Normal POV
Gempa sedang berguling-guling di dalam biliknya sambil membaca buku kerana bosan duduk sorang² di dalam rumah.
Gempa dah lama tinggal seorang sebab ibu dan ayahnya memang dua pasangan yang gilakan harta dan wang.Mereka bekerja dan meninggalkan Gempa hidup sendirian.Malah,mereka ada beberapa buah rumah di beberapa buah negara tempat mereka berurusan.
Rumah yang Gempa diami sekarang adalah rumah sebenar mereka.Ramai kawan² Gempa ingat yang Gempa mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai disebabkan saiz rumah Gempa yang sememangnya besar sekali.Hakikatnya,Gempa tinggal bersendirian di rumah besar itu.
Setiap bulan Gempa akan dibekalkan dengan wang di dalam banknya oleh ibu bapanya.Gempa selalunya dapat RM5000 sebulan.Sebab itulah bagi Gempa,duit yang banyak tu masih dianggap nilainya sedikit.Gempa mempunyai ibu bapa yang sangat kaya tetapi tiada sesiapa pun yang tahu.
Murid yang Gempa rasuah:Kecuali kami.Gempa bagi kami duit yang banyak tak terhingga sebab tulah dia jadi penolong ketua pengawas.
Isuka:Erk..Ya kecuali kamu.
Gempa mulanya berasa sangat sedih bila ditinggalkan ibu bapanya.Ibu bapanya akan balik sekali sebulan untuk menjenguknya.Tapi sekarang Gempa dah tak kisah dah.
Dia boleh buat apa sahaja tanpa pengetahuan ibu bapanya.
Pon!Pon!!
"Aduh..Bisingnya..Apehal bising sangat kat luar ni?" rungut Gempa.Dia berjalan ke balkoni tingkat atas untuk melihat keadaan di luar rumahnya.
Kelihatan sebuah kereta Hilux berwarna kelabu menghon-hon di hadapan rumah jirannya.Jirannya itu iaitu Anty Miza,keluar dari rumah dan berjalan ke arah kereta itu.Seorang pemuda keluar dari kereta itu.
Pemuda itu menyalam anty Miza.Kemudian dia dan anty Miza berjalan beriringan ke arah rumah mereka.
"Oh.."
"Abang Mizal yang dirindui.." Gempa tersenyum herot kemudian ketawa macam orang gila.
Gempa masuk ke dalam biliknya semula dan terus memakai baju yang lebih cantik dan sopan.Dia bercadang untuk melawat Anty Miza dan anak kesayangannya itu..Bukannya sebab apa,Gempa kan rindu sangat dekat abang Mizal tu?
Gempa keluar dari rumah agamnya dan tersengih-sengih sepanjang perjalanan ke rumah jirannya.
Gempa's POV
Korang tak tahu betapa happynya saya sekarang ni.
Abang Mizal kat sini!Abang Mizal betul² dah pulang dari universitinya itu!Saya tak sabar nak jumpa dia dan tengok muka dia setelah sekian lama.
Saya tak sabar sangat-sangat. :)
Ding-dong!(bunyi loceng rumah)
Saya menunggu seseorang mambuka pintu.Selepas seketika,anty Miza keluar membuka pintu.
"Eh?Assalamualaikum,Gempa!Mari,jemputlah masuk!" anty Miza senyum manis ke arah saya.
Saya membalas senyumannya. "Walaikumsalam,anty." Saya membuka kasut dan menapak ke dalam rumah itu.Mata saya melilau ke sana sini,mencari kelibat abang Mizal.
"Eh?Gempa,kau ke tu?"
Saya terus menoleh ke arah suara itu.Ya,itupun dia.
YOU ARE READING
Mine(BBB Gempa)✔
FanficSaya mesti jadi yang terbaik. Saya mesti jadi yang paling baik. Saya mesti memiliki semua tu. Saya mesti dapatkan semua tu.. Jangan halang saya. Sebab saya tahu apa yang kepunyaan saya. Semua.. Adalah.. Milik.. Saya.. Apa yang kamu ada,adalah...