Sanggup

939 85 33
                                    

Gempa's POV

Selepas seminggu bercuti,semua murid akhirnya kembali ke sekolah.Saya akan tahu markah peperiksaan saya tak lama lagi.Tak sabar saya!Saya yakin saya dapat no 1 macam selalu.Cause 1st place is always mine~

Saya melangkah ke sekolah dengan langkah yang laju.Sejak dilantik menjadi penolong ketua pengawas,tugas saya makin banyak.Saya terpaksa membantu Yaya menguruskan semua hal-hal berkaitan pengawas sebab dia tu bukan ketua pengawas je,malah ketua SEMUA.Tak adil.

Tapi yang penting saya tetap no 1 dalam kelas.

Saya menuju ke bilik guru disiplin untuk mengambil fail pengawas yang menempatkan laporan bertugas mereka.Setelah selesai mengambil,saya meneruskan perjalanan ke kelas.

Jam tangan saya menunjukkan pukul 6 pagi.Saya datang awal sangat ke?Kenapa tiada manusia lalu-lalang kat koridor depan kelas saya ni?

Saya masuk kelas dan saya hanya boleh lihat Taufan terduduk seorang di atas kerusi Hali.Muka dia langsung tiada expresi.Dia memandang meja Hali tanpa berkedip mata.Saya endahkan dia dan meneruskan kerja saya untuk membaca laporan.

"Tik tok..tik tok.." bunyi jam kelas begitu kuat sekali.

Semua laporan sudah habis saya periksa hanya selama 15 minit.Saya menyandarkan badan ke kerusi kerana lenguh leher.Saya menoleh ke arah Taufan.Kedudukan dia masih sama sejak tadi.

Ah,kisah apa saya dengan dia?Dia bukan kawan sebenar saya pun.

"Hali.." dia tiba-tiba berbisik sendiri namun cukup kuat didengari saya.

"Kau..kenapa kau hilang?"

"Dah seminggu,Hali.."

"Saya ada buat salah ke?"

"Kau marah saya ke?"

"Kau pergi mana?"

"Semua orang fikir kau dah mati.."

"S-saya tak tahu nak percaya atau tidak.."

"Tolonglah jangan mati,Hali.."

"TOLONGLAH!!" melompat saya atas kerusi dengar dia tiba-tiba menjerit.Cepat-cepat saya usap dada saya sambil menjeling dia tajam.

"Kau kawan terbaik saya.."

"Kau kawan saya sejak sekolah rendah.."

"Kenapa kau pergi tanpa berita?"

"Kenapa kau tak beritahu saya?"

"Kau dah janji takkan tinggalkan saya!!"

"Hei,Taufan." saya menegur dia.Dia tersentak.

"S-sejak bila kau di sini,Gempa?"

"Dari jam 6 lagi."

Taufan terus melirik jam di tangannya dan mulutnya terus terlopong."Kau dengarlah semua saya cakap tadi?"

Saya hanya mengangguk.Tidak lama selepas tu,Taufan terus menangis teresak-esak.Haish menangis pula.Tiada orang lain di sini kecuali saya.Terpaksalah saya yang tenangkan dia!!

"Taufan.." saya berdiri sebelah dia dan menepuk-nepuk belakangnya.

"Saya sedih..Hali hiks hiks hilang..Dia pergi mana,Gempa..?Dia tak hiks hiks..mati,kan?" dia mengangkat kepalanya untuk bertentang mata dengan saya.

"Saya tak tahu,Taufan..Tapi kau.." aduh saya tak jumpa ayat yang sesuai.

"Kau bersabarlah..Saya ada di sisi kau.Kau kan kawan saya juga?" kata saya dengan hati tak rela.

Mine(BBB Gempa)✔Where stories live. Discover now