"Doc lunch time."
"Ye saya datang sekarang." Aziz segera bangkit dari tempat duduknya setelah seorang nurse memanggilnya untuk keluar makan tengah hari. Saat Aziz sibuk mengemas barangan nya tiba2 telefon nya berdering minta diangkat. Segera Aziz mengangkat panggilan tersebut.
"Ye dik?"
"Pick us right now!"
"Ye abang segera ke sana."
Kunci kereta diambil lalu kakinya laju berlari menyusuri koridor rumah sakit itu. Kalut Aziz mencari kereta nya kerana panik. Setelah menemukan kereta nya segera dia menghidupkan kereta itu lalu laju membelah jalan raya.
Sesampainya di sekolah, tanpa membuang masa langkah Aziz laju menuju ke kelas adiknya.
"Don't close your damn eyes!"
Mendengaran teriakan Airil semakin laju kakinya berlari mencari keberadaan mereka. Setelah sampai di pintu kelas itu kaki nya membeku seketika melihat yang dihadapan nya kini.
"Airil!"
"A..abang. Help. Help him." Airil sudah tersedu2 kerana menangis.
Keadaan Amir berlumuran darah itu membuat hati Aziz sakit. Segera tubuh kurus itu diangkat lalu dibawa ke keretanya. Airil masih setia mengekori abangnya dari belakang.
💕💕💕💕💕
"Apa tujuan Tengku datang ni?" Soal Puan Mariam kepada Tengku Khadijah."Tujuan saya ke sini untuk meminang anak dara Puan."
Mai terkejut mendengar ayat yang dilontarkan Tengku Khadijah. Secepat ini kah Asad ingin memperisterikan nya?
"Untuk cucu lelaki saya."
Jantung Mai sudah berdegup laju bagaikan orang baru habis marathon.
"Untuk Amir." Sambung Tengku Khadijah lagi.
Prang!!
Gelas di tangan gadis itu jatuh dari genggamannya. Air matanya jatuh seiringan dengan kehancuran hatinya. Melihat kelibat mak nya hendak ke dapur segera air mata nya dihapus dan mengutip serpihan kaca tersebut.
"Hang okay ka mai?"
"Okay mak!"
"Setakat mana perbincangan kita tadi Tengku?" Soal Puan Mariam meminta kepastian.
"Saya berhajat meminang anak Puan untuk cucu saya Amir."
"Alhamdulillah. Elok juga lah tu. Lagi pun dia orang kawan dari kecil lagi."
"Alhamdulillah." Tengku Khadijah pura2 bersyukur.
💕💕💕💕💕
Telefon Airil berbunyi lagi dan lagi buat kesekian kalinya kerana Airil berada di bilik air ruang rawat Amir. Dengan segera panggilan itu diangkat."Helo?"
"Aku perlu jumpa kau sekarang."
"Kat mana Mai?"
"Tempat macam biasa. Tasik."
Panggilan dimatikan sebelah pihak. Wajah Airil berubah serius. Dengan segera kunci motornya diambil lalu laju menghala keluar hospital itu.
Sesampai sahaja Airil ke tempat yang dimaksudkan Airil sudah menangkap tubuh kecil milik Mai.
"Mai?"
"Airil!" Segera tubuh tinggi itu dipeluknya erat. Tangisan nya kedengaran. Wajahnya disembunyikan di dada milik Airil.
"Shhh. Shhh. Hei kenape ni? Kenape dengan kau? Kau okay ke? Ada orang kacau kau ke?" Soal Airil bertubi2 melihat Mai dalam keadaan kacau. Rambut panjang Mai dibelai nya lembut menenangkan gadis itu.
"Am.. Am.. Dia... Isk.. Tolong aku Rel."
"Calm down dulu. Cite ngan aku apa jadi kat kau?"
"Mak tok Am datang rumah aku tadi. Dia pinangkan aku untuk Am."
"Apa?! Biar betul kau ni Mai? Kau tak salah kan?"
"Tak. Aku tak salah dan aku tak dapat buat apa2. Mak dengan abang2 aku suruh aku terima Am. Iskk. Tolong Rel. Aku tak cintakan Am. Mak tok dia cakap Am yang suruh mak tok dia datang pinang aku."
"Shhh. Okay2 jangan nangis. Sekarang ni aku nak kau balik. Aku nak bincang dengan Am betul ke tidak. Okay?" Airil menenangkan gadis itu.
Mai menurut. Setelah kelibat Mai tidak kelihatan lagi segera Airil menghidupkan motornya. Dia perlu balik ke hospital semula.
💕💕💕💕💕
Pintu ruang rawat itu dibuka kasar oleh seorang wanita tua dengan hill dua incinya itu."Hoi! Budak sial! Bangun!" Wajah Amir ditampar dengan kasar.
"Erghh. Mak tok?" Tangannya terulur untuk bersalam akan tetapi sepi tidak bersambut.
"Asyik2 masuk hospital. Kenape tak mati terus je? Kan senang."
"Maaf mak tok. Maaf."
"Hei aku datang sini bukan jenguk kau pun. Aku datang sini sebab aku nak tuntut janji kau. Janji yang kau buat apa sahaja untuk dapatkan kemaafan kan? So sekarang aku nak kau ikut rancangan aku." Tengku Khadijah sudah terseenyim sinis.
"Apa dia mak tok?"
"Kahwin. Kahwin dengan Putri Nur Maisara."
Mata Amir melebar. Dia seakan tidak percaya ungkapan yang baru sahaja keluar dari mulur mak toknya.
"Am.." Am buntu.
"Jawapan ya atau tidak je. Kalau kau tak sanggup kau boleh mati je. Tak payah hidup kalau menyusahkan je.
"Kalau Am buat?"
"Aku akan berikan apa yang kau mahu. Kereta,rumah dan harta."
"Am akan lakukan."
Disebalik pintu ruang rawat itu Airil sedang mendengar dan memerhati. Dia kecewa. Dia marah pada saat ini.
"Aku tak sangka kerana duit kau sanggup buat semua ni Am. Aku kecewa." Monolog Airil sendiri. Tanpa berlengah dia terus beredar dari situ.
Manakala di dalam ruang rawat pula Amir dan Tengku Khadijah masih fokus dengan perjanjian mereka berdua.
"Dengan satu syarat mak tok."
"Ape je. Asal kau berambus dari rumah anak aku dan menjauh dari cucu2 aku."
Am tersenyum.
"Am taknak harta mak tok. Am nak perkahwinan ini atas kertas saja. Dan biarlah Am saja yang tahu pasal ni. Beri Am peluang untuk dapatkan kemaafan Ayah,Along,Angah dan... Mak tok
Tengku Khadijah terdiam.
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Ficção Adolescente💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...