🖤🖤🖤🖤🖤
Dan disinilah mereka berempat. Di tengah lapangan basket ball itu.''Ingat. Kalau kami menang kau jangan dekat Mai lagi." Haziq mengingati Amir.
"Dan kalau kami menang jangan pernah pandang Mai lagi." Amir sudah tarik tali.
Kemudian masing2 pergi ke hujung padang untuk memanaskan badan.
"Am aku risaukan kau."
"Takpe aku boleh."
"Am. Kau tahu kan kau tak boleh keletihan."
"Aku tahu. Terima kasih Rel."
Dan perlawanan antara mereka pun bermula. Amir dan Airil masih belum memperoleh mata sedangkan pasukan Haziq sudah 2 mata.
Setengah sudah berlalu. Mata kini 20-18. Pasukan Haziq mendahului mereka. Mereka berehat seketika.
Amir sudah terduduk di penjuru padang itu. Kepalanya ditunduk. Dadanya diremas kuat. Sesekali dadanya ditumbuk kuat bagi menghalau rasa sakit itu.
"Am. Kita stop je k." Airil sudah mulai risau tatkala melihat wajah pucat sahabatnya itu.
"Aku boleh handle. Dah jom."
Airil gagal untuk menghentikan sahabatnya itu. Perlawanan diteruskan lagi. Dan diminit terakhir jaringan jauh oleh Amir membuat pasukan mereka memenangi perlawanan itu.
Dengan nafas yang tersekat2 Amir mendekati Haziq yang sudah