"Ergh.."
"Am?!"
"Ma..i?" Suara nya seakan tidak kedengaran kerana mask oksigen yang digunanya.
"Jap aku panggil doktor kau tung-"
Tangan Mai ditangkap perlahan. Gelengan diberi.
"Tapi..."
"Aku nak muntah.."
Segera Mai membantu Am menuju ke arah bilik air. Segala cable yang melekat di badan tercabut begitu saja. Hanya infuse saja yang masih melekat di tangan Am.
"Uwekkk!! Uhukk!! Uwekk!!"
"Ya allah Am!" Mai terkejut saat melihat mangkuk tandas itu dipenuhi dengan darah milik Am. Dengan segera Mai menekan tombol kecemasan di bilik itu. Dia kembali ke arah Am yang meringkuk menahan perut dan dada kiri nya.
"Uhuk!! Uwekk!! Ergh.. Mai.."
Muka Mai sudah basah kerana air matanya tidak henti mengalir.
"Ye? Ye? Mana yang sakit??" Tangan Mai bergetar mengelap darah yang ada di mulut dan hidung milik Am. Mata Am merah dan berair menahan sakit. Tangan nya masih menggengam perut dan dada kirinya. Tubuhnya menggigil hebat.
"Kotor...tangan..kau.."
Mai tidak peduli dia masih mengelap darah milik Am. Wajah pucat itu masih menatapnya dengan lekat. Bibir pucat kebiruan itu menguntum senyum seketika. Tak lama selepas itu Aziz datang dengan wajah cemasnya. Airil yang kebetulan bersama Aziz terus mengikuti Aziz. Akan tetapi langkah nya mati saat di hadapan pintu ruang rawat itu. Dia tergamam saat melihat keadaan Am sebegitu. Hati nya sakit, sedih, kecewa dan marah pada diri sendiri. Kemudian perlahan kaki nya mengundur ke belakang kemudian berlari meninggalkan hospital itu.
"Biar saya yang uruskan."
Segera Mai keluar memberi ruang kepada Aziz untuk menangani Am.
"Am dengar abang. Ikut apa yang abang cakap. Slow2 okay?"
Tangan Aziz lembut mengurut dada kiri milik Am. Dia tidak dapat disuntik saat ini kerana penyakitnya menyerang sekaligus. Yang dapat dilakukan oleh Aziz menenangkan nya terlebih dahulu.
"Tarik nafas slow2 kemudian hembus slow2."
Percubaan pertama Am gagal. Dia kembali batuk. Baju putih milik Aziz sudah dipenuhi darah milik Am.
"Ma..af-"
"No! Try again.. Am boleh. Okay sekali lagi.." Aziz mulai cemas. Jarang Am gagal sehingga batuk bedarah.
Cubaan kedua Am berjaya. Serangan nya mulai menghilang. Segera Aziz mengangkat tubuh kurus Am itu lalu meletakkan dia atas katil. Jururawat yang ikut serta tadi sebak melihat keadaan pesakit yang sudah 18 tahun mereka lihat menjadi begitu. Sebegitu akrabnya mereka kepada Am melihat Am tumbuh membesar ulang alik dari rumah sakit itu.
"Ban...tu saya pasang cable dan nasal cannula dia. Cari stock darah O negatif untuk dia dan tambah darah dia."
Akan tetapi seorang jururawat lelaki mula besuara.
"Tapi dok. Stock darah tu hanya tinggal dua bag dan Dato Hasim yang baru masuk kemarin memerlukan darah itu juga. Lagi pula Dato Hasim lebih penting daripada budak ni dan-"
Bugh! Bugh! Bugh!
"Dok!" Mai mulai cemas saat tumbukan milik Aziz melayang ke muka jururawat lelaki itu.
Segera jururawat yang lain menahan Aziz.
"Dok, sabar dia budak baru. Dia tak tahu apa2."
Aziz melepaskan diri daripada pegangan jururawatnya tadi. Perlahan kaki nya mendekat ke arah jururawat baru itu tadi.
"Kau baru kan? Kalau tak tahu apa2 baik diam. Dan kalau kau penting kuasa daripada nyawa tempat kau bukan di sini. Kau baru masuk kan? Jangan risau aku sendiri yang akan pindahkan kau ke hospital lain. Ini pertama dan terakhir kau kerja sini. Kemas barang kau. Aku tak nak tengok muka kau lagi."
Segera doktor Aziz meninggalkan tempat itu. Dia tidak mahu jururawat itu mati ditangan. Siapa yang tidak kenal dengan doktor Aziz dan Am. Mereka bagaikan adik beradik di hospital itu. Pesakit pertama yang Aziz rawat ialah Am. Dan semua tahu jika Am adalah keutamaan Aziz walau apa pun.
❤❤❤❤❤
"Hi maktok! Lama tak dengar suara maktok. Maktok sihat tak?""Sihat je. Cucu maktok sihat?"
"Sihat je. Maktok ni macam dah jumpa mat saleh je suara gembira semacam."
"Mengada. Maktok gembira cucu maktok call maktok. Nak call angah, angah busy nak call am dia tukar nombor. Agaknya taknak call dengan maktok kut. So maktok call as jela nak ubat rindu."
"Wait. Maktok cakap Am tukar nombor ke?"
"A'a maktok cuba call nak tanya khabar cucu maktok dengan cucu menantu maktok. Agaknya tak nak maktok kacau kut. Haa sampai sini jela. Maktok nak gi meeting ni. Love you."
"Love you too maktok."
Panggilan diputuskan. Asad termenung seketika.
"Jauh betul kau berubah."
Pintu utama rumah itu kedengaran. Terlihat adik perempuan nya berjalan lemah gontai menaiki anak tangga. Sedang Atin asik leka termenung langkah nya terhenti saat tubuhnya ditahan oleh Asad.
"Hei, adik along ni kenape? Pesakit gagal angah selamatkan lagi ke?"
Atin terus menangis. Dia tidak mengangguk tidak juga menggeleng. Tubuh asad terus dipeluk erat.
"Nangislah puas2 kalau itu dapat buat angah puas. Nanti cerite kat along tau."
Tangisan Atin makin perlahan. Dengan kesengukan Atin mula bersuara.
"Along, boleh ke kite minta maaf dengan orang yang kita benci selama ni?"
"Kenape tiba2. Selalunya adik along ni orang nya ego." Asad tersenyum seraya mengusap rambut adiknya perlahan.
"Sebab kite tahu dia dah tak lama."
"Kalau macam tu pergi lah minta maaf kat dia."
"Kalau along di tempat angah, boleh ke along maafkan Am?"
Asad terdiam. Senyum nya terukir. Rambut Atin diusap lembut.
"Pergi mandi lepas tu rehat." Dahi Atin dikucup lembut.
Atin memandang abangnya yang kini menjauh. Sehingga cukup bayang abangnya menghilang Atin mula bersuara.
"Sebab dia dah tak lama long.."
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Teen Fiction💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...