Fitnah

579 72 29
                                    

Gempa's POV

2 minggu telah berlaku sejak kejadian saya dan Gegem membunuh En.Drian dan Pn.Dalcy.Dan apa yang membuatkan saya kalut sekarang,SPM.Ya,SPM minggu depan.Pada 13 November.Aaahhhh

Gegem ni bijak juga ya melarikan diri dari masalah.Tak sangka dia terfikir benda di luar kotak macam tu.Saya terus tepuk tangan bila kami berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa.







"Apa idea kau?"

"Kat dalam almari tu ada banyak baju,jadi kita akan tukar baju kita yang berdarah ni sebagai langkah berjaga-jaga."

"Okay..Lepas tu?Mayat diorang dua ni?" tanya saya semula,berfikir tentang apa lagi idea Gegem untuk mayat suami isteri tu.

"Itu senang je!Kat dalam bilik nilah semua rakaman CCTV boleh dilihat.Saya akan padam semua rakaman tu.Lepas tu kau Gempa,suruh pengawal dan pekerja balik awal guna telefon atas meja tu.Supaya tiada yang nampak kita keluar dari pejabat ni." Gegem menuding jari ke arah telefon di atas meja.Saya menjongket kening.

"Tapi suara saya tak macam suara En.Drian."

"Kau berusaha jalah samakan suara korang dua.Itu saja idea yang saya ada." Gegem mengeluh.

Sementara Gegem berusaha memadam rakaman-rakaman CCYV,saya buat je apa yang dia suruh.Berusaha saya garaukan suara saya yang kurang garau ni.Percaya juga pengawal tu yang saya ni En.Drian.Bodoh betul.Hampir tergelak saya di hujung talian.

"Sekarang pengawal tu sedang buat pengumuman supaya semua pekerja boleh balik awal." kata saya.Gegem memberi thumbs up.Kemudian dia sibuk mengutip serpihan pasu dan memasukkan serpihan-serpihan tu ke dalam bagasi.

"Kau buat apa pula tu?"

"Hapuskan bahan bukti.Pasu ni dah ada cap jari saya tapi saya tak tahu kat serpihan pasu yang mana.Takkan saya nak gilap satu-satu serpihan pasu ni?" jawab dia tanpa menoleh ke arah saya.Saya mengangguk-angguk.

Dia macam pro je dalam hal-hal melarikan diri ni.

"Pisau tu?" saya terlihat pisau lipat yang Gegem guna untuk bunuh En.Drian di atas lantai.Gegem menutup zip bagasi lalu berjalan ke arah pisau lipat itu.

"Kau nak kita tuduh siapa?"

"Tuduh?"

"Heh.Yalah,tuduh.Fitnah.Kau nak kita fitnah siapa kat sini,Gempa?" Gegem mengelap cap jarinya pada pisau lipat itu menggunakan bajunya.Saya terdiam,mencari mangsa yang layak dijadikan orang tuduhan.

"Cuba kita cari pisau lipat lain yang ada dalam bangunan ni dan gantikan dengan pisau lipat yang kau guna untuk bunuh En.Drian tu.Siapa bertuah,dia yang kenalah." cadang saya.Gegem setuju.Dia tertunduk memandang bajunya yang masih lencun dengan darah merah pekat.

"Kita kena bergerak cepat.Pergi tukar baju.Kau dulu." arah Gegem.Saya mengikut saja arahan dia.Dia membelakangi saya.Saya berdehem setelah selesai menukar baju.

"Sekarang giliran saya pula.Jangan pusing kalau tak saya bunuh kau."

"Hmm.Buat apa.Sejak masuk tempat pelacuran ni lagi saya dah nampak semua." kata saya.Dia menolak saya dan bagasi penuh serpihan pasu tu keluar dari pejabat.

Mesti lawak bila dia dah siap tukar baju.Dalam almari tu semua pakaian lelaki.Kemeja dan seluar sleeve milik En.Drian.Besar pula tu.Saya pakai pun longgar.Saya memusingkan bola mata ke semua arah,memastikan tiada manusia lain berada di dalam bangunan ini selain kami berdua.

