Only You~

1K 90 69
                                    

Normal POV

"Saya nak kaulah tentukan..Sampai bila kau nak saya ada kat sini.."

Gegem masih tidak menjawab kata-kata Gempa itu yang sememangnya menyentakkan hatinya.Dia tidak tahu mahu menjawab apa.Yang pastinya,jantung dia masih berdegup kencang,wajahnya masih tidak berani menghadap wajah jejaka di hadapannya itu.

"Muka kau merah." gelak Gempa.Gegem dengan cepat memandang ke arah kanan,merungut kepada dirinya sendiri.Mengapalah muka dia senang sangat merah bila malu?

"Sorry nak tanya tapi kenapa saya yang kena tentukan sampai bila kau ada di sini?" Gegem berterus-terang dengan kemusykilannya.

"Kau bersedia kah nak lepaskan saya pergi?"

"H-hah?"

"Kalau kau tak nak tentukan,saya boleh je pergi serah diri besok.Hehe ba-bye!" Gempa melambaikan tangannya ke arah Gegem dengan sengihan yang tidak henti-henti.

"J-janganlah awal sangat!"

"Ohh..Maknanya kau tak nak saya pergi lah ni?Huhu jujur je lah,Gegem." Gempa tidak henti-henti mengusik Gegem.Pipi Gegem sudah semerah tomato.Nampak sangat yang dia mempunyai perasaan terhadap Gempa.

Gempa tahu itu dari dulu lagi.

"Jadi cakap,kau nak saya ada dengan kau sampai bila?Saya tanya serius ni." wajah Gempa yang tadinya seperti ini

" wajah Gempa yang tadinya seperti ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

bertukar menjadi ini

dan itu membuatkan Gegem terpaksa memberi respon kepada pertanyaan Gempa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

dan itu membuatkan Gegem terpaksa memberi respon kepada pertanyaan Gempa.

"Umm..Kalau..Minggu depan boleh?"

"Boleh!Saya bila-bila masa je!" setuju Gempa.

Keadaan menjadi senyap seketika.Mereka berdua sedang menghabiskan makanan mereka yang diendahkan semasa berbual tadi.Gegem dan Geggy datang.Mereka berlarian sekeliling meja makan.Gemmy panjat belakang Gempa.

"Adeh adeh jangan panjat abang sekarang abang tengah makan ni!" Gempa terjerit-jerit apabila Gemmy menarik-narik rambutnya yang masih belum disikat itu.

"Abang!Bila nak bagi kat akak?" teriak Gemmy tepat dalam lubang telinga Gempa.Gempa menutup mata,menahan volume yang kuat menggegarkan gegendang telinganya.

"Ya bang!Bagi lah kat akak!" Geggy yang sedang mengacau Gegem turut meneriak.Gempa menepuk dahi.

"Bagi?Bagi apa ni?" Gegem menjongketkan kening.Gempa ketawa kekok.

"Cis abang belum bersedialah yang korang hebohkan tu kenapa?" bisik Gempa kepada Gegem yang sedang tersenyum mengusik

"Cis abang belum bersedialah yang korang hebohkan tu kenapa?" bisik Gempa kepada Gegem yang sedang tersenyum mengusik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Pergilah jangan kacau kitorang!" marah Gempa.Gemmy dan Geggy ketawa terkekek-kekek sambil berlari laju masuk ke ruang tamu semula.Wajah Gempa menjadi merah.Sekarang,dia pula yang tidak berani bertentang mata dengan Gegem.

"Hmm.Nampak sangat kau ada sesuatu nak bagitau saya."

"Arr..hehe..memang ada pun saya cuma..ehem takde lah byeee saya dah siap makan nak main Mobile Legend dulu!!" Gempa berlari seperti Naruto masuk ke dalam dapur.

"Bagitahulah,Gempa!Kalau tak saya takkan masakkan kau nasi goreng lagi!" tindakan Gegem mengugut Gempa amatlah berjaya.Larian Gempa terhenti serta-merta.

"T-tapi.."

"Tapi apa,Gem?"

"S-saya malulah nak bagitau uhuk" Gempa menutup mukanya.

"Kau m-malu dengan saya?Maknanya kau dah tak gay lagi!Kau suka perempuan mana?" Gegem bertukar ceria.

"Hahaha kau ni memang tak tahu ke atau pura-pura tak tahu?Nah,untuk kau." Gempa membuka peti sejuk dan melambungkan satu bungkus keropok kepada Gegem.Gegem menyambut keropok itu.

"Eh,keropok kesukaan saya!Thankss Gem!Macam mana kau tahu saya suka keropok ni?" Gegem mengoyakkan bungkusan keropok itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eh,keropok kesukaan saya!Thankss Gem!Macam mana kau tahu saya suka keropok ni?" Gegem mengoyakkan bungkusan keropok itu.Selepas membaca doa makan,dia terus menyumbat keropok itu dalam mulutnya.

"Dari adik kaulah.Saya gembira kau suka keropok tu.Tapi saya nak tanya ni..Satu soalan simple." Gempa berjalan mendekati Gegem,kali ini dia menahan perasaan malunya.Dipandangnya mata Gegem dalam.

"Apa dia?" soal Gegem sambil mengunyah keropok.

"Kalaulah kat dalam bungkusan keropok tu tak ada keropok bentuk cincin..tapi ada cincin sebenar.Kau terima ke?"

"A-apa maksud k-"

"Saya suka kau,Gegem."








































"Aduhhh malunya sayaaaa" Gegem mengambil tudung saji di atas meja dapur dan menutup mukanya dengan tudung saji tu.Mulut Gegem yang jatuh atas lantai tadi belum diangkat lagi.

"Kau tak nampak muka saya kan lepas saya tutup guna tudung saji ni?" tanya Gempa.Gegem menggeleng.

"Tak..tudung saji tu ada lubang jadi saya boleh nampak muka kau..pftt" Gegem tidak dapat menahan ketawa.Gempa menyepak tudung saji berlubang tu keluar dapur.

"Jadi G-Gegem..Sebelum saya pergi..Sebelum saya..serah diri dan tinggalkan dunia ni..S-saya..nak k-k-kahwin dengan kau..I-ini cincin kau." Gempa mengambil satu keropok cincin tu dan berikannya pada Gegem.

"Walaupun hanya sekejap..Tapi saya nak mati bergelar suami kau..Saya dah selesaikan cabaran yang kau bagi saya hari tu.Untuk menyukai seorang perempuan.Dan perempuan itu ialah kau.Only you~" Gempa sempat menyanyi.

Gegem tiba-tiba fangirling selepas mendengar kata-kata manis Gempa.Lompat-lompat dia dalam dapur.Gempa pun ikut lompat-lompat.Gemmy dan Gegem nampak dan diorang pun ikut lompat-lompat juga.Sampailah dapur itu hancur.

Mine(BBB Gempa)✔Where stories live. Discover now