Adik-Beradik

900 69 12
                                    

Normal POV

Selepas seminggu cuti,barulah Gempa dapat memberi semangat kepada dirinya untuk kembali ke sekolah seperti biasa.Semua orang tertunggu-tunggu akan kedatangannya,termasuklah Fang.

Gempa masuk dengan badan yang terbongkok ke hadapan.Matanya tertumpu pada kakinya yang berjalan.Sapaan dan senyuman dari orang yang lalu-lalang tidak diendahkannya.

Ada yang baik hati.Mereka cuba menenangkan Gempa,mengucapkan takziah dan suruh Gempa untuk terus tabah,serta memberi Gempa pelukan.Namun,Gempa tetap sama.

Sepatah pun tidak keluar dari lidahnya.Apa lagi senyuman.Wajahnya tampak kosong sekali.Apa yang difikirkan olehnya pun susah untuk diteka.

🏢 🏢 🏢

Gempa masuk ke dalam kelasnya.Semua orang yang sedang sibuk dengan aktiviti masing-masing serentak menoleh ke arah Gempa dengan kelajuan maksimum.Mulut mereka ternganga.

"Gempa!" mereka berlari ke arah Gempa dan seperti tadi,semua kata-kata semangat dan ucapan takziah diucapkan.

Gempa berjalan lemah ke tempat duduknya dan duduk di atas kerusi,lalu memandang mejanya dengan pandangan kosong.

Setelah menunggu lama,Fang mengangkat kerusinya dan duduk di hadapan Gempa.

"Gempa,kau dah okay ke?" tanya Fang prihatin.

"..."

"Saya faham perasaan kau,Gempa.Saya faham sangat-sangat.Janganlah risau,kau akan okey juga selepas beberapa ketika." Fang tersenyum ke arah Gempa yang masih tidak memandangnya.

"Gempa,kau nak tak melepak kat rumah saya lepas pulang sekolah?Kita ulang kaji sama-sama,nak?Kalau kau rasa kau takde semangat nak belajar,kita main!" pelawa Fang.Gempa masih tidak memedulikan Fang.Fang memasang wajah masam.

"Gem..Janganlah anginkan saya kat sini.."

"..."

"Kau nak apa?Cakap je.Saya bagi!"

"..."

Fang kehabisan idea tentang cara untuk membuatkan Gempa membalas kata-katanya.Dia mengeluh kesah.'Nak paksa pun tak boleh,nanti makin sedih' batin hatinya.Dia bangkit dari duduknya untuk kembali ke mejanya.

"Okay."

Terlompat Fang akibat terlalu terperanjat.Dia berpaling ke arah Gempa.Gempa mengangguk kepalanya walaupun matanya masih menunjukkan ketiadaan emosi.

Fang mengeluarkan thumbs up nya kapada Gempa.

🏠 🏠 🏠

"Abanggggg" jerit Fang apabila pintu rumahnya tidak dibuka walaupun sudah diketuk berkali-kali.Wajah Gempa berkerut-kerut masam macam cuka.

"Haish apa punya abang tidak kisah dengan ketukan pintu dahlah kunci ada satu je bila saya nak minta kunci pendua dimarah dimaki pula mesti dia tertidur lelap kat dalam bilik atau pakai earphone sambil menari macam orang kurang waras atau berendam kat dalam tab mandi dan tertidur lemas tak guna betul punya manusia"

"HOI APA KAU CAKAP??"

"Ehhh!??A-abang!??" Fang terjatuh atas punggung.Rupanya abangnya tiada dalam rumah dan sejak tadi sedang sibuk membasuh kereta di halaman rumah.

Gempa berundur ke belakang sebanyak 100 tapak.

"AMBOI BEGINI RUPANYA KAU BILA BELAKANG ABANG,YA??" mata Kaizo berapi-api.Hosnya dihalakan ke arah Fang dan akhirnya Fang basah kuyup.

"A-abang dengar ke uhuk uhuk semua yang saya cakap tadi??" Fang terbatuk-batuk apabila air masuk ke dalam tekaknya.

"KALAU ABANG TAK DENGAR KENAPA PULA ABANG NAK MARAH-MARAH MACAM NI??MARI SINI KAU" Kaizo menarik dan memulas-mulas telinga Fang sampai hampir putus dibuatnya.

"Adehh adehh adehhh sakit bang!!Adehhh sorryyyyy" Fang merayu sambil menyusun sepuluh jari.