Ini pengalaman pertama saya membunuh di tempat selain bilik penyiksaan saya.

Pintu pejabat En.Drian terbuka tiba-tiba.Kepala saya pantas menoleh.Sesaat saya tengok Gegem,saya terus ketawa terbahak-bahak.Tenggelam dia dalam pakaian tu wehhh ahahhaha

"Jangan gelaklah!!" dia pukul kepala saya."Cepat!Kita tak boleh buang masa!"

"Aduh hahahha yelah,yelah" saya mengikut jejak dia menuruni tangga.

Kami terus ke tingkat bawah sebab kat tingkat 2,3,4,5,6 dan 7 hanyalah ada bilik para pekerja yang berkunci.Kat bawah barulah ada pejabat pengawal,bilik mesyuarat,kafeteria dan tempat baju-baju para pekerja#pelacur disimpan.Dan juga kaunter pertanyaan.

"Apa kata kita periksa kat kaunter pertanyaan dulu?Kat sana pondan tu selalu gunting-gunting kertas borang.Mana tahu ada pisau lipat?" ujar Gegem setelah kami sampai di tingkat terbawah itu.

"Betul juga." setuju saya.

Kami bergerak ke arah kaunter pertanyaan dan alangkah gembiranya kami,ada pisau lipat kat meja tu!Warna merah pula tu!Sama warna dengan En.Drian punya!Saya dan Gegem melompat-lompat riang.

Dengan berhati-hati Gegem menukar pisau lipat tu.Pisau lipat pondan tu kami masukkan terus ke dalam bagasi bersama-sama dengan serpihan pasu.

"Cepat tinggalkan tempat ni,Gegem!Jangan jejak lagi!" saya mencapai tangan Gegem dan menariknya keluar dari tempat pelacuran itu.Sepantas kilat kami masuk dalam kereta dan meninggalkan tempat itu.Nafas lega sama-sama kami lepaskan.

Gegem terus tertidur dalam kereta.Saya pun ngantuk.Takde tidur petang tadi.Sekarang dah nak dekat jam 1 pagi.Belajar pun belum lagi.Takpelah.Sekali-sekala.






Saya lega diri saya masih saya.Takutnya saya dulu bila saya rasa bersalah nak membunuh.Tak suka dengan darah.Gempa tak suka darah?Itu satu perkara yang sangatlah tidak logik!!Darah ialah benda paling menenangkan untuk dilihat!

Saya tertanya-tanya juga dengan Gegem ni.Dia pun psiko rupanya.Dia suka tengok darah,suka dengar jeritan mangsa dan membunuh untuk membalas dendam.

Patutlah saya rasa saya selesa bersama dengan dia.Sebab kami ada jenis fikiran dan minat yang sama.Paling mengagumkan,dia berjaya lepaskan kami dari jenayah yang telah kami lakukan!

Pondan tu betul-betul dituduh dan ditangkap!Gantung mati pula tu!Yeayyyyy kenapa tak suruh kami bunuh dia dengan siksaan je?Sayanglah nyawa tu pergi melayang begitu saja tanpa mendengar jeritan siksaan dia!

Gegem masih tinggal sini.Tak tahulah tapi,

Saya taknak lepaskan dia.Dia berguna.Berguna sangat terutamanya bila saya kena lepaskan diri daripada satu jenayah.Bolehlah saya bunuh orang sesuka hati di mana-mana je saya nak.Dia pasti akan tolong saya.Siapa tak akan tolong orang yang beli dia dengan harga RM150 000?

Yang penting,dia merupakan partner in crime saya mulai saat ini.

"Hehehe"

"AHAHAHHAHAHAHAH"

"Tapi sebelum tu Gempa,kau kena ulang kaji untuk SPM dulu T_T"

Mine(BBB Gempa)✔Where stories live. Discover now