪🔪

Walaupun sudah seminggu tinggal bersama,adik-adik Gegem masih ragu-ragu dengan Gempa.

"Kak,ini rumah siapa sebenarnya?"

"Kenapa kita tinggal sini?

"Siapa lelaki tu?"

"Boyfriend akak ke?"

"Kenapa kita tinggal dengan lelaki tu?"

"Lelaki tu tak makan orang ke?"

"Kenapa rumah ni besar?"

"Kenapa tiada barbie,kak?"

"Kak,kenapa.."

"Kak,kenapa.."

"GEMMY GEGGY SABAR YE" Gegem memicit bahu adik-adiknya kuat sampai merengek kedua-duanya.Mereka tanya soalan dengan suara yang kuat sangat,sampai Gempa yang sedang buang air dalam tandas pun boleh dengar.

Gempa keluar dari tandas  menuju ke ruang tamu dengan wajah yang dingin sedingin Kutub Utara.Menggigil Gegem dan adik-adiknya.Pandangan maut dihadiahkan kepada budak-budak tu.Gemmy sudah menangis.

"Gempa,janganlah takutkan diorang!" Gegem sudah sediakan penampar.

Secara tiba-tiba Gempa menarik Gemmy dan Gegem mendekatinya.Terlepas diorang dari genggaman Gegem.Gegem kalut.Muka-muka macam Gempa ni memang tak boleh dipercayai bila dengan budak-budak.Akhirnya kedua-dua adik Gegem menangis teresak-esak.Gempa tersenyum.

"Gemmy dan Gegem nak Barbie tak?"

"Eh?" serentak Gemmy dan Gegem tersentak.

"Korang nak?"

"Hiks hiks n-nak.." jawab mereka,air mata dan hingus masih mengalir deras.

"Bagus!Kalau macam tu,abang belanja korang berdua Barbie!Nak ikut abang pergi Mall?" ajak Gempa.Kepala kedua-dua orang budak tu diusap.

"A-apa kau nak buat ni,Gempa?" Gegem teragak-agak mahu melepaskan adik-adiknya dengan Gempa.

"Belikan diorang mainanlah.Kenapa?Kau tak percaya saya eh?"

"Bukan..saya cuma tak pernah benarkan adik saya jalan pergi luar kecuali ada saya.." terang Gegem.

"Kau pun ikutlah!Bukan saya sorang je kau nak saya mampus ke jaga diorang berdua??" keluar pengakuan dari mulut Gempa,menunjukkan dirinya yang tidak suka akan kanak-kanak.

Ya,Gempa tak suka budak.Bukan benci,cuma tak suka.Dia cemburu tengok budak yang tidak ada banyak fikiran,tiada masalah dan hidup dioranh hanya main je.Dia nak jadi budak balik.Itulah antara imipiannya yang tidak mungkin akan tercapai.

Namun dia berusaha untuk sukakan Gemmy dan Geggy sebab diorang sudah jadi teman satu rumahnya.Lagipun,Gemmy dan Geggy tidaklah nakal sangat.Paling-paling pun,diorang tengok tv je.Satu hari tengok tv.Terlepas peluang Gempa tengok bola.Nasib baik ada komputer dan Wi-Fi.

Gempa,Gegem,Gemmy dan Geggy jalan ke mall..

🏪 🏪 🏪

Selepas 5 jam berpusing satu mall,barulah diorang pulang semula ke rumah.Hari dah petang.Gempa dan Gegem nampak makin slim sebab hilang lemak masa berjalan keliling mall tadi.

Mine(BBB Gempa)✔Where stories live. Discover now