Bab 11

4.9K 247 11
                                    

"Aku tahu aku handsome. Jangan pandang aku macam tu." Suara Am kedengaran serak.

Airil terkejut beruk dibuatnya. Mana kan tidak sedang dia leka meneliti setiap inci tubuh sahabatnya itu tiba2 Amir terbangun dan mengusiknya.

"Tak serik erk kau. Sedar je usik aku. Kau okay tak? Sakit tak? Nak aku panggil abang aku tak?"Airil sudah serbu Amir.

Gelengan Amir berikan tanda dia tidak mahu.

"Rel.." Panggil Am.

"Ye? Mana yang sakit?" Soal Airil cemas.

"Hm laparrr nak cendol.."

"Aku tampo kang. Tak habes2 ngan cendol die. Ihh budak ni. Kau nak ape? Aku tapaukan."

Sengihan Amir membuat Airil jengah sendiri. Dia tahu mahu sahabatnya itu luar daripada akal normalnya.

"Aku nak mcm biasa. Kau tahukan apa fav aku?" Amir kedip mata.

"Kau baru je sedar Am. Tak kan nak makan mee goreng seafood dengan air sirap?"

"Alaa aku lapar Rel. Aku tak dapat terima makanan hospital. Kau tak kesian ke tengok aku muntak balik lepas makan makanan hospital ni?" Rayu Amir.

Am mati kata. Hatinya sudah geram dengan sahabatnya itu. Kepala memang batu. Helaan nafas kedengaran.

"Haa yelah aku pergi tapau sekarang. Kau duk baik2 sini." Airil mengalah. Amir pula senyum kemenangan.

Setelah Airil keluar, telefon nya dihidupkan. 68 missed called daripada Mak Nab dan.... Abangnya? Tiba2 panggilan masuk. Segera diangkatnya.

"Hello?"

"Kau kat mana? Kau tak ingat nak balik ke?- kau kat mana tu? Kenape aku dengar macam monitor hospital tu?"

Am sudah gelabah.

"Kau kat mana?" Tegas Asad dihujung sana.

"Hos..hospital Long."

"Aku ke sana."

Tutttt! Panggilan dimatikan sebelah pihak. Am sudah panik. Tiba2 pintu ruangan nya dibuka.

"Eh? Dah sedar dah Am? Airil tak bagitahu pun Am dah sedar. Macam mana Am rasa sekarang? Okay?" Soal doktor Megat Aziz Shah.

"Okay je bang. Bang, boleh tak cabut benda kat dada ngan perut Am ni? Am rimas abang." Rayunya kepada doktor yang merawatnya lima tahun berturut turut itu.

Luluh pulak hati Aziz mendengar rayuan patient kesayanganya itu. Kalau sudah begini mahu tidak mahu dia terpaksa melepaskan wayar yang melekat di dada dan perut Amir.

"Macam mana? Okay? Selesa?" Soal Aziz sambil mengusap kepala Amir. Anggukan dan senyuman Amir membuat dia gembira.

💕💕💕💕💕
"Nurse saye nak tanye. Mane bilik pesakit bernama Tengku Fakhrul Amirullah?"

"Pesakit berada di tingkat lima bilik vip nombor 238."

"Terima kasih nurse."

Kakinya segera berlari memasuki lift. Jantungnya sudah berdegup hebat. Persoalan demi persoalan bermain di fikirannya. Ya. Dia cemas dengan keadaan adiknya itu.

Dengan segera dia mencari bilik yang disebut nurse sebentar tadi dan ketika dia menemui bilik tersebut tanpa sebarang ketukan tombol pintu itu dibuka laju. Tampak wajah pucat Amir yang sedang terkejut. Doktor yang berada bersama Amir dihampiri.

"Kenape dengan dia dok?" Soal Asad. Ada nada cemas terdengar di sana.

Amir sudah kecut. Tangannya sudah sejuk dan berpeluh.

"Dia pengsan di sekolah akibat terkena demam tinggi dan kelelahan. Itu sahaja. Sekarang saya minta diri dulu." Aziz berbohong bagi pihak Amir. Dia tahu lelaki dihadapannya ini adalah abang Amir.

Helaan nafas terdengar.

"A..along buat apa kat sini?" Soal Amir takut2.

Asad menghampiri Amir. Tangannya terangkat akan tetapi Amir sudah memejam mata ketakutan. Kemudian mata Amir terbuka saat dia merasa belaian di kepalanya. Diusap nya matanya berkali2. Betul ke manusia dihadapan nya sekarang ini adalah abangnya Tengku Fathrul Asad?

"Kenape tak bagitahu along yang Am kat hospital? Tak pun bagitahu Mak Nab? Am tahu tak Mak Nab risau sangat kat Am." Am setengah sedar. Dia masih terkejut saat ini. Jantungnya berdegup laju.

"Am.. Takut nak bagitahu.." Gagap Am berbicara.

"Tak apelah. Along dah tahu mana Am so along tak risau lagi." Ucapnya sambil membelai rambut Am.

Am tersenyum gembira. Jika ini mimpi dia ingin memohon agar jangan bangunkan dia dari mimpi indah ini. Dan....

Pak!! Pipinya ditampar lembut oleh Asad.

"Ini bukan mimpilah." Asad sudah ketawa. Dia tahu apa yang adik nya fikirkan. Am ikut ketawa melihat telatah abangnya yang tahu jalan pemikirannya.

Dan mereka pun mula berbual. Hati Asad sudah mula menerima adiknya itu. Dia nekad mahu menjaga adiknya itu. Gelak ketawa dua beradik itu memecah kesunyian ruangan itu.

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now