Setelah bacaan talkin dan yasin dibaca orang yang hadir kini beransur pulang. Rintikan hujan kini membasahi seorang ayah dan dua orang anaknya yang masih setia duduk di tepi kubur isteri serta ibu kepada anak-anaknya.
Tangisan yang memilukan dua orang anaknya menambahkan lagi kedukaan hati ayah kepada dua orang itu.
"Fendy.. Jomlah kita balik nak. Kesian tengok Atin dengan As ni nanti dia orang demam." Pujuk Neknda Khadijah kepada Tengku Fendy.
"Along.. Angah.. Kite balik ye nanti ada masa kite jenguk ibu lagi."
"Taknak! Angah nak tunggu ibu keluar jugak. Kenape dia orang tanam ibu? Kesian kat ibu. Ayah tolong lah keluarkan ibu."
Tengku Fendy terdiam. Sang abang yang berumur 10 tahun itu berdiri lalu menarik kuat tangan si adik yang berumur 8 tahun itu.
"Ibu dah takde. Jangan degil. Ikut abang." Tegasnya. Si ayah yang melihat hanya berdiam. Dia tahu anak sulungnya itu sudah mengerti.
*di rumah agam milik Tengku Fendy
"Angah taknak adik! Angah benci adik! Angah buat ibu sakit! Ayah.. Angah janji atin tak kan minta adik lagi tolong lah kembalikan ibu." Isakkan demi isakkan masih kedengaran di rumah itu.
"Angah.." Ayat Tengku Fendy tergantung setelah anak sulungnya Tengku Fathrul Asad bersuara.
"Dengar cakap along sekarang ni. Ibu dah takde. Dia dah pergi ke alam lain. Dekat sana ibu dah tak perlu sakit lagi. Sebab ibu mati berjihad. Jadi ibu sedang berada di syurga sekarang. Angah ada along sekarang ni. Ada ayah ada maktok. Angah tak perlu sedeh2. Mulai sekarang ni along akan jaga angah." Pelukan hangat diberikan kepada si adik.
Air mata seorang ayah menitis melihat kematangan seorang anaknya.
💕💕💕💕
"Mak Nab, mulai sekarang mak Nab jaga budak ni. Saya serahkan dia kepada mak Nab."Bayi itu bertukar tangan.
"Lama ke kamu dekat UK sane?"
"Ye mak Nab. Tapi saya akan sering jenguk rumah ni. Saya perlu hantar As dengan Atin ke UK. Dekat sana aunty dia orang boleh jaga sementara saya bekerja."
"Kamu dah azankan ke budak ni Fen?"
"Dah mak Nab."
"Nama dia?"
"Tengku Fakhrul Amirullah."
💕💕💕💕
"Am! Cepat hantar spaghetti dan jus apple ni kat meja 10."
"Yes. Segera berkhidmat."
"Am! Order meja 12!"
"Ye!!"
Kelihatan kedai makan itu dipenuhi dengan ramai pelanggan yang datang pada malam itu.
Setelah jualan pada hari ini laris, kedai makan itu mula berkemas tanda hendak menutup perniagaan mereka.
"Hah! Penatnyee..."
"Hai pekerja abang sorang ni penat ye? Alolo kesian die.." Usik pemilik kedai itu kepada pekerjanya.
Yang diusik hanya tersenyum penat.
"Abang hairan betul dengan kau ni Am. Kau asal dari kelurga kaya. Tapi kenape kau masih kerja kat sini?"
"Eh abang Epul ni. Macam tak suka Am keje sini je.. Berenti lah macam ni." Am pura2 merajuk.
"Eleh engkau aku halau pun aku usir pun kau tetap pergi sini. " Usik Saiful pemilik Selera Cefe itu.
"Dah lah bang. Dah nak pukul 12 dah ni. Am mintak diri balik dulu ye." Pamitnya sambil bersalam dengan majikan nya itu.
Helmet fullface nya dipakai. Motor big bike nya dihidup lalu laju membelah jalan raya itu.
🖤🖤🖤🖤🖤
Pintu rumah agam itu terbuka luas saat kedatangan nya disedari oleh mak Nab ketua maid rumah itu."Lambat betul balik harini?"
"Tadi kedai ramai costumer mak Nab."
"Kesian anak mak Nab ni. Mesti letihkan? Jum masuk. Mak Nab dah buatkan masakan kegemaran Am. Sebelum tu naik mandik dulu."
"Ye. Ye." Jawab Am. Kemudian tubuh tua itu dipeluk erat dari belakang membuat mak Nab nya itu terkejut.
"Mandilah longkang eh longkang pulak. Eh budak ni suka betul kan."
Baru beberapa langkah dia berjalan tubuh tua itu kembali dipeluknya.
"Tengku Fakhrul Amirullah!!! Mandi!!!"
Ketawa mulai kedengaran setelah anak majikan nya itu menyakatnya.
So?? Macam mana?? Laa maaf lah ye kalau bosan. Dan maaf kalau ada yg tersalah terima kasih kat @MiszsHeart sbb dh tegur 🙇🙇❤
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Teen Fiction💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...