Normal POV
Gempa tidur di rumah Fang pada hari itu.Ya,Fang yang mempelawanya.Gempa tiada pilihan lain selain menerima pelawaan tu.Namun hati Gempa dilanda kesakitan yang amat sangat.
"Fang tak suka saya."
"Fang nak saya jadi adik-beradik dia."
"Fang..tak suka saya." inilah kata-kata yang diulang beribu kali oleh Gempa di dalam hatinya.
Tiada ayat sesuai yang dapat menerang dan menyampaikan kesakitan yang Gempa rasakan sekarang.Gempa buntu.Dia tidak tahu hendak berbuat apa lagi.
"Saya kehilangan mama dan papa."
"Sekarang Fang tak suka saya pula??"
"KENAPA DUNIA TIBA-TIBA BERLAKU KEJAM KAT SAYA??"
"APA SAYA NAK BUAT??"
"DIA SUKAKAN SAYA,KAN??"
"SAYA TAHU DIA SUKA SAYA,KALAU DIA TAK SUKA KENAPA DIA NAK KISAH KAT SAYA??"
"KAN??KAN,GEMPA KAN??"
"DIA ACAH JE TU HAHAHHAHAHAH"
Gempa menjerit-jerit dalam bilik air yang terletak berhadapan bilik Fang semasa mandi.Ingin sahaja dia menghentak-hentakkan kepalanya pada cermin,namun ini rumah Fang.Dia tak boleh berbuat apa-apa.
Nasib baik Fang dan Kaizo keluar untuk beli barang dapur bagi memasak makan malam.Gempa dapat menangis sepuas-puasnya kat dalam tandas.Dia terduduk atas lantai tandas.
🕣 7.30 pm 🕣
"Gempa!!Gempa!!"
Sayup-sayup kedengaran suara Fang memanggil namanya.Gempa membuka mata.Dia tertidur dalam bilik air dan ini membuatkan Fang salah faham dan fikir Gempa telah pengsan.
"Kau tak apa-apa ke??Sejak bila kau pengsan Gempa??" Fang menggoncang-goncang badan Gempa apabila menyedari Gempa yang masih separa sedar dari tidurnya.
"Kalau kau tak terima saya,kenapa kau kisah.."
"Hah??"
"Kau tak kisah,kan?Kau pura-pura,kan?" tanya Gempa.Fang makin kebingungan.
"Apa kau merepek ni?Saya kisahlah dekat kau!Mari biar saya bawa kau keluar!!" Fang ingin mengangkat Gempa keluar dari bilik air tapi Gempa menolak.
"Tipu."
"Gempa,kenapa ni?" Fang sudah ragu-ragu dengan gelagat pelik Gempa namun hatinya tidak berhenti-henti risau.
"Habis tu kenapa kau tak terima saya?Kenapa kau layan saya dengan baik sebenarnya?Kalau kau tak suka,saya nak kau jujur." Gempa mencengkam kuat lengan Fang.
"Saya keluarga kau,Gempa!!Saya kisah kau lebih daripada sesiapa!!Kenapa pula saya benci kau??Kau ni buat saya risaulah!!" Fang menepis tangan Gempa dan mula menolak Gempa sekali lagi.Mereka akhirnya masuk ke dalam bilik Fang.Fang termengah-mengah.
"Cinta."
"Hah?"
"CINTA." Gempa mengulang katanya.
"Kenapa dengan cinta?" Fang kebingungan.Dia memberi Gempa tualanya.
"Kau ni bodoh betul lah.Kau langsung takde idea ke?" Gempa mengambil tuala itu tapi tidak digunakannya,malah dibuang ke hujung bilik.
"Gempa,sabar.Saya faham perasaan kau.Saya janji akan tolong kau atasi perasaan sedih tu.Saya akan buat apa saja supaya kau gembira." Fang agak terkilan mendengar dirinya dimaki oleh Gempa.
"DASAR LELAKI TIADA OTAK.KAU NAK AKU BUAT APA BARU KAU NAK PERASAN,HAH??" teriak Gempa.
"Kenapa,Gempa??Kalau kau ada masalah cerita please!!Jangan nak rahsia-rahsia dengan saya!!" Fang hilang sabar.Mukanya sudah memerah.
"KAULAH MASALAH AKU" Gempa memegang pipi Fang sekuat-kuatnya dan terus cium bibir Fang.Wajah Fang jadi pucat.
Selepas beberapa minit barulah ciuman tu dilepaskan.Gempa menjilat-jilat bibirnya.Fang terdiam sambil memegang pipinya yang berdarah akibat dicengkam kuku tajam Gempa.
"Kau dah faham sekarang??" soal Gempa dengan senyuman penuh puas.Fang menggeleng tidak percaya.
"Kunyit." itu sahaja yang mampu keluar dari mulutnya.
"Hehehe" sengih Gempa.
