Gempa's POV
Hari ni hari Sabtu.Dah 3 hari dia bermalam kat rumah saya.Ini memang tak boleh diterima.Saya tak boleh terima semua ni.Terima semua ni saya tidak boleh.Tidak boleh saya terima semua ini.
Kat sekolah sekarang viral ship Gemgem iaitu saya dan Gegem.Sebab kami selalu masuk sekolah sama-sama dan pulang sama-sama.Cikgu sekali ship kami.
HARI INI JUGA GEGEM KELUAR DARI RUMAH INI
Saya baru siap tukar baju lepas mandi selama 30 minit.Saya tahu Gegem sedang membuat sarapan di bawah.Saya turun ke bawah setelah saya berpuas hati dengan penampilan saya pada pagi itu.
Saya masuk ke dapur dan menyandar pada dinding.
"Kau masak apa?" soal saya walaupun saya boleh nampak dia sedang menggoreng nasi.Dia menoleh sekilas dan kembali melambung-lambung nasi atas kuali.
"Nasi goreng." jawabnya.Saya mengangguk.
"Bila kau nak balik?" saya terus bertanya tentang kemusykilan saya.
"Umm..Kenapa?" dia tidak menjawab malah menanya lagi.
"Jangan pura-pura tak tahulah.Saya taknak salah faham di sekolah tu berlarutan.Stress saya.Hari ni juga kau kena balik rumah." arah saya tegas.Dia memulas tombol di gas untuk menutup api dan menghidang nasi goreng di atas dua buah pinggan.
"Nah.Makanan dah siap!Mari makan!!" jerit dia kemudian berjalan laju meninggalkan saya menuju ke ruang makan.
"Makan dulu,baru bincang." katanya.Saya memandang dia kemudian nasi yang dihidangnya di hadapan saya.Lepas baca doa,saya terus menyuap nasi goreng ke dalam mulut saya.
Walaupun sedap tapi saya tidak ada selera.Saya letakkan sudu atas meja dengan kuat secara tiba-tiba.Terkejut Gegem.
"Kau setuju kan kalau kau pulang hari ni?"
Gegem mengunyah seketika dan menelan makanan yang dikunyah itu.Kemudian,baru dia bercakap,
"Kalau saya taknak?"
"Kenapa kau taknak?" saya meminta sebab.Dia diam tidak mengeluarkan suara.Dia kembali dengan aktiviti memakannya.Saya mengeluh.
"Kau kenapa,Gegem?Kenapa kau taknak pulang?"
"..."
"Kalau kau taknak pulang dan mahu stay di sini lagi,sila bagitahu saya sebabnya.Bagitahu saya sebab yang mustahak baru saya akan benarkan kau stay lagi." ujar saya dengan wajah yanh serius,bertujuan untuk membuatkan dia takut dan terpaksa memberitahu.Namun apa yang dia buat?Dia pusing bola mata dia.
"Kau jangan nak masuk campur hidup saya." dia kata dengan suara yang menjengkelkan.Saya menghembus nafas kuat dari lubang hidung,tidak puas hati dengan kata-kata itu.
"Masuk campur??Heii,yang masuk campur di sini sebenarnya ialah kau.KAU yang tiba-tiba tinggal rumah saya dan masuk campur hidup saya.Saya tak kenal kau pun!!" tengking saya.Sudu di tangan terbaling ke arah Gegem.Dia sempat mengelak.
"Kalau kau taknak saya masuk campur hidup kau,sila pergi dari sini.Jangan ganggu hidup saya lagi.Kau nak saya TAMATKAN hidup kau ke??Saya sudah cukup bersabar ni." saya sudah berdiri.Kerusi tempat saya duduk tadi jatuh ke bawah.Riak wajah Gegem langsung tidak menunjukkan rasa takut.
"Kau ni boleh dipercayai ke?" dia memandang saya tanpa kerlipan mata.Saya menjongket kening.Hairan.
"Kenapa kau tanya macam tu?Kau bermalam di sini.Maksudnya kau percaya saya lah,kan?Saya yang patut ragu-ragu pasal diri kau!" saya menghentak meja.
Okey saya bingung.
"Saya perlu bagitahu kenapa saya taknak balik rumah..Kan?" dia meminta kepastian.Saya mengangguk.
YOU ARE READING
Mine(BBB Gempa)✔
FanfictionSaya mesti jadi yang terbaik. Saya mesti jadi yang paling baik. Saya mesti memiliki semua tu. Saya mesti dapatkan semua tu.. Jangan halang saya. Sebab saya tahu apa yang kepunyaan saya. Semua.. Adalah.. Milik.. Saya.. Apa yang kamu ada,adalah...