Bab 8

5K 218 2
                                    

❤❤❤❤❤
"Mai! Sini sat!"

"Apa dia mak?"

"Mai tolong mak pi kedai jap beli gula. Dah habis."

"Haa boleh. La ni jugak Mai pi."

Dalam perjalanan menggunakan basikalnya tiba2 sebuah big bike berhenti secara mengejut di hadapan nya dan brakkk! Maisarah jatuh dengan sadis nya apabila brek basikalnya ditekan terlalu kuat.

"Awak tak ape2 ke? Maaf. Saya tak sengaja."

"Maaf. Maaf. Tak nampak ke? Tolong lah angkat." Mai mengulurkan kedua belah tangannya.

Lelaki itu terus membantu Mai. Akan tetapi saat wajah mereka bertentang mereka terkejut seketika.

"Kau lagi?!"

"Awak?!" Senyum Asad mengembang. Jantung nya sudah laju berdegup.

"Kau lagi. Kenape lah hari aku sial sangat bila jumpa kau."

"Takpe2 saya akan ganti basikal awak. Kalau boleh saya akan ganti motor dengan basikal awak sekali harini jugak. Jom saya bawak awak kat bengkel kawan saya-"

"Eh stop. Taknak lah. Takpe. Tak perlu."

Gadis itu mula mengangkat basikalnya.

"Oh ya sebelum lupa. Nah ini kau punya phone. Aku taknak dituduh maling(pencuri)."

Gadis itu mula menunggang kembali basikal nya. Asad tergamam. Tidak ada satu pun gadis pernah menolak pemberian nya sebelum ini. Dan ini yang pertama dia rasakan gadis itu ikhlas. Tanpa membuang waktu Asad kembali mengekori gadis itu.

"Saya tak kira. Saya nak jugak ganti motor dengan basikal awak." Asad kini beriringan dengan Mai.

Mai tidak ambil peduli. Sampai saja di super market basikal nya diparking di lot basikal. Asad pun mengekori gadis itu hingga ke super market. Saat kaki kanan Asad melangkah masuk super market itu semua staff memandangnya dengan teruja dan terkejut. Mai yang perasan akan hal itu menjadi pelik.

"Saya akan ganti-"

"Tak payah. Aku ikhlas." Tegas Mai lagi.

"Kalau macam tu saya akan ikut awak sampai awak kata ye."

Mai tidak peduli. Diambilnya tiga paket gula dan aiskrim kesukaannya. Barangan diletak di cashier. Saat Mai hendak mengeluarkan duit tiba-tiba cashier itu bersuara.

"Takpe cik. Barang ini semua kami sponsor."

"Eh awat lagu tu? Takpa lah saya nak bayaq jugak. Kang mak saya cakap saya mencurik lagi mampuih saya."

Asad sudah senyum. Dia tahu kehadirannya membuat kedai itu memberi barangan dibeli Mai dengan percuma.

"Okay. Terima kasih ye. Dah jum." Tangan Mai ditarik oleh Asad.

Mai masih hairan. Kemudian dia malas nak berfikir lagi dia terus mengayuh basikalnya dengan laju. Segera Asad mengikutinya. Sesampai di rumah ingin sahaja Maisara memaki hamun mamat di hadapan nya ini. Dia belum kenal lagi perangai abang2 Mai

"Ihhh balik lah. Kenape ikut aku?" Seloroh Mai laju.

"Saya dah cakap saya akan ikut awak selagi awak tak kata ye."

"Baik kau balik kalau tak-"

"Mai! Hang buat ap- eh sapa ni Mai? Kawan ka? Awat tak bawa masok? Hang ni tak baik suroh tetamu tunggu lagu tu. Masok lah nak." Pelawa Puan Mariam kepada Asad.

"Assalamulaikum mak cik." Tangan Puan Mariam disalam.

"Jarang anak mak cik bawak balik kawan kalau ada pun kawan sekolah."

"Mak. Mai buleh jelaskan kat mak-"

"Kamu ni boyfriend Mai ka?"

"Uhuk! Uhuk!" Asad tersedak saat sedang minum.

"Apa ni mak.." Geram Mai.

Dua orang anak lelaki Puan Mariam sudah turun. Mai sudah tepuk dahi. Kalau abangnya sudah masok gelanggang alamatnya ada yang lari tinggal selipar lepas ni.

"Haa irsyad, isyam ni haa kawan Mai datang."

Seketika kedua anak lelakinya berhenti di anak tangga.

"Ada mangsa lagi." Bisik irsyad kepada abangnya isyam.

"Buat macam biasa." Balas isyam tenang.

Saat kedua mereka melihat gerangan dihadapan mereka segera tubuh sasa itu menegang. Mai sudah tutup mata. Apa lagi yang akan abangnya lakukan untuk malu kan dia lagi.

"Bos!!"

"Uhuk!" Sekali lagi Asad tersedak.

Tubuh Mai menegang.

"Boss?" Soal Mai hairan.

Segera irsyad dan isyam bersalam dengan Asad. Mereka ada lah pekerja di syarikat Asad mahu tidak kecut melihat boss dihadapan mereka. Dan tidak lama selepas itu, rumah itu riuh dengan gelak ketawa.

"Tapi apa hajat boss mai sini?"

"Bila mak tanya dia tadi dia ni boypren Mai ke tidok dia terserdak."

"Apa?!" Isyam dan irsyad terkejut.

"Boss ni biaq betoi? Adik saya ni dah lah perangai macam apa tak mungkin lah kan hahaha" irsyad cuba mencairkan keadaan.

"Ya saya boyfriend Mai."

Purfffff!!!

Ha ambik kau semburan (ha me ha me ha) dari Mai.

Semua mata tak berkedip melihat Asad.

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now