Tolong

645 74 40
                                    

Sebelum chapter ni bermula,saya dengan rasminya mengatakan yang chapter ni dibuat berdasarkan satu soalan yang ditanyakan oleh AIshamya

Ya,soalan itu sangat T R I G G E R E D jadi Gempa memerah otak untuk jawab soalan tu sampai tak tidur dia😂😂(Seriously saya tak terfikir langsung pasal rumah sewa).Tapi dalam chapter ni,soalan AIshamya tu akan dijawab.

🌻

🌻

🌻

🌻

Gempa's POV

Sudah seminggu Gegem tinggal di sini.Dia seperti orang gaji saya je dalam rumah ni.Semua kerja rumah dia buat.Kerja saya hanya tidur,makan,mandi dan belajar je.Bila SPM?Mati.13 November.Sekarang dah hujung bulan Ogos.

Kenapa kau takut,Gempa?Kau budak pandai dalam sekolah ni!Kau dapat no 2!Kau A semua mata pelajaran!Kau akan lulus!

Tapi saya nervous..

Korang mesti ingat budak pandai ni yakin je,kan?Hati diorang tenang,berlapang dada tentang semua yang dia belajar selama ni.Sebenarnya tak.Tak langsung.

Kamilah paling nervous.Otak kami yang terlebih fikir ni memikirkan perkara yang sepatutnya tidak wajar difikirkan dalam fikiran murid yang ingin ambil periksa.

Kami takut gred kami turun dan kami bakal memusnahkan harapan semua orang yang diletak di kedua-dua bahu kami.Kami takut dosa yang kami lakukan selama ini akan ditimpa balasan pada waktu periksa seperti tidak fokus semasa menjawab dan lupa fakta atau formula di dalam sesuatu subjek.

Itulah yang paling saya takut sekarang.Saya berharap saya boleh berhenti fikir pasal ni.Semuanya akan okey!Akan okey,Gempa!

Gegem okay ke dengan semua hal-hal SPM ni?Relaks je dia belajar saya nampak.Sambil buat kerja lagi.Apa rahsia kejayaan dia??Dahlah dia bekerja kat pusat pelacuran tu dari petang sampai ke malam.Bila dia belajar??

"Gempa."

Apabila terdengar nama disebut,saya terus meloloskan diri dari fikiran serabut sendiri.Saya memandang Gegem yang sudah mengambil tempat duduk di hadapan saya,sambil memegang buku teks Matematik Tambahan.

"Ya?" saya memberi perhatian pada dia.

"Kau selesa tak dengan kehadiran saya kat sini?"

Mine(BBB Gempa)✔Where stories live. Discover now