Cabaran

539 65 25
                                    

Normal POV

"SATU HARI LAGI SPM!!SATU HARI LAGI SPM UGHHHH"

Gempa melompat-lompat dalam bilik,tidak sabar berlalunya hari esok.Lepas SPM,dia merancang untuk tidur sepuas-puasnya.Tidur seminggu dulu baru bangun dan buat kerja balik.

Gegem masuk bilik Gempa tanpa diundang.

"Kenapa??"

"Apa yang kenapa?" hairan Gempa.Dia masih lagi memakai uniform sekolah,beg sandang masih tergantung di bahunya.

"Saya rasa gegaran bila lalu bilik kau tadi."

"Ohh takde..Saya melompat je sebab excited untuk hari esok hehe" Gempa ketawa kecil.Gegem memusing bola matanya.

"Cehh.Ingatkan apa.Dahlah saya nak sambung ulang kaji." Gegem berlalu meninggalkan Gempa yang masih tersenyum.Gembira betul hatinya untuk menerima kenyataan bahawa hari esok,berlalu segala kesengsaraan yang dialaminya selama ini.

Dia lantas menukar baju rumah dan mula mengulang kaji subjek untuk esok.

Skip time lepas Gempa siap ulang kaji dan makan malam lepas tu tidur pada jam 10 malam,bangun jam 5 pagi pada keesokan harinya,makan roti bakar campur inti kacang yang disediakan oleh Gegem untuk breakfast,jalan dengan Gegem ke sekolah pada jam 6.30 pagi dan sampai ke sekolah tepat pukul 6.45 pagi,mula exam SPM pada jam 8.00 pagi,rehat makan spaghetti makcik kantin dan berakhir ujian pada jam 2.00 petang..

Gempa berlari mendahului Gegem.Jarak mereka adalah lebih kurang 500 m.Gempa sampai rumah 5 minit lebih awal daripada Gegem.Dia terus buka pintu rumah dan hempaskan badan atas sofa empuk.Terus tertidur.

Gegem yang baru masuk rumah hanya menggeleng kepala sambil tersenyum melihat Gempa.Dia juga bercadang untuk tidur lepas SPM tu berakhir.Dia bangun pada jam 6.00 petang.Gegem dengan tergesa-gesa membersihkan diri di bilik air dan mula memasak makan malam.

Seminggu kemudian..

Akhirnya Gempa bangun.Dia menguap 10 saat.Tulang-tulang badannya berbunyi macam patah semuanya apabila dia meregangkan badan.Air liur basinya masih mengalir membasahi uniform pengawas sekolah.Dia melihat jam tangannya.Sudah jam 7.00 pagi.

"Baru nak bangun beruang ni.Saya ingat kau gurau je nak tidur seminggu." Gegem datang ke arah Gempa sambil membawa kain dari sidaian.

"Saya tidur satu minggu ke??" Gempa terbelalak mata tidak percaya.Sebenarnya dia pun gurau je nak tidur satu minggu,tak sangka betul-betul terjadi.

"Ha'ah.Eww busuklah kau ni satu minggu tak mandi!Pergi mandi cepat!Lepas mandi kau makan,saya ada masak nasi goreng bilis kegemaran kau." kata Gegem.Dia duduk di hadapan sofa,menonton televisyen sambil melipat kain.

"Saya baru perasan kau kisah sangat dekat saya.Kenapa,ya?"

Gegem terhenti pergerakannya.Dengan perlahan dia mengangkat kepala untuk bertentang mata dengan Gempa.

"Saya terhutang budi dengan kau.Kalau saya tolong kau sampai bila-bila pun,duit RM150 000 tu takkan terbalas."

"Kau tak payahlah fikir pasal RM150 000 tu.Oh,mana adik-adik kau?" Gempa pusing ke sana ke sini,mencari-cari.

"Hah?Diorang mana ada kat sini lagi." pelik Gegem.

"Tapi kan dah lepas SPM?"

"Kau tidur selama 1 minggu kau tahu tak?Bila masa kita pergi jemput adik-adik saya?" dahinya ditepuk kuat sampai kemerah-merahan.Gempa baru sedar dan sekali lagi dia tergelak.

"Kita jemput diorang petang nilah.Are you okay with that?" kata Gempa sambil berjalan untuk naik ke tingkat atas.

"Saya okay je."

🔪🔪🔪

Jam 1.00 petang.

Gegem dan Gempa sedang duduk atas sofa,menonton televisyen.Walaupu tv di hadapan mata,Gempa masih melayan telefon pintarnya sekali-sekala.Dia menjeling Gegem yang fokus menonton televisyen.Entah rancangan apa yang ditontonnya.

