Saya Janji!

699 64 29
                                    

Gempa's POV

Saya duduk semula di tempat saya tadi.Luka akibat paku saya sudah lekatkan plaster.Akibat kepanasan,saya membuka topi saya dan letak di sebelah saya.Saya mengeluh.

Disebabkan mencari,menangkap dan membeli Gegem,saya telah ponteng sekolah hari ni.Hari ni hari Rabu.Ada KOKUM.Pasti sudah banyak saya ketinggalan.Dahlah saya pengerusi kelab bola sepak.Rugi!

Saya toleh ke kanan.Gegem masih pengsan.Huh,sampai bila dia nak pengsan ni.Saya humban kerusi je pun bukan saya sengaja hentak kerusi tu kat kepala dia.

Atau dia pura-pura pengsan sekarang?Dia tunggu saya tiada kat sini baru dia nak lari?Itu tak boleh berlaku!

Saya menggoncang badan dia sekuat hati.

"Wehh bangun."

Dia buka mata dan tenung saya.Oh bangun pun.

"Nantilah Geggy,kakak nak tidur kejap lagi." kata Gegem dan dia terus tutup mata balik dan pusing membelakangi saya.Hah?

Mengigau.

"Hoii bangun balik jangan ingat saya bagi kau keselesaan dalam rumah ni!!" kali ni saya sepak je dia.Dia terus terduduk.

"Hah?Saya kat mana?Ehh kenapa kau ada kat sini??" dia terkejut.

"Ini rumah saya." jawab saya.Dia terdiam dan memerhati sekeliling rumah saya.Ketara sangat dia kagum tengok kecantikan rumah saya.Mata bersinar.

"Dah,sakai.Kau dah bangun kan?Jangan buang masa lagi.Ikut saya ke bilik penyiksaan." saya tarik tangan dia kasar dan bawa dia naik tingkat atas.Dia cuba lepaskan diri.

"Kau nak buat apa??"

"Hish,apasal kau lupa ni?Saya nak bunuh kaulah!!" tengking saya sambil menguatkan cengkaman pada lengannya.

"Tapi kenapa??Apa salah saya dekat kau sampai kau nak bunuh saya??" tanya dia lagi.Saya malas nak jawab.Tapi bila saya terfikir tentang jawapan untuk soalan tu,saya pun jadi hairan.

Apa salah Gegem?

Dia dapat no 1 je pun,bukannya apa.

Saya terus brekkan kaki saya secara tiba-tiba.Gegem yang tidak menyangka saya akan berhenti merempuh belakang saya kerana tidak sempat menekan brek kaki.

"Hah?Kenapa kau berhenti??" dia mengangkat keningnya.Saya lepaskan dia.

"Kau tanya kenapa saya berhenti?Kau memang nak dibunuh ke,hah??" teriak saya dekat dia.Dia tutup telinga untuk melindunginya daripada rosak mendengar teriakan saya.

"Tapi..kau yang beria sangat nak bunuh saya tadi..Mestilah saya hairan!"

"Ya,memang saya nak bunuh kau tapi entah kenapa saya ubah fikiran jadi sebelum saya ubah fikiran balik,baik kau lari cepat dari rumah ni!!Sekarang!!" saya memberi amaran kepadanya.Jari saya menunjuk ke tingkat bawah.Dia masih tidak berganjak.

"Pergilah!!Saya kira sampai sepuluh kalau tak saya bunuh kau!!Satu,dua,tiga,empat.."

"Okay!Okay!" Gegem lari menjauhi saya dan bergerak ke pintu di tingkat bawah untuk keluar dari rumah saya.

"Lapan..sembilan..sepuluh.." selesai saya mengira,saya turun ke bawah.Dia dah tiada.

"Okay,dia dah lari jadi sekarang saya nak buat apa?"








































































































Mine(BBB Gempa)✔Where stories live. Discover now