Gempa's POV
🏢Sekolah🏢
"M-mama?Kenapa mama ada kat sini lagi?"
"Saya bukan mama kaulah."
"Kenapa dengan mama ni..Asyik-asyik taknak mengaku yang mama ni mama Gem.." saya cuba memegang tangan mama tapi ditepis pula.
"Kau kenapa,Gempa?Saya bukan mama kaulah!Saya Gegem!!"
G-Gegem?
Oh.
OHHH
Saya tumbuk kepala sendiri.
"Sorry,Gegem..Saya berhalusinasi lagi tadi.." saya meyusun sepuluh jari kepadanya.Dia memandang saya dengan wajah yang tidak berpuas hati dan terus berpaling.
"Kau ni!Sejak dua hari ni,kau asyik kata saya ni mama kau lah,Hali lah,Fang lah,saya ni Gegem lah!"
"Sorry saya betul-betul minta maaf.Saya tidak dapat berhenti nampak diorang bila nampak kau.Aish.." keluhan saya begitu panjang dan berat sekali.Siksalah bila saya nampak wajah mereka apabila melihat Gegem.Rasa bersalah sangat.
"Takpelah." Gegem mengendahkan saya dan duduk semula di atas kerusinya.Kelas pertama dan kelas kedua bergabung dalam makmal komputer,sebab itulah kami berada di tempat yang sama sekarang.
Kring~~Kring~~
"LOCENG DAH BUNYI!!! YIHAAAAA" seluruh kelas menjerit.Meraka berebut untuk keluar dari makmal komputer sampai ada yang dipijak-pijak di bawah.
Beginilah perangai diorang bila tiada cikgu.Nama je dah 17 tahun.Saya mengurut dahi.Terpaksalah saya jalankan tugas saya sebagai pengawas.
"Jangan berebut boleh tak?Kalau tak saya tulis nama korang semua!!" saya memasang wajah garang dan mereka terus senyap.Buku nota dan pen digenggam kemas di kedua-dua tapak tangan saya.
"Baris."
Diorang terus ikut arahan saya.Siap ikut baris lelaki dan perempuan lagi.Paling menakjubkan,ikut ketinggian pula tu.Langkah mereka sejajar dan ini membuatkan saya tersenyum puas hati.
Saya merupakan kapten kawad Pengakap sejak Form 3 lagi.Tidak hairanlah diorang dengar arahan saya.Sebab saya pantang kalau ada ahli kawad yang buat salah,saya terus suruh diorang buat push-up 50 kali.
Gegem pun ikut berbaris kat sana juga.
Selepas mereka sudah keluar dari makmal komputer dengan selamatnya tanpa ada sebarang kecelakaan yang berlaku,saya terus menutup suis aircond dan lampu.Lalu saya keluar dan mengunci pintu makmal komputer.
Gegem sudah siap memakai kasut dan sedang menunggu saya untuk selesai pula.
🕜Jam 1.30 petang🕜
Saya dan Gegem berjalan seiringan menuju ke rumah.Rumah saya taklah jauh sangat,lebih kurang 1.5 km dari sekolah.Saya lebih suka jalan kaki dan ambil jalan panjang yang sunyi.Tapi sejak saya pulang bersama Gegem,saya ikut saja jalan biasa iaitu jalan bandar yang sesak ni.
"Berapa minggu lagi sebelum SPM?" Gegem bersuara tiba-tiba.
Saya mengira hari menggunakan jari."Umm.Lebih kurang 3 minggu lagi.Kenapa?Kau nervous kah?"
"Taklah.Saya tanya je.Supaya target saya bersesuaian dengan masa yang tinggal sebelum exam tu."
"Kau ulangkaji sampai mana dah?" tanya saya ingin tahu.
"Saya dah habis ulangkaji bab Form 5 dari tahun lalu lagi.Kalau dianggarkan,dah masuk kali ke 30 dah saya ulang-ulang baca buku teks tu.Latihan pun dah berbelas buku saya habiskan.Tak tau nak ulangkaji apa lagi."
THE HECK-
Memang patut pun dia dapat gelaran no 1!Saya baru habis baca buku teks 5 kali.Buku ulang kaji pun tak sampai sepuluh bagi setiap subjek.Bagaimana..Bagaimana dia boleh jadi begitu rajin baca buku teks setebal 400 lebih muka surat tu sebanyak 30 kali??Otak dia tak pecah kah??
