Bab 7

5K 270 14
                                    

"Eh aku balik dulu Man."

"Eh eh boss awal betul?"

"Aku ada janji dengan Atin. Nak bawak dia jalan2 harini. Nanti merajuk pulak susah kang aku nk pujok."

"Ye abang ipar eh tersyasyul pulok." Usik Aiman kepada Asad.

Asad hanya tersenyum.

Kereta Asad mula dihidup lalu laju membelah jalan raya itu. Dia tidak habis fikir akan gadis yang ditemuinya siang tadi. Sesampai di rumah, selangkah sahaja kaki Asad keluar dari kereta dia sudah mendengar keriuhan di dalam rumahnya. Segera Asad berlari menuju ke pintu rumah itu dan dia terkejut saat ayahnya melayangkan kayu besbol tepat mengenai kepala Amir.

"Ayah!!! Stop it!!!!"

Asad bergegas berlari ke arah Amir. Darah pekat mengalir segar keluar dari arah dahinya. Pandangan nya mulai mengabur.

"Ayah. Apa ayah buat ni?"

"Buat apa yang patut. Along tanya die sendiri apa dia dah buat. Dan kau." Tundingan jari Tengku Fendy mengarah kepada Amir.

"Bersihkan darah kau. Aku taknak rumah aku kotor dengan darah jijik kau."

Dengan segera baju yang digunanya segera dibuka lalu mengelap lantai putih yang dinodai darahnya. Amir tidak peduli saat darah di kepala laju meluncur dan juga darah di hidup nya mengalir.

"Dah ikut aku-" Asad ingin menarik tangan Amir akan tetapi ayat nya terputus saat Atin memanggil nya.

"Along. Biarkan je dia. Dia dah besar. Pandailah ubat sendiri. Dah jom along dah janji nak teman angah belikan barang." Tangan Asad ditarik oleh Atin.

Setelah kelibat sang abang dan kakak menghilang senyuman di bibir pucat itu mengembang.

"Sekurangnya along masih ada rasa simpati."

"Ya Allah nak! Ape dah jadi ni? Bang! Tolong Nab angkat budak ni bang." Mak Nab cemas saat melihat anak majikan kesayangannya itu duduk di ruang tamu sambil berlumuran darah.

"Am tak ape2 mak Nab. Takpelah. Uhuk!"

"Ya Allah Am!" Panik Mak Nab saat Am batuk bedarah. Am hanya tersenyum.

Pasangan suami isteri itu masih setia menunggu anak majikan mereka yang pengsan saat Pak Leh pemandu keluarga Amir sekaligus suami Mak Nab yang mengangkat tubuh kurus Amir ke biliknya.

"Ergh.." Lenguhan kecil kedengaran.

"Nak? Kamu tak ape2? Kamu nak ape2?" Soal Mak Nab saat anak itu mula membuka matanya.

"Kamu ni Nab. Bior lah dia tu rehat sekejap. Ni dok kamu pergi serbu dia dengan soalan kamu. Mana tak pening nya budak tu." Pak Leh mula bersuara.

"Takpelah Pak Leh. Mak Nab risau. Am tahu." Suara serak Am memilukan hati suami isteri tu.

"Boleh Am minta sesuatu?"

"Ape2 je demi anak Pak Leh ni."

"Teman Am malam ni sekejap boleh tak Mak Nab? Pak Leh?"

"Boleh. Apa salah nya?" Mak Nab mengusap rambut anak majikan nya itu.

"Apa keinginan Am tak lama lagi puasa.Am nak Mak Nab masak kan ape untuk Am puasa tahun ni? Cakap je ape2. Mak Nab akan buatkan makanan paling sedap untuk Am."

"Am tak minta apa2 Mak Nab. Cuma Am nak puasa tahun ni. Am ingin merasa berpuasa dengan ayah,along dan angah. Sekali pun tak ape. Kalau Am disuruh duduk di dapur masa berbuka pun tak apa. Asalkan meja makan tu penuh Mak Nab. Biarlah puasa tahun ni puasa terakhir yang bermakna buat Am. Itu pun kalau mereka sudi Mak Nab, Pak Leh. Am tak minta pun. Am cuma berharap. Am tahu Am tak layak pun minta semua tu. Am terlalu jijik untuk makan bersama mereka."

Ya Allah. Luruh hati tua suami isteri itu mendengar permintaan sederhana anak majikan nya itu. Tubuh kurus itu terus didakap mereka erat. Mereka tahu penderitaan anak itu.

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now