Pengakuan Palsu

631 77 74
                                    

Gempa's POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gempa's POV

Apa semua ni?

Mengapa takdir Tuhan macam ni?

Kejap,saya tak patut mempersoalkannya.

Tak patut ragu-ragu.

Tapi saya nak tahu kenapa.

Apa yang Blaze fikirkan??

Dia korbankan diri dia untuk Ice!!

Dia yang pergi menyerah diri kat balai polis dan menuduh dirinya sendiri yang dia ialah pengedar dadah.

Kenapa??

Ada cara lain!!

Boleh cari dalang di sebalik semua penfitnahan ni!!

Tapi kalau cari pun..apa gunanya.

Mesti kami akan ditangkap oleh orang tu dan dijadikan pengedar dadah sebenar.

Mengapa tidak serahkan pada pihak berkuasa saja?

Blaze perlu berkorban kah??

Haha mestilah siapa yang nak percaya cakap kau kalau kau kata kau bukan pengedar dadah sedangkan ada dadah dalam beg kau??

Ada dadah bersamaan mati wajib.

Tiada jalan penyelesaian lagi.

Kesiannya.

Aduh,kesiannya.

Ice macam mana??

Diorang berdua yatim piatu sama macam saya.

Ibu bapa diorang dah lama tiada.

Macam mana Ice nak hidup sendirian?

Ice tidak dapat menerima kenyataan.

Saya sedih tengok dia berkelakuan seperti..orang tidak waras.

Saya tak tahu macam mana nak describe perwatakan dia sekarang.

Tapi saya nampak dia bukan Ice yang dulu lagi.

Dia taklah psiko macam saya sampai cederakan diri sendiri kalau hati terlalu sakit.

Tapi dia selalu bercakap seorang diri,ketawa tiba-tiba dan lepas tu meraung dan berlari tak tentu arah.

Saya terpaksa ikut ke mana sahaja dia pergi.

Hampir dia kena langgar lori dulu.

Nasib baik saya sempat tarik dia.

Kadang-kadang dia akan peluk orang yang dia tak kenal,dia sangka orang itu Blaze.

Kebanyakan orang kata dia budak sakit mental dan suruh saya bawa dia ke hospital sakit jiwa.

Siapa tak sakit jiwa,kalau satu-satunya ahli keluarga kau yang tinggal akan mati digantung sebab dia berkorban untuk kau?

Ice mesti rasa bersalah sama macam saya.

Dia bersalah sebab Blaze  berkorban untuk dia.

Saya rasa bersalah sebab..saya bunuh hampir semua kawan saya.

Saya tak patut risaukan dan fikirkan pasal diri saya sekarang.

Ice yang patut dirisaukan.

Saya takut dia jadi macam Thorn,cuba untuk bunuh diri.

Kalau tak,semua kawan saya mati.

Hali,Taufan,Fang,Solar,Thorn,Blaze dan Ice.

Gopal akan pindah ke India tahun depan.

Diorang semua takkan berada di sisi saya.

Gopal juga mungkin akan mati di India nanti.

Apa saya fikir ni??!

Saya tak patut berfikiran negatif!!

Semuanya akan okay..

Akan okay.

Kan?

Kan??

Saya menggengam tangan Ice yang bergegar-gegar.Seluruh badan dia bergegar.Dia tidak terurus.Sejak dia pengsan hari tu,dia belum mandi,belum makan dan belum tidur.

Kami menapak masuk ke dalam bilik hukuman.

Kelihatan Blaze sedang berdiri di hadapan,tengah bilik itu.Semua orang yang terlibat dan dibenarkan saja boleh menyaksikan hukuman itu.Saya pun tidak sanggup tengok Blaze di sana.Saya tunduk dan terus memeluk Ice erat.Hampir dia terlepas dari saya.Dia ingin berlari ke arah Blaze.

Perbincangan dan pengumuman terakhir telah dibuat.Peesetujuan semua pihak adalah muktamad.Blaze naik ke atas.Kepalanya dimasukkan ke dalam lubang tali gantung itu.Saya menggeleng tidak percaya.Tak mungkin.

Ini mesti gurauan.

Air mata saya mengalir deras.Bila ditenung wajah Blaze,saya rasa sedih sangat.Wajah dia tidak menunjukkan rasa gentar pun.Dis tersenyum tenang.Dia sempat senyum kepada semua orang,menampakkan baris giginya yang putih bersinar.Ya Tuhan,

ORANG TAK BOLEH NAMPAK KAH BETAPA JELASNYA YANG BLAZE TIDAK BERSALAH DALAM KES INI??

HAKIM TU HAKIM BETUL KE APA??MANA ADA HAKIM YANG TAK PANDAI MENILAI ORANG!!

MANA ADA BANDUAN YANG GEMBIRA MENGHADAPI HUKUMAN GANTUNG!!

Aduh..kepala saya sakit.

Apa kebaikan di sebalik semua kejadian ni?

Apa hikmah??

"Berhenti!!"

Terkejut saya dengar Ice menjerit.Semua orang menoleh ke arah dia.Dia mengelap air matanya di pipi kemudian dia sambung kata-katanya..

"Mana adil bunuh Blaze saja.."

"Bukan dia seorang saja yang bersalah.."

"Saya juga."

"Dadah itu milik kami berdua.."

"Maafkan saya kerana lambat m-m-mengaku.."

"Gantunglah saya juga."

Mine(BBB Gempa)✔Where stories live. Discover now