Bersalah

619 64 56
                                    

Normal POV

"Saya bergantung dengan Solar untuk hidup."

"Saya rasa tak bersemangat nak hidup."

"Tiada siapa yang sayang saya dengan sepenuh hati selain Solar.."

"Kenapa..kenapa Solar hiks hiks bunuh diri..Kenapa,Gem..hiks hiks" Thorn menutup mukanya yang basah dengan air mata menggunakan tapak tangannya.

"Gem..Teman saya bersiar-siar boleh tak?"

X x X x X

Gempa dan Gegem menfitnah lagi.Keluarga Solar belum pulang semasa Solar sudah mati dicekik.Ini merupakan peluang keemasan buat mereka.Mereka menggantungkan tali pada bilik Solar.Solar pula dibaringkan di atas lantai,sejajar dengan kedudukan tali itu digantungkan.

Dengan keadaan seperti itu,ibu bapa Solar mesti akan fikir yang Solar telah bunuh diri.Gempa menyuruh Gegem untuk tinggal di rumah Solar sehingga keluarga Solar pulang.Gegem ditugaskan untuk berlakon sedih terhadap kematian Solar.

Ibu Solar pengsan melihat mayat Solar.Ayah Solar pula hanya berdiri kaku.Gegem hanya diam menangis.Sebenarnya di dalam lubuk hati,dia memang berasa sedih atas kematian Solar.Dia rasa bersalah yang teramat sangat.

Pada pandangan dia,Solar tidak patut mati.Yang salahnya di sana ialah Gempa dan Gegem.Kerana mereka membunuh.Mereka pengecut sangat untuk mengakui dosa yang mereka lakukan dan membunuh orang yang bertanggungjawab melaporkan kesalahan mereka kepada polis.

Gegem dan Gempa tak nak mati lagi.Belum lagi.

Jadi air mata Gegem yang sepatutnya ialah lakonan,bertukar kepada air mata kesedihan.Gempa masih sedih di rumah.Pertama kali dia rasa bersalah membunuh seseorang.Entah kenapa,tapi..

Baginya pembunuhan itu tidak menyeronokkan lagi.

Ramai orang datang untuk melihat Solar dikebumikan.Hampir satu sekolah datang.Manakan tidaknya,dia merupakan antara jejaka yang popular di sekolah mereka dan juga sekolah lain.Gempa dan kawan-kawannya yang lain juga datang.Semua tidak percaya bahawa punca kematian Solar ialah Solar sendiri,bunuh diri.

Sedangkan punca sebenarnya iaitu Gempa masih selamat dirahsiakan.

Sudah seminggu sejak pengebumian Solar.Semua orang berusaha melupakan kejadian itu dan jalankan hidup mereka seperti biasa.Tetapi jelas sekali,Thorn tidak dapat move on dari peristiwa sedih itu.Dia memanggil Gempa untuk menemaninya bersiar-siar.

Wajah Thorn ceria namun Gempa tidak tertipu dengan topeng yang Thorn pakai itu.Dia tahu sekali yang Thorn hanya berpura-pura.Dia hairan kerana Thorn membawanya menaiki satu bangunan usang 5 tingkat.Gempa was-was.

"Kau nak buat apa Thorn naik bangunan lama ni?" tanya Gem.Dia menarik Thorn menjauhi bangunan itu.Namun Thorn seperti ada graviti di bawahnya.Tidak berganjak langsung.

"Saya..nak naik kat atas bumbung..Nak..tenangkan diri." jawab Thorn tersekat-sekat,bibirnya memaksa mengukir senyuman palsu.Gempa pantas menggeleng.

"Jangan,Thorn!Jom kita pulang!" Gempa menarik Thorn sekuat hatinya.Thorn menepis tangan Gempa dan berlari laju memasuki bangunan itu.Gempa kalut.

"Jangan Thorn!!Datang sini balik!!" Gempa ingin mengejar Thorn tapi langkahnya terhenti.Nanti kalau sesuatu berlaku,dia mesti akan dituduh.Mesti dia akan dituduh,kan?Gempa mencari kelibat orang lain di sekelilingnya.Dia bersyukur kerana ternampak Cikgu Papa dan isterinya,Mama Zila.