"Kau cakap dulu kau akan tolong saya untuk suka perempuan." kata Gempa tiba-tiba.Fokus Gegem terus hilang.

"Ya,saya ada cakap." angguk Gegem.

"Macam mana kau nak tolong saya?" Gempa semakin mendekat ke arah Gegem.Gegem menggoyang-goyangkan kakinya sambil berfikir.

"Lelaki yang kau suka tu dah tiada.Jadi senanglah.Kita cuma perlu cari seorang perempuan yang kau boleh perhati dan kau suka." Gegem mengajukan ideanya.

"Siapa?" Gempa tertanya-tanya,menyenaraikan semua perempuan yang dia kenal dalam kepala.

"Siapa-siapa jelah yang kau nak.Ini cuma ujian je tau.Kau takkan suka perempuan tu betul-betul.Lepas kau dah mula suka perempuan dan bukan kaum sejenis lagi,kau bolehlah cari perempuan lain yang kau boleh suka tanpa perancangan.Secara semula jadi~Tulus dari hati kau dan tanpa paksaan~Kau faham kan maksud saya?" Gegem menerangkan dengan bersemangat sekali,seperti doktor cinta gay.

Gempa dari tadi mendengar dengan penuh serius,matanya tidak berkedip langsung.Tangannya laju menulis nota atas bukunya.

"Kalau..saya nak terus sukakan perempuan yang dijadikan bahan ujian tu,boleh tak?"

"Boleh.Suka hati kaulah.Kalau kau dah suka dia dari hati dan bukan sebab bahan ujian,kau teruskanlah suka dia." jawab Gegem,lagaknya tidak ubah seperti seorang profesional.

"Siapa perempuan tu?Saya kenal dia ke?" tanya Gegem ingin tahu.

"Kau paling kenal dia.Teka siapa." senyuman yang timbul di bibir Gempa sangat meragukan Gegem.

"Tak tahu!Siapa?"

"Kaulah."

"Hah?Saya??" Gegem menunjuk dirinya sendiri,kening sebelahnya terangkat tinggi.

"Ya.Saya tak kenal banyak sangat perempuan.Saya tak rapat pula tu.Kau perempuan paling rapat dengan saya sepanjang saya hidup kau tau tak." Gempa beritahu satu fakta hidupnya yang amat mengejutkan Gegem.

"Oh!Adalah seorang perempuan ni,dia ketua pengawas dan dia suka saya.Boleh tahan rapat jugalah kami.Tapi saya dah bunuh dia lepas saya siksa mental dia hahahah" gelak psiko Gempa keluar.Gegem menggaru dagu.

"Siksa mental dia?Macam mana?"

"Saya cium dia untuk sakitkan hati dia.Dia tahu saya gay dan tak suka perempuan.Hahah mesti sakit kan perasaan perempuan yang dicium oleh crush dia tapi sebenarnya crush dia tu tak suka dia pun." Gempa teringat peristiwanya dengan Yaya beberapa bulan lalu.Dia berasa puas sekali.Bukan puas sebab cium,tapi puas sebab dengar tangisan kesedihan dan raungan kesiksaan Yaya.

Ciuman tu tidak membawa keseronokan pun bagi Gempa.Dia rasa jijik adalah nak sentuhkan bibir perempuan tu dengan bibirnya.Nasib baiklah seronok nampak diri yang dicium tu terseksa.

"Ehhhh jahatnyaaa" Gegem semakin terperanjat.Dia tidak menyebelahi Gempa pada situasi ini kerana apabila dia menjadi Yaya yang diperlakukan begitu,dia juga akan rasa sangat sakit.Perempuan mestilah faham hati perempuan,kan.

"Siapa suruh dia dapat no 1."

"Jadi..saya yang no 1 ni kau tak bunuh?" tanya Gegem.

Keadaan sunyi buat beberapa ketika.

"Jangan ungkit lagi pasal tu,boleh?Entah!!Saya nak bunuh kau dulu tapi entah kenapa saya tak boleh!Jangan tanya kenapa!!" tengking Gempa ke arah Gegem.Gegem terundur menjauhi Gempa.Gempa memeluk tubuh.

"Sorry." Gegem menyusun sepuluh jari tanda meminta maaf.

"Takpelah.Ingat ya cabaran yang saya bagi kau tu."

"Cabaran?Cabaran apa?" Gegem mengimbas ingatannya tapi adakah Gempa memberinya cabaran?Fikirannya kata tiada.

"Buat saya suka kaulah.Saya pilih kau sebagai bahan ujian,kau dah lupa?"

Mine(BBB Gempa)✔Where stories live. Discover now