Sakit? Ya mungkin. Kerana aku sudah terbiasa dengan namamya sakit.
-Tengku Fakhrul Amirullah."Budak tu mane mak Nab?" Soal Atin memecahkan keheningan ketika makan malam keluarga itu.
"Dia dalam bilik dia." Balas mak Nab.
"Baguslah. Jangan bagi angah tengok muke die. Hilang selera nanti."
"Angah.." Tegur Asad abang nya.
"Dah. Makan." Suara berat milik Tengku Fendy menghentikan dua beradik itu.
🖤🖤🖤🖤🖤
Usai mandi, Amir mengenakan seragam sekolahnya. Dilihat diri di cermin besar tu."Boleh tahan gak muke aku ni kan." Puji nya sendiri.
Anak tangga dituruni dengan laju.
"Havana oh na na-" Nyanyian Amir seketika terhenti saat semua mata memandangnya.
Dahi ditepuk kuat. Dia lupa akan kepulangan keluarganya. Sengehen diberikan kepada mak Nab yang memandangnya.
"Sedap betul hidup kau kan. Yelah kita orang lama tak balik rumah ni so kau bahagialah kan?" Sindiran sinis Atin berikan kepada Amir.
Senyuman Amir hadiahkan kepada kakaknya. Dia terlalu takut untuk menjawab pertanyaan kakaknya sebentar tadi.
"Tak sedar diri betul." Sambung Atin lagi.
"Angah. Enough." Asad bersuara tegas.
"Why? Kenape along back up sangat budak sial ni? Tak faham lah angah dengan along ni." Atin meninggalkan meja makan itu. Asad terdiam.
"Kau. Jangan tercegat kat sane. Pergilah sekolah." Arah Asad.
🖤🖤🖤🖤🖤
"Matilah! Aku dah lambat."Dari jauh dia sudah nampak pengetuanya berdiri tegak di pintu pagar sekolah itu.
"Cikgu! Ma..af saya lambat-"
"Lagi Amir? Dah berapa kali dah saya lepaskan awak kali ni-"
"Cekgu~~~"
"Mai! Awak lagi! Awak berdua berdiri di lapangan sekarang jugak!"
"Ala cikgu Mai lambat sepuloh minit jaa cikgu tolonglah.." Rayu gadis itu.
Sedangkan Amir hanya tersenyum geli hati memerhati gadis itu.
"Lari sepuluh kali pusing padang atau surat amaran sampai ke rumah kamu berdua?"
🖤🖤🖤🖤🖤
"Mampuih aku lagu ni. Kalau laa hari2 aku macam ni mahu kurus aku." Omel gadis itu."Haih Am baru jaa lapan round kau dah terbongkang?"
Amir hanya diam. Dada nya dipegang. Degupan jantung nya melaju tak terkawal. Amir terduduk.
"Hoi kau tak ape2 ke?" Soal gadis itu cemas.
Amir mengangguk. Kedua mereka berbaring di tengah lapangan itu.
"Putri Nur Maisara."
"Ye apa dia Tengku Fakhrul Amirullah?"
"Along, angah dan ayah datang."
Maisara terdiam. Ya.. Lapan belas tahun dia mengenali lelaki dihadapan nya itu. Dia tahu segalanya tentang lelaki itu.
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Ficção Adolescente💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...