"Sebagai denda,hari ni kau masak makan malam!!Abang nak 3 lauk daging dan 3 lobak putih dimasak berlainan cara!!Faham!??" Kaizo melepaskan Fang.

"F-faham bang!!" patuh Fang sambil menggigil kesejukan.

Baru je Kaizo nak sambung cuci kereta bila dia perasan Gempa terduduk di hujung halaman rumah mereka,bermain dengan rumput.Salah satu keningnya terus terangkat.

"Gempa buat apa kat sana tu?Mengemis?"

"Ohh alamak!Lupa saya pasal dia." Fang berlari ke arah Gempa.

"Sorry buat kau lama tunggu..Ada peperangan sikit tadi." Fang menghulur tangannya untuk menolong Gempa berdiri.Makin berkerut-kerut muka Gempa melihat keadaan Fang yang penuh tragis.

"Kau kenapa?"

"Macam biasa.Dikerjakan lagi.Eh,takpelah saya dah biasa macam ni.Hari-hari dah kena." Fang tersengih.Gempa terdiam seketika kemudian berdiri sendiri tanpa menerima bantuan Fang.

"Jomlah masuk!" kata Fang ceria.

Dalam rumah Fang

Gempa dibiarkan berdua dengan Kaizo di ruang tamu sementara Fang naik ke atas untuk menukar bajunya yang lencun.Keadaan jadi kekok.Gempa buat-buat tak nampak Kaizo.

"Saya dengar mak ayah kau baru je meninggal." Kaizo tiba-tiba berinteraksi.Gempa memandang Kaizo dengan ekor mata.

"Samalah dengan saya dan Fang.Kalau kau masih sedih,luah je dengan kami.Kami faham." tiba-tiba Kaizo berlemah-lembut.

"Okay..Thank you." balas Gempa.Dia mengusap-usap mukanya.

"I'M BACKKKK" teriak Fang.Tiba-tiba dia muncul di belakang Gempa dan Kaizo.

Kaizo dan Gempa jatuh berguling ke lantai akibat terlalu terkejut.

"Pang!!Tak guna kau!!" Kaizo mengusap kepalanya yang benjol terhantuk meja.

Gempa masih terbaring dengan muka menghadap lantai.Malas rasanya dia hendak berdiri.

"Eh,Gempa.Kalau sedih pun,bangunlah balik dari jatuh tu.Kalau saya vakum nanti kena sedut padan muka" tegur Kaizo selepas 5 minit Gempa masih terlentang atas lantai.

Fang menarik Gempa dan mempelawanya duduk semula.

"Gempa,saya ada satu permintaan sebenarnya.Sebab tulah saya bawa kau kat rumah saya!"

"Apa?" Gempa fokus ke arah Fang yang sudah tersenyum lebar.

"Apa kata kau..Kalau kita jadi adik-beradik?Saya,kau dan abang Kaizo!Macam mana?Okay tak?Lagipun kita bertiga anak yatim piatu..jadi saya rasa kita memang memerlukan antara satu sama lain!" jelas Fang panjang lebar.

"A-adik..beradik?"

"Ya!Boleh,kan?Bestnya bila dapat adik-beradik baru!" Fang memeluk Gempa.Gempa menggeleng.Wajahnya kalut.

"Kau..sayang saya ke Fang?" tanya Gempa.Badannya tidak membalas pelukan Fang.

"Of courselah sayang!Lagi sayang dari seorang kawan!I love you macam I love abang Kaizo!" Fang semakin teruja.Kaizo memusing bola mata melihat kerenak adiknya yang baginya annoying.

"Tapi..Fang..Saya nak lebih dari tu.." kata Gempa perlahan.Fang melepaskan pelukannya dengan Gempa untuk berhadapan dengannya.

"Saya nak lebih dari tu..Kau saja harapan saya sekarang..Saya ada kau saja..Hiks hiks saya takde orang lain lagi.." air mata Gempa merembes keluar.

"Gem,kita lebih daripada kawan.Kita lebih daripada kawan baik.Kita lebih daripada semuanya.Kita keluarga!Sebab itulah kita memerlukan antara satu sama lain!Kau ada saya dan Kaizo!" Fang mengusap air mata Gempa di pipi.Namun esakan Gempa semakin kuat.

"F-Fang.."

Mine(BBB Gempa)✔Where stories live. Discover now