Bab 23

4.8K 201 1
                                    

Titisan air mata gadis itu bagaikan hujan yang seakan tidak henti mengalir. Pipinya basah dek kerana air matanya. Hidung nya memerah. Tidak disangka hari terburuknya benar2 terwujud. Beberapa kali sudah mak andam menasihatinya supaya berhenti menangis untuk memudahkan kerja mereka. Rumahnya kini penuh dengan tetamu yanh hadir. Kini gadis itu sudah lengkap dihiasi layaknya seorang pengantin. Dilihatnya wajah sang mak dan ayah yang sangat gembira.

"Aku sumpah aku lakukan perkahwinan ni atas dasar mak dan ayah aku."

💕💕💕💕💕
Disisi lain remaja itu berusaha mengatur sampingnya di hadapan cermin besar yang berada di dalam biliknya itu. Tiada siapa di samping nya saat ini. Setelah bersusah payah mengatur sampingnya yang dibilang sama sekali tidak terurus itu dia kembali menyarung songkok di kepalanya. Dilihatnya wajah pucat di hadapan cermin itu. Perlahan tubuhnya dibawa duduk ke katil miliknya.

Hari ini adalah hari yang akan merubah hidupnya buat selamanya. Dimana hari ini kebencian orang yang disayangnya datang tanpa diminta.

"Kalau ini yang mampu untuk buat mereka maafkan Am, Am sanggup. Maafkan aku Mai, maafkan aku."

Langkahnya perlahan menuruni anak tangga rumah itu. Dilihatnya keluarga nya kini tengah menikmati sarapan pagi. Mendengar riuh gelak tawa di meja makan itu sahaja membuat hatinya gembira tak terkata.

"Am pergi dulu ye ayah,along,angah."

Bagaikan angin yang bertiup ucapannya langsung tidak diendahkan. Senyuman tipis terukir di bibir pucat itu. Perlahan kaki nya menuju ke luar rumah itu. Lama dia memandang rumah itu. Bila dan kapan kah dia akan kembali lagi ke rumah itu.

"Nak? Am dah nak pergi ke?" Soal Mak Nab sambil membelai rambut anak itu lembut.

"Ye mak Nab. Am dah nak pergi dah."

"Am sabar ye nak. Doa banyak2 supaya suatu hari nanti allah buka kan pintu hati mereka supaya terima Am."

"Am harap suatu hari nanti Am dapat balik kat sini lagi. Walaupun nanti Am takde dah.. Am harap jasad Am diterima kembali ke rumah ni. Am pergi dulu ye mak Nab."

"Haa yelah nak. Mak Nab dah kemaskan semua dah barang Am. Nanti kalau masuk rumah baru tu jangan lupe baca doa tau."

Am mengangguk sambil tersenyum. Diciumnya tangan tua itu.

💕💕💕💕💕
"Tengku Fakhrul Amirullah bin Tengku Fendy. Aku nikahkan dikau dengan Putri Nur Maisara binti Muhammad Hasri dengan mas kahwin seribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Putri Nur Maisara binti Muhammad Hasri dengan mas kahwin seribu ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah!!!"

Air mata Maisara jatuh seiringan dengan doa yang dibaca oleh para tetamu. Kini dia sah bergelar istri Tengku Fakhrul Amirullah sahabatnya sendiri.

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now