💕💕💕💕💕
Langkah kaki Atin laju melangkah memasuki rumah agam itu. Dia kembali ke rumah itu kerana fail nya yang tertinggal. Saat pintu rumah itu dibuka Atin terkejut akan apa yang dilihatnya saat ini."Kau apesal?" Soalan itu keluar dari mulutnya saat melihat hidung dan mulut Amir berdarah dan mengotori baju putih miliknya.
"Maaf Ngah. Am tadi Am kene langgar. Am akan lap darah Am. Maaf Ngah. Maaf." Ucapnya segera.
Mendengar hal itu Atin bungkam. Mengapa dia harus meminta maaf terhadap Atin?
Atin masih mematung di tempatnya melihat Am dengan payah membuka baju nya lalu mengelap darahnya yang mengotori lantai itu. Saat Am hendak berlalu tangannya ditahan oleh Atin. Atin mengecek nadi milik Am. Tiba2 matanya tertumpu pada dada kurus itu.
"Dia pernah lakukan pembedahan ke? Kenape dada dia membiru? Apa yang terjadi?"
Kerana ego semua yang disoal mampu disoal didalam hatinya saja.
"Terima kasih Ngah."
"Tak perlu nak berterima kasih sangat. Aku buat pun sebab aku tak nak jadi saksi nanti kalau bangkai kau orang jumpa dalam rumah ni."
Am hanya tersenyum. Dia sudah terbiasa akan hal itu.
"Maaf Ngah." Ucapnya sambil menunduk.
💕💕💕💕💕
"Mai! Mai!" Puan Mariam memanggil anak gadis nya itu saat melihat orang ramai sedang menunggu di luar rumah nya saat ini.
"Ya mak? Ada ap- kenapa ni mak?" Mai terkejut saat melihat kereta hitam yang banyak dan orang ramai sedang menunggu di luar rumah mereka.
💕💕💕💕💕
"Am. Balik sekolah ni kita pegi check up. Abang aku suruh. Katanya ada benda penting dia nak cakap." Airil bersuara sambil tangan nya ligat mengemas barangan sekolahnya."Mesti ada yang tak kena kan?"
"Tak payah lah fikir buruk dulu. Takpe aku teman kau pergi lepas ni."
Saat mereka hendak angkat tiba2 Am memegang dadanya membuat dia terduduk kembali. Hidungnya sudah mengeluarkan cairan bewarna merah.
"Am? Kau okay ke? Sakit ke? Kat mana?" Airil sudah cemas.
Am masih menunduk.
"Sakit Rel.."
Segera Airil bertindak. Wajah Amir dipaksa menghadapnya. Segera tangan nya mengesat darah di hidung Amir. Amir yang cuba menahan tangan Airil.
"Tarik nafas pelan2." Airil membantu Amir saat Amir kelihatan sulit untuk bernafas.
"Tak..hahhh da..hah..."
"Stop talking!"
Telefon vivo v9 nya segera dikeluar dari poket. Airil segera mendail nombor seseorang. Air mata nya sudah jatuh. Dia takut. Sangat takut saat ini.
"Pick us right now!" Arah Airil panik setelah mendapat sambungan.
"Uhuk!! Hahh!!" Lagi mulut Amir mengeluarkan darah.
"Am. Stay dengan aku. Jangan tutup mata kau. Stay dengan aku. Listen to me Am. Kau boleh buat."
Amir hanya mengganguk sambil matanya masih setia terpejam.
"Don't close your damn eyes!" Air mata lelaki Airil benar2 tumpah kali ini.
Kedengaran seseorang sedang berlari di koridor sekolah itu. Saat sesampai nya dia di hadapan tempat yang dituju kaki nya membeku seketika.
"Airil!"
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Teen Fiction💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...