Sepupu

622 71 64
                                    

Gempa's POV

Masa saya sedang fokus main Mobile Legend,masa tulah ada manusia telefon saya.Kalah terus saya.Inilah antara benda yang paling dibenci oleh para gamer Mobile Legend.Dengan henbusan nafas kemarahan,saya menjawab panggilan tu.

"YE KAU NAK APA SOLAR"

"Uish!Marah nampak?"  jawab Solar dengan nada yang terkejut.Mungkin sebab saya tiba-tiba jerit tanpa dia mengetahui sebabnya.

"Huh mestilah marah kau telefon saya masa tengah main ML.Cakap kau nak apa.Mood saya tak baik gara-gara kau.Awas kalau benda tu tak penting." saya menggesa dia untuk cepat memberitahu.Rambut saya kusut masai akibat daripada perbuatan saya yang tidak henti menggaru kepala sejak tadi.

"Ahh..Taklah penting sangat.Tapi saya nak ajak kau jalan-jalan dengan sepupu-sepupu yang lain.Lama kita tak jalan sesama kan?"

"Tapi mood saya game lah hari ni.Korang mesti bawa saya jalan sebab minta kena belanja,kan?" jawab saya.Saya dengar gelak kecil Solar dari hujung talian.Hmm,dah agak dah.

"Pandai juga kau teka eh.Datanglah ke rumah saya,Gem.Dah lama keluarga kau tak ziarah kami ni.Mama dan papa dah rindu korang."

Saya mengurut dahi.

"Haish Solar,keluarga kau dah lupa ke yang mama dan papa saya dah tiada??Tiada keluaga dah!!Dah byelahh" saya mengakhiri perbualan.Baru je saya nak sambung main ML balik,Solar telefon lagi.

"APA LAGI KAU NAK??"

"Jomlah..Jomlah,Gemmm sorry saya terlupa pasal ibu bapa kau.Sorry sesangat.Jomlah jalan!Kali niii je my dear cousinnnn" suara dia kedengaran merayu sekali.Saya mengeluh kuat.Sengaja saya kuatkan supaya dia dengar dan menunjukkan yang saya malas sangat nak jalan dengan dia.

"Ahh yelahh.Berapa orang kita ni??"

"Saya,kau,Awan,Bayu dan Renbu.Kita lima orang je!"

Saya terdiam sekejap untuk kira bajet dalam kepala.

"Saya nak jimat duit sekarang jadi saya belanja seorang RM50 je.Bukan RM100 macam dulu lagi.Boleh kan?" beritahu saya pada Solar.

"Kenapa kau nak jimat eh?Mesti sebab si Gegem?" Solar tiba-tiba mention nama Gegem.Ya,memang pasal dia pun.Pasal adik-adik dia.Suka sangat borong makanan ringan kat supermarket.Sehari je dah habis.

"Ye."

"Kenapa kau tinggal dengan dia?Saya curious tahap gaban ni."

"None of your businessss" saya sebut huruf 's' dalam perkataan business tu macam bunyi ular.Solar terus geli-gelaman.Dia tak suka ular dan saya selalu usik dia pasal tu.

"Ish nak buat bunyi ular pula!Mentang-mentanglah saya tak suka ular!"  dia pula jadi naik angin.Saya hanya ketawa terbahak-bahak untuk lebih memanaskan hati dia.

"Anyway,jumpa kat rumah saya jam 11 pagi nanti.Diorang Awan dan yang lain sedang dalam perjalanan ke sini.Kau cepat-cepatlah." belum sempat saya menjawab 'Okay' dia sudah terlebih dahulu mematikan talian.

Saya masuk ke bilik air untuk mandi.Malasnya saya nak bersihkan diri masa-masa cuti ni kecuali kalau ada hal.

🏠 🏠 🏠

Dengan berpakaian hoodie berwarna hitam dan seluar jeans ketat berwarna biru tua,saya parking kereta saya di hadapan rumah Solar yang tidak kurang megahnya.Makcik dan pakcik juga kaya,cuma mama dan papa ialah yang paling kaya antara mereka.

Saya keluar dari kereta tapi saya buka balik kunci kereta kerana lupa ambil topi saya yang tertinggal di dalam.Saya pakai topi saya seperti selalu,hadapannya menghadap belakang.Rambut hadapan saya semua saya masukkan dalam topi biar nampak dahi saya yang luas tanpa jerawat ni.

"Wuu awalnya kau sampai!30 minit lebih awal!" Solar menepuk-nepuk tangan menerima kedatangan saya.Entah bila kali terakhir saya jejak rumah ni,mungkin dua atau tiga tahun lalu kot.