"Cikgu!!Tolong,cikgu!!" Gempa terus menjerit kuat ke arah Cikgu Papa.Merkea berdua terus berlari ke arah Gempa.

"Kenapa Gempa?"

"C..cikgu!Tadi Thorn naik bangunan ni cikgu,saya takut dia nak buat sesuatu!" jawab Gempa.Cikgu Papa dan Mama Zila terus jadi cemas.

"Korang naik,Mama Zila akan telefon polis!" Mama Zila terus keluarkan telefonnya dan menekan no 999.Mama Zila cemas sementara menunggu kehadiran polis.

X x X x X

Gempa sudah sampai di tingkat 5.Cikgu Papa berhenti separuh jalan kerana tidak tahan penat.

"Thorn..Apa-apa pun yang kau cuba nak buat,tolong jangan terjun!" Gempa perlahan-lahan mendekati Thorn.Thorn juga semakin mendekati hujung bangunan.Ramai orang sudah terjerit-jerit di bawah.Polis juga sudah sampai.

Terdapat sejenis alat entah yang macam trampoline tu supaya kalau Thorn jatuh tidak kena lantai lol maafkan saya saya tidak tahu nama benda tu.Polis sudah menyediakan alat itu sebagai langkah berjaga-jaga.

"Gem..Kau tau tak apa yang membuatkan saya sedih?Yang saya tiada kawan rapat lagi.Solar saja yang layan saya dengan baik kat dunia ni.Ibu,papa dan adik-beradik tiri saya semua layan saya macam sampah.Saya.."

"Janganlah cakap macam tu!!Saya ni kawan kau juga!!Ice,Blaze dan yang lain pun kawan kau juga!!Jangan bunuh diri hanya disebabkan perasaan sedih tu!!Kami sayang kau,Thorn!!"

"Tapi saya tak sayang diri saya." kata Thorn.Kepalanya tunduk ke bawah.Dia berjalan mendekati hujung bangunan.Selangkah lagi dia akan jatuh dari bumbung bangunan tu.Gempa buntu.

"Solar mati,Hali mati,Taufan mati,Fang pun mati..Kenapa sebenarnya semua ni berlaku?Entah kenapa,saya rasa macam lepas ni giliran saya pula.Mungkin kita semua akan mati juga di penghujungnya."

Kata-kata itu mencucuk dada Gempa.Semua salah dia.Kepalanya menjadi sakit.Badannya bukan kepalang.Dia basah berpeluh,mukanya berubah pucat kebiruan.Dia sedar selama ini dia salah.Dan Thorn ingin bunuh diri disebabkan itu.

"M-maaf,Thorn..S-saya pentingkan diri sendiri..Tolonglah jangan bunuh diri.Jangan please.Ini salah saya." akhirnya Gempa mengaku.Dia menutup mata.Thorn pusing menghadap Gempa.

"Apa..maksud kau?" Thorn bergerak mendekati Gempa.

"Saya..saya yang-" Gempa tidak dapat menghabiskan ayatnya.Mulutnya terlopong luas.

Thorn tergelincir semasa berjalan.Dawai besi berkarat yang tertanggal dari bangunan lama itu mencucuk leher Thorn sehingga tembus.Darah terus memancut keluar,membasahi muka dan baju Gempa.Gempa jatuh terduduk.

Polis datang pada masa insiden itu berlaku dan mereka sempat melihat Thorn tergelincir jatuh dan mati dicucuk.

Jadi..kemalangan itu termasuk dalam kecuaian sendiri.Tiada sesiapa yang bersalah.

"Polis,kau pastikah tiada siapa yang bersalah?"

"Sebab saya rasa bersalah nak mampus sekarang ni."

"Tapi saya takut." Gempa berbisik sendirian,sambil melihat mayat Thorn yang berlumuran darah dimasukkan ke dalam van ambulans.

Mine(BBB Gempa)✔Where stories live. Discover now