*Tes Tes Tes*
Darah segar mengalir keluar dengan banyak nya dari hidung Amir. Dengan segera Airil menahan darah hidung Amir dengan tangannya.
"Rel.." Tangan Amir yang hendak menahan tangan Airil ditepis kasar oleh Airil. Ya dia tahu sahabatnya itu panik dan marah.
Selepas tiga minit berlalu darah segar dari hidung Amir pun terhenti. Baju putih seragam milik Airil sudah kotor dinodai darah Amir.
"Aku dah cakap kau tak boleh letih kan Am? Kenape kau degil?"
"Maaf lah menyusahkan kau Rel."
"Dah jom ke cafe. Abang Epul mesti dah tunggu." Ajak Am.
Lama Airil menatap muka Amir.
"Kenape?" Soal Amir kehairanan.
"Macam ni je ke?" Airil sudah berdiri tegak tanda dia menunjukkan kepada sahabatnya itu bahawa dia memang sudah kotor.
"A'a lah nanti kat cafe tukar je lahh. Macam tak biasa."
"Kau giler ke Am? Nanti orang ingat kite ni budak samseng mana datang cafe Abg Epul dengan darah ni semua. Kau lupe erk? Kalau Abg Epul nampak kite macam ni mahu putus menanah telinga kite ni nanti."
Amir termangu. Ada benar nya juga kata sahabat nya itu.
"Dah jom tukar baju kat tandas. Jangan risau aku bawak baju spare."
Amir hanya mengikut.
🖤🖤🖤🖤🖤
"Am! Serve costumer meja enam!" Laung abg Epul dari kejauhan apabila dia melihat costumer sudah duduk di meja enam itu.Cafe itu kelihatan sibuk sekali. Kalut sahaja Amir dan Airil mengambil dan menghantar order kepada pelanggan mereka.
11.30 p.m.
Tiba masa nya mereka menutup perniagaan mereka. Selepas berpamitan dengan abg Epul, kereta Airil terus berjalan membelah jalan raya itu. Sesekali Airil mengerling Amir disebelahnya.
"Kau okay ke Am?" Tanya Airil risau.
Wajah Amir sedia kala pucat itu lebih pucat sekarang. Airil tahu Amir keletihan. Dia juga tahu Amir tidak dapat keletihan. Anggukan Amir membuat dia lega sedikit. Mata nya tertutup rapat tanda dia sudah kelelahan.
"Am dah sampai." Kejut Airil.
"Thanks bro." Ucap Amir lalu terus beredar masuk ke rumah agam itu.
Masuk sahaja pintu utama rumah itu Amir sudah tegang dan kaku. Abang nya masih duduk di sofa ruang tamu itu. Amir dipandang dari atas sampai bawah.
"Pergi mana baru balik?" Soalan nya terdengar tegas tapi agak lembut nada perbicaraannya.
"Am.. Lepak tadi Long." Jawab Amir takut2.
"Lepak? Jam segini baru balik? Kenape tak balik terus je kan senang."
Amir makin tegang. Ya itu bukan suara milik abang nya melainkan suara berat milik ayahnya. Amir sudah telan air liur.
"Masuk bilik kau sekarang." Arah Asad tegas kepada Amir. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Sampai saja di tingkat dua rumah itu langkah Amir terhenti saat melihat kakaknya ingin masuk ke bilik. Senyuman diberikan kepada kakaknya.
"Anak sial tak sedar diri." Pendek dan singkat tapi mampu menusuk jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya. Amir hanya tersenyum kemudian kakinya melangkah masuk ke kamar.
Tak lama selepas membersihkan badan nya, Amir terus mengemas dirinya ke katil bersaiz king itu. Tidak mengambil masa yang lama Amir sudah terlelap.
🖤🖤🖤🖤🖤
"Aku kat mana ni?"Pemandangan serba putih itu membuat dia hairan dan takut.
"Sayang.." Tiba2 satu suara wanita yang lembut memanggilnya.
"Siapa tu?"
"Ini ibu sayang.." Tiba2 kelibat seorang wanita berpakaian serba putih muncul dihadapan nya.
Amir tergamam seketika.
"Betul ke ini ibu?" Amir perlahan datang menghampiri wanita itu kemudian laju dia memeluk tubuh yang hanya setinggi parah bahu nya itu.
"Ibu Am letih."
"Sayang. Ibu tahu kamu letih. Sebelum tu ibu mahu kamu kembalikan keluarga kita seperti dulu. Ubah mereka. Buang dendam dan kebencian yang bersarang dalam diri mereka. Ibu tahu kamu boleh."
"Ayah, along dan angah tak suka kan Am bu. Macam mana Am nak ubah mereka? Itu akan menambahkan lagi kebencian mereka dekat Am."
"Ibu tahu Am boleh. Lakukannya nak. Nanti sampai saatnya ibu janji ibu akan lepaskan segala beban Am."
"Ibu-" ucapan Am terpotong saat sang ibu telah menghilang. Amir berlari dan mencari sambil memanggil nama ibunya.
"Ibu!"
"Ibu!"
🖤🖤🖤🖤🖤
"Am!""Ibu!" Amir terbangun dengan keadaan yang berpeluh dan pucat.
"Astarghfirullah nak. Kenape ni? Am mimpi buruk ke nak?" Mak Nab ligat mengelap peluh anak majikan nya itu menggunakam tangan.
"Mengucap Am." Mak Nab menenangkan Am.
"Terima kasih mak Nab." Amir menghambur ke dalam pelukan mak Nab.
"Dah jom solat subuh sama." Ajak mak Nab
Maaf kekeringan idea. Tu ayat yang bertaburan tu.🙏
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Teen Fiction💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...