"Saya kan ketua pengawas..Memanglah biasa berdisiplin." sempat saya puji diri sendiri.Ceh,berdisiplin konon.Itu kat sekolah jelah.Kalau kat rumah,main game sehari menahan kencing pun saya mampu.

"Mana diorang Awan?" saya menoleh ke kiri kanan mencari kelibat sepupu-sepupu saya yang lain.

Saya jarang sekali bertemu dengan sepupu-sepupu saya kecuali Solar.Dia kan sama sekolah dan kelas dengan saya.Sejak mama dan papa bekerja di luar negara,saya tak pernah lawat diorang lagi.Buat apalah saya nak datang ke rumah makcik dan pakcik seorang diri tanpa mama dan papa.

"Diorang Awan ada kat dalam rumah tu.Jomlah masuk,jumpa mama dan papa saya.Diorang dah rindu nak jumpa kau tu." Solar memegang tangan dan menarik saya masuk ke dalam rumah tanpa persetujuan saya.

Skip time Gempa bersembang kekok dengan makcik dan pakciknya serta jalan-jalan kat mall dengan Solar dan sepupu-sepupunya yang lain selama 4 jam.

🔪🔪🔪

Gempa mengangkat tangan dan memerhati jam tangan touch screennya.Sudah hampir jam 5 petang.Semua sepupunya kecuali Solar sudah pulang ke rumah masing-masing.Solar ajak dia ke kedai baju.

"Taknak..Nak pulang." Gempa menggeleng-geleng.

"Alaa jomlah!Saya mana kena benar beli-belah sorang diri!Mama saya risau kalau ada orang culik saya sebab saya ni hensem sangat.Jadi kau mesti temankan saya!" kata Solar.Saya jeling dia dengan penuh rasa meluat.Itu saja yang saya tak suka pasal Solar.Perasan.

Dia sejak kecil lagi memang selalu dihadiahkan dengan kata-kata manis oleh mama dan papanya.Dia kena puji hensemlah,comellah,cantiklah,bahkan kena puji sebagai seorang lelaki yang sempurna.Sempurna apa??Dia dapat D dalam Maths!!Penampilan je kelebihan dia,dia masih ada banyak kekurangan!

Tapi saya tak kisah pun bila ada orang dapat lagi banyak perhatian dari saya.Semua orang berhak dapat perhatian dalam aspek yang berbeza.Diorang ada hak.Okay apa saya merepek ni mana saya belajar fakta ni.

"Yelah kalau itu yang kau nak.Saya duduk kat sini,main ML." saya duduk atas satu kerusi lembut dalam kedai tersebut.Solar mengangguk.

Saya terus main Mobile Legend sampai saya tak sedar yang kami sudah 2 jam berada dalam kedai baju tu.Cepat-cepat saya berdiri untuk mencari batang hidung budak perasan tu.Solar masih memilih pakaian.Saya bentak dia dari jauh.

"Dah-dahlah tu Solar mari kita pulang sekarang!!" jerit saya.Semua yang ada di dalam kedai menoleh ke arah saya kemudian ke arah Solar.

"Shushh kau ni perlahan sikitlah!Hah,saya dah nak siap dah ni!" Solar berjalan ke arah saya.Lengan dia penuh baju yang digantungkan pada penyangkut baju.Siap ada yang disangkut kat leher lagi.

"Berapa baju kau beli ni,Solar??" saya terkejut melihat dia seperti sidaian.

"Alaa 30 baju 20 seluar.Oh dan tambahan 5 topi,10 tali leher dan 5 tali pinggang yang saya dah letak kat kaunter.Sikit je.Jomlah teman saya bayar semua ni." dia tinggalkan saya,bergerak ke kaunter.

"Jangan kau berani pinjam duit saya kalau duit kau tak cukup beli semua pakaian tu!!" sekali lagi saya terjerit ke arahnya.

Lepas keluar kedai baju,Solar mahu makan pizza di Domino lagi.Saya terus jatuh melutut atas lantai mall.Bila dia nak pulang??Kenapa mesti saya yang dia bawa teman shopping??Dahlah mood saya sekarang ialah berguling dalam bilik sambil main game!!

"Solar,kau pesanlah pizza kau sekarang.Saya nak terus pergi tempat parking kereta ni.Penat." saya tepuk bahu Solar.Saya terus lari memecut ke arah tempat parking kereta dan masuk ke dalam kereta.

Lepas masuk kereta dan pasang air-cond,saya terus tertidur.

Mine(BBB Gempa)✔Where stories live. Discover now