Taufan's POV
Dah 3 hari Gempa koma.Aduh tikaman dekat perut dia dalam sangat,dan darah dalam badan dia belum cukup!
Baru je saya nak derma darah saya dekat Gempa,tapi saya kena bebel oleh Solar adalah.
Flashback 2 hari lalu
"Saya!Saya!Saya nak derma kat Gempa!" saya angkat tangan saya ke arah doktor tu.Solar tumbuk kepala saya.
"Kau nak Gempa mati ke hah?Takde belajar pasal jenis darah ke?" jelingan maut dia sangat menakutkan saya.
"Gempa darah O.Kau mana boleh derma kalau kau bukan O juga!Kau darah B kan?"
"Ha'ah.Cis,darah pun nak berkira!Daripada Gempa tak cukup darah dan mati!Pemilih betul!" saya memusingkan bola mata saya.
Dan akibat daripada kata-kata saya tu,saya ditendang keluar hospital oleh Solar.
Flashback off
Cikgu-cikgu dah pun tahu pasal pembuli-pembuli tu.Sebenarnya pembuli tu tak pernah pun cuba untuk bunuh sesiapa,mereka hanya ugut dengan menakutkan-nakutkan mangsa buli mereka dengan benda tajam.
Sebab diorang tahu kalau diorang betul-betul membunuh,mestilah kewujudan diorang akan diketahui.
Saya tak tahulah kenapa pembuli tu betul-betul cuba untuk bunuh Gempa.Diorang dah lupa ke itu kawasan sekolah?Gempa sendiri pun tak berani nak buat apa-apa.Dan dia jadi mangsa.
Saya renung wajah Gempa yang tertutup matanya.Saya berfikir,patutkah saya berkawan dengan dia?Untuk kebaikan saya?
Ataupun..bocorkan identiti pembunuh dia.Papa kan polis.Senang je nak tangkap kalau dah jumpa bukti.
Bagaimana fikiran orang psiko sebenarnya?Diorang tak rasa berdosa ke?Diorang tak fikir perasaan orang lain ke?
Betulkah membunuh buat seseorang jadi gembira?
Terkejut saya nampak mata Gempa tiba-tiba terbuka.Cepat pula tu.Selalunya kalau orang sedar dari koma,perlahan je mata terbuka.Meliar-liar mata dia memandang sekeliling.
"Kau okay tak?" tanya saya.
"Saya kat hospital kan?Saya bukan macam orang lain,lepas koma mesti tanya dia kat mana." kata Gempa.Tersembur ketawa saya.
"Heyy,tadi tu bukan kau tanya kau kat mana ke?'Saya kat hospital,kan?' Hah,kau tanya lah tu!" ejek saya.Gempa menjeling saya.
"Mesti kau nak lari kan sekarang?Sebab kau taknak stay kat hospital?Orang psiko kan macam tu.Jom saya bawa kau lari!" saya menarik tangan Gempa untuk keluar dari bilik tu.
"WOI SAKIT BODOH" jerit Gempa.Tak perasan pula saya tarik tangan dia yang patah.Saya terus lepaskan.
"Dari mana kau belajar orang psiko macam tu,hah?Orang psiko mestilah betul-betul sihat baru boleh bertindak!Hish,pendek akal!" Gempa baring semula atas katil sambil pegang perutnya.
"Saya bukan psiko.Mana saya tahu." bisik saya kepada diri sendiri tapi dengan kuat supaya Gempa dengar.
"Saya tak dapat anggap kau Hali."
"Baguslah.Saya taknak jadi najis tu." balas Gempa.Saya mengenggam buku lima.
"Gempa,boleh saya tanya?Jadi psiko tu macam mana?" saya endahkan perasaan geram tu dan terus duduk di kerusi sebelah katil Gempa.
"Kenapa tanya?"
"Saya nak tahulah."
Gempa terdiam seketika sebelum menyambung ayatnya semula.
"Jadi psiko tu..Entah."
"Hah?" hairan saya.
"Saya cuma rasa yang saya ada hak untuk semua benda.Bila orang lain rampas,saya tak puas hati.Saya bunuh jelah baru saya dapat balik." dengan selamba dia berkata.
"Takde cara lain ke?Semua orang ada hak.Kenapa nak rampas apa yang diorang dikurniakan untuk ada?Itu rezeki diorang!" saya terjerit sedikit.Gempa bangkit dari baring saya dan pandang saya dalam.
"Diorang RAMPAS rezeki saya.Diorang RAMPAS apa yang milik saya.Bukan saya yang rampas.Kau faham?" wajah Gempa nampak tegang.
"Fang tu bukan milik Hali pun.Fang bukan milik siapa-siapa.Bukan boyfriend siapa-siapa.Jadi kenapa kau nak bunuh Hali?Kalau kau nak sangat si Fang tu,kau berdoa kat Tuhan!!"
Ambik kau.
Membuntang mata Gempa selepas mendengar kata-kata saya tadi.Kau jawablah,dapat kah tidak?
"Kalau kau dah bunuh semua orang pun,tak semestinya kau akan dapat Fang.Tak semestinya Fang akan suka kau.Kan?" senyuman saya tiba-tiba keluar.
"Fikir-fikirkanlah ye." saya menepuk bahu Gempa sebelum belalu keluar.Saya tahu dia nak rehat.
Well,dapatkah dia rehat lepas saya sentap dia macam tu?
YOU ARE READING
Mine(BBB Gempa)✔
FanfictionSaya mesti jadi yang terbaik. Saya mesti jadi yang paling baik. Saya mesti memiliki semua tu. Saya mesti dapatkan semua tu.. Jangan halang saya. Sebab saya tahu apa yang kepunyaan saya. Semua.. Adalah.. Milik.. Saya.. Apa yang kamu ada,adalah...