Tipu

1.2K 106 39
                                    

Normal POV

Gempa tersenyum sorang² dalam ruang tamunya,menunggu Mizal sampai.Mizal kata dia akan sampai pada jam 8 malam,selepas dinner dengan keluarganya.Gempa pula sudah bersiap-sedia dengan perut yang penuh dengan makanan.Dia memang bersedia untuk malam ni.

Gempa menjilat-jilat bibirnya.Dia menggosok-gosok tangannya lalu menggoncang-goncangkan kaki kanannya.Bergegar satu badannya.

"ARGH!LAMBATLAH SYAITAN TU!!" dia bangun dan melempar kerusi yang dia duduk tepat ke arah TV nya yang berukuran 70 inci.TV tu pun pecah lalu jatuh ke lantai.

"Alamak!" Gempa mengetap bibir. "Takpelah.Masih ada berapa ribu kat bank boleh beli baru ahahaha." Gempa kemudiannya duduk di atas sofa menyilangkan kakinya.

Ding Dong!

"Oh!Tetamu kehormat kita dah sampai~" Gempa melompat-lompat ke arah pintu rumahnya.

Gempa terus membuka pintu."Hai,abang Mizal tersayang~Dipersilakan masuk!" Gempa memegang lengan Mizal dan menariknya masuk.

"Apesal kau ni pegang² aku,Gempa?Nak mampus ke?Blah!" Mizal menarik tangannya dari pegangan Gempa dan terus berjalan masuk ke ruang tamu.Gempa menjeling dari jauh dengan senyuman psiko.

"Kau yang nak mampus." Gempa menyeluk poket seluarnya,di mana pisau kecilnya ditempatkan.Gempa terus menyusul Mizal.

"Hmm..Besar rumah kau.Eh?Kenapa dengan TV kau tu?" Mizal menunjuk ke arah TV Gempa yang sudah arwah.

"TV tu..Err..Saya main kejar² dengan kucing saya,baru tu kucing saya tersepak TV tu je..Jadi..TV tu jatuh dan pecah..Ehehehe." tipu Gempa.Gempa mana pernah ada kucing lain sejak Goldy mati.

Mizal merenung Gempa tajam.Gempa hanya tersenyum kekok.Mengharap Mizal mempercayai kata² nya atau mengendahkan saja seperti apa yang dia selalu buat.

"Hmm." Mizal meng'hmm'kan Gempa.

"Fuhh..Nasib.." syukur Gempa sambil mengelap peluhnya yang bercucuran sejak tadi.

"Hah.Mana buku tu?" tanya Mizal.

"Buku?Owh..Buku..Apa kata kita bercerita dulu sambil makan² baru kita bincang pasal pemberian buku tu?" kata Gempa.Gempa tak ada buku cerita sebenarnya.Yang dia ada cuma buku pelajaran.

"Aku takde masa.Cepat bagi buku tu sekarang.Kalau tak aku pulang." Mizal memberi jelingan seganas singa ke arah Gempa.

"Saya dah beli Pizza tadi bang,abang makanlah dulu,okey?Please.." Gempa memberi puppy eyes tercomelnya kepada Mizal.

"Eh,pleaselah.Tak comel langsung." Mizal memandang Gempa dengan meluat.Dia mula berjalan keluar dari rumah.Gempa mulai panik.

"Okay!Okay!Jom naik bilik saya ambil buku² tu!" Gempa terpaksa menukar plannya.Mizal terus naik ke tingkat atas tanpa mempedulikan Gempa.

"Cis.Susah betul nak deal dengan mamat ni.Dahlah perangai pun entah apa.Kau tengoklah apa saya buat." Gempa bercakap sendirian dan berjalan di belakang Mizal.

Sepanjang naik atas tangga tu,Gempa hanya memberi pandangan membunuh kepada Mizal.Nasib Mizal tengok depan.Kalau tak,mesti dicakap lagi.

"Mana bilik kau??" tanya Mizal kasar lalu mengalih pandangan kepada Gempa yang masih menahan amarah.Cepat² Gempa mengubah ekspresi mukanya.

"S-sana!A,abang masuk dulu ya?Saya nak ambil minuman kat dapur.." sepantas kilat Gempa berlari ke dapur,meninggalkan Mizal yang bermuka serius tapi sebenarnya sedang bingung satu otak.

Di dapur(Gempa POV)

Hish.Tak guna.

Macamana saya nak cakap yang saya sebenarnya menipu dan saya tak ada buku cerita?Plan saya dah lari dari landasan!Dia tak sepatutnya masuk bilik saya!

Takpe,saya ada backup plan.

Saya dah sediakan ubat penenang dan jarum suntik.Saya dah takde pilihan lain.

Ehehehe..

Jom mulakan!

Bilik Gempa(Mizal POV)

Hmm..Mana?Aku tak nampak pun buku cerita atau novel kat bilik dia ni.Jangan² dia tipu aku kot.

Aku memeriksa almarinya.Penuh dengan buku pelajaran.Aku check laci dan begnya.Takde juga!Oh,Gempa..Kau memang nak kena dengan aku ni!!

Aku keluar dari bilik Gempa dan boleh melihat dia berjalan ke arah bilik ni sambil mengangkat sejag sirap dan dua gelas kosong di atas dulang.

Aku berlari ke arahnya dan terus menolak dia sehingga dia jatuh ke lantai.Pakaian dia lencun akibat dibasahi sirap.Dia memandang aku terkejut.Ah,peduli apa aku.

"Kau tipu aku kan?" herdik aku.

"A..aku.."

"Kenapa kau buang masa berharga aku!?" aku menjerit ke arahnya dan terus berjalan ke tangga untuk turun ke tingkat 1,keluar dari rumah dia.

Aku dah sampai di pintu rumah Gempa.Aku terus memakai kasutku.

ARGH!!













Whoop,whoop,whoop!Belum bunuh lagi,Mizal tu susah nak uruskan.😑💢Bukan Gempa yang membuang masanya,dia yang membuang masa Gempa.Kan?Siapa setuju?

Mine(BBB Gempa)✔Where stories live. Discover now