Saya berfikir dan berfikir.Gegem tidak berkata-kata lagi.Mungkin dia tahu saya sedang memikirkan pasal keajaiban cara dia belajar.
Saya memerhati keadaan sekeliling.Ramai orang berurus niaga.Ada yang berpakaian cantik,ada yang berpakaian biasa-biasa saja.Rupa mereka pun semua berbeza ekspresi.Ada yang marah,ada yang tersenyum,ada yang sedih.
Pasti mereka telah melalui banyak pahit manis dalam hidup mereka..Termasuklah saya..Apa jadi kalau masa depan saya dimusnahkan?
Apa perasaan saya kalau masa depan saya dimusnahkan begitu saja?Saya mengharap begitu banyak.Impian saya berbagai-bagai.Apa perasaan saya kalau semua itu dihapuskan begitu saja?
Tanpa saya berbuat salah?
Walaupun takdir saya untuk disingkirkan..tapi tanpa rela daripada hati sendiri..bukankah itu menyedihkan?
Ya,ia sangat sedih.
Kejamnya manusia dengki.
Fikiran-fikiran bersalah sering menyelubungi hati saya pada akhir-akhir ini.Fikiran yang tidak pernah saya kisah untuk fikirkan dahulu.Fikiran yang sepatutnya difikirkan lebih awal agar semuanya tidak terlambat.
Namun,semua dah terlambat
Nyawa tidak dapat dikembalikan semula.
Selama ini,saya tidak sedar yang saya melaknati diri orang lain dan DIRI SAYA sendiri.
Sepasang kaki ini terus memijak langkah ke hadapan.Kedua-duanya terhenti apabila sepasang lagi kaki tiba-tiba berhenti secara mengejut.Saya menoleh ke belakang.
"Kenapa,Gegem?"
Saya merenung Gegem.Seketika,dahi saya berkerut melihat keadaannya sekarang.Anak matanya mengecil.Mulutnya terlopong luas.Wajahnya tiba-tiba menjadi pucat.Badannya membongkok dan terketar-ketar.Dia seperti mahu rebah.
"Weii,kau kenapa?" pelik melihat perlakuannya yang seakan-akan ketakutan,saya menegurnya sekali lagi.
Dia menggeleng kepala berkali-kali.Kedua-dua tangannya memegang kepalanya yang ditutupi tudung berwarna putih itu.Dia tiba-tiba menjerit.Kuat sekali.Gegendang telinga saya seperti hendak pecah.Semua yang lalu-lalang automatik memandang ke arah kami berdua sejurus terdengar jeritan Gegem yang membingitkan telinga.
"Kau kenapa tiba-tiba teriak ni??" saya memarahinya.Buat malu saja tiba-tiba teriak tidak tentu pasal.
"Ma..mama.." dia menyebut dengan suara yang tergagap-gagap,tanganya perlahan-perlahan diangkat dan jari telunjuknya menunjuk ke arah seorang wanita.
"M-mama?" saya mengalihkan pandangan kepada wanita itu.Dia bersama seseorang yang saya kenal.Ya,itu ialah bos syarikat pelacuran tempat Gegem bekerja dulu.
"Ma.mama..kahwin..dengan DIA??MAMA SAYA KAHWIN DENGAN BOS TAK GUNA TU??ITU SUAMI BARU MAMA??SELAMA NI SAYA TAK TAHU DIA SUAMI MAMA??HAH??APA??" Gegem tidak terkawal.Dia terpekik-pekik.Saya boleh melihat jelingan orang ramai kepada kami.Saya terus menarik Gegem dan berlari secepatnya menuju ke rumah agar tidak menganggu ketenteraman di tempat awam.
YOU ARE READING
Mine(BBB Gempa)✔
FanfictionSaya mesti jadi yang terbaik. Saya mesti jadi yang paling baik. Saya mesti memiliki semua tu. Saya mesti dapatkan semua tu.. Jangan halang saya. Sebab saya tahu apa yang kepunyaan saya. Semua.. Adalah.. Milik.. Saya.. Apa yang kamu ada,adalah...