"Psi-psiko." perkataan kedua Fang membuatkan Gempa ketawa terbahak-bahak.
"Akhirnya kau dah tahu diri sebenar aku!Fang kesayangan aku dah tahu diri sebenar aku!" Gempa berjalan ke arah Fang yang masih melopongkan mulutnya.Dia peluk Fang seerat-eratnya.
"Kau tak cinta aku.Kau cuma kisah aku sebagai adik-beradik je.Dan kau kisah kat aku semasa aku bukan diri aku yang sebenar.Jadi aku rasa kau perlu tahu,yang diri sebenar aku ialah seorang PSIKO dan aku CINTA SANGAT DEKAT KAU,FANG.AKU NAK KAU BAGI KASIH SAYANG KAT AKU YANG PSIKO,BUKAN SI GEMPA BAIK YANG PALSU~" sekali lagi bibir Fang diciumnya,kali ni dengan lebih rakus.Berdarah bibir Fang kerana digigit-gigit olehnya.
Fang terlalu terkejut.Jantungnya ibarat sudah terhenti.Dia tidak dapat mengawal badannya walaupun dalam hatinya,kekeliruannya kacau ibarat negara yang ditimpa tsunami.Berselerak semuanya.
"Kau sayang aku,kan?Kau sanggup buat apa saja supaya aku gembira,kan?Kau kata kau nak bagi aku apa-apa je yang aku nak,kan?Kalau macam tu,jadi kekasih aku.Itulahh benda yang paling aku nak sekarang,diri kau.Boleh?" Gempa membelai-belai rambut Fang.
"Aku yakin selepas lama bersama dengan aku,kau akan ada perasaan cinta kat aku.Aku akan jadikan kau gay,Fang.Aku akan pastikan kau ikut jejak aku." senyuman psiko Gempa membuatkan peluh Fang semakin mencurah-curah.
"Cakaplah sesuatu.Takkan aku je." Gempa memberi Fang pandangan tajam,tajam sekali sehingga Fang menelan air liur.Fang ingin menjawab tapi dia tidak mampu mengeluarkan sebarang bunyi dari kotak suaranya.
"Fang,aku nak dengar apa yang kau nak cakap.Apa pandangan kau tentang saya.Boleh?" Gempa mendekatkan mukanya pada muka Fang.Fang menutup mata apabila nafas Gempa yang panas kena tepat pada wajahnya.
"S-saya..sorry.Saya tak cinta kau.Saya sayang kau,Gempa.Sebagai kawan dan keluarga.Bukan sebagai..kekasih." jujur Fang.Gempa tersenyum sinis.
"Tapi aku nak kau jadi kekasih aku." keras Gempa.
"Tapi.."
"Aku nak KAU jadi kekasih aku.Aku nak KAU jadi kekasih aku.JADI TUNAIKAN HASRAT AKU" baru je Gempa nak cium Fang sekali lagi,Fang terus menutup bibir Gempa.Dia menghela nafas.
"Kau kena tahu sesuatu,Gempa.Saya asexual.Saya tiada minat dengan lelaki atau perempuan.Saya tiada perasaan cinta dengan sesiapa.Saya cuma dapat sayang je." Fang berterus-terang terhadap keadaannya.Fang merasa takut dengan Gempa tapi ketakutannya tidak membenarkan dia lari menjerit meminta tolong.
"Jadi aku akan pastikan manusia pertama yang kau cintai ialah aku~Hihihi" Gempa tidak dapat menahan nafsu dan sekali lagi bibir Fang diterkam olehnya.
Fang yang dicium langsung tidak merasa apa-apa perasaan.Malu tidak,seronok tidak,takut pun tidak.
Kecuali rasa rimas.
Fang menolak Gempa apabila haba di sekeliling badannya mula meningkat.Dia buat tak tahu je tentang apa yang telah terjadi pada dirinya.Dia berjalan menuju pintu biliknya untuk keluar.
"Kalau kau bagitahu Kaizo,aku bunuh korang berdua."
Langkah Fang terhenti.
"Sekali lagi aku ulang,kalau kau bagitahu Kaizo,aku BUNUH korang berdua.Oh,dan besok kau akan jadi milik aku.Kekasih aku.Tanpa pengetahuan orang lain.Boleh tak,sayang?"
"Sayang taik kau." secara tiba-tiba Fang mengeluarkan jari tengahnya kepada Gempa dan terus berlalu pergi.
YOU ARE READING
Mine(BBB Gempa)✔
FanfictionSaya mesti jadi yang terbaik. Saya mesti jadi yang paling baik. Saya mesti memiliki semua tu. Saya mesti dapatkan semua tu.. Jangan halang saya. Sebab saya tahu apa yang kepunyaan saya. Semua.. Adalah.. Milik.. Saya.. Apa yang kamu ada,adalah...