Bab 46 (KEINGINAN TERTUNAI)

7.5K 257 10
                                    

"Am!!"

Semua terus menuju ke arah Am. Kepalanya sudah jatuh di dada bidang milik Tengku Fendy.

"Kenapa dia?" Soal Tengku Fendy cemas saat melihat mata Am tiba2 berdarah. Ditambah pula dengan hidungnya.

"Cancer darahnya sudah merebak ke sarafnya." Satu penjelasan itu mampu membuat hati mereka hancur kembali.

"Allah dugaan apa lagi ini??" Soal Asad yang berada di pelukan Mai.

"Dah2. Jom bawa dia ke bilik. Dia perlu berehat." Tanpa bantuan Aziz mampu menggendong tubuh kurus itu.

Segala infuse dan masker oksigen milik Am dipasang.

"Kita kena bersedia dengan sebarang kemungkinan."

Semua terdiam dan bagai hilang arah. Asad terus keluar. Aziz mengikuti Asad hingga ke belakang rumah dan...

Bam!! Dinding itu ditumbuk kuat. Aziz cuba mengentikan Asad tapi nihil. Tengku Fendy datang pula dan memeluk Asad dari arah belakang bagi menghentikan anaknya itu.

"Arghhhh!!!!!!!! Ayah!!!!! Asad tak guna yah!!!! Asad abang yang tak guna!!!! Kenapa tak bunuh As je?!!! Kenapa tak hukum As je?!!!!!"

"Enough As!!! Kita tak boleh macam ni. Ingat Am perlukan kita. Jangan macam ni As. Ayah pun tak boleh terima hakikat tapi ini takdir Allah As. Dengarkan ayah ye.. Pegang janji As nak bahagiakan Am. Ingat kan? Bahagiakan dia nak.."

Dan disitu tumpah nya lagi air mata lelaki dua beranak itu. Di bilik pula hanya tinggal Airil disana. Mai dihantar pulang oleh Atin saat melihat Mai tidak henti2 menangis.

"Am, tak boleh apa2 jadi kat kau. Kalau apa2 jadi kat kau akan ada apa2 jadi kat aku. Kau dengar kan?"

Tiba2 tangan itu menggenggam semula tangan Airil.

"Rel.."

"Ye. Ye aku kat sini."

"Kau cakap...kau nak tengok aku...bahagia...kan?"

"Ye aku nak tengok kau bahagia."

"Ka...kalau macam tu... Aku dah terlalu... Ba..ha..gia. Aku benar2 dah...bahagia..."

Airil terdiam. Dia tergamam. Ya betul ini adalah janji nya. Dan dia tersedar selama ini dia terlalu pentingkan diri. Kemudian kesadaran nya itu mendatangkan tangisan nya. Ya benar. Dia harus merelakan Am walau apa pun. Dia tidak boleh pentingkan dirinya.

"Aku minta maaf Am.." Hanya itu mampu diucapkan oleh Airil.

Am memberi isyarat untuk Airil berbaring di sebelahnya. Tanpa suara Airil hanya menuruti.

"Terima...kasih...dah...jadi...sahabat..aku. A..aku banyak ter...hutang bu...di kat..kau. Teman aku..tidur malam ni." Walaupun hampir tidak terdengar kerana suara seraknya namun mampu terdengar oleh Airil.

"Okay kalau macam tu aku cerita zaman kita dulu ye." Airil nekad untuk berlagak seperti biasa untuk menyembunyikan kesedihan hatinya.

Dan malam itu Airil asyik menceritakan kenangan mereka bersama tanpa henti sehingga Am tertidur. Setelah itu Airil memutuskan untuk menemani Am hingga ke pagi.

❤❤❤❤❤
Pagi2 lagi Am sudah dikejutkan oleh Asad. Airil pula sudah pulang ke rumahnya sendiri. Atin dan Tengku Fendy pula masing2 tidak dapat mengelakkan urusan kerja mereka.

"Dek, ikut abang tau."

"Am yang mamau hanya mengangguk. Matanya masih terpejam. Jujur tubuhnya lemah saat ini.

Asad membantu Am untuk duduk. Baju Am ditukar kepada baju sejuk yang tebal. Tabung oksigen Am dipasang. Rambut Am disikat rapi oleh Asad. Kemudian tubuh itu dengan enteng dan senangnya digendong lalu dibawa ke kereta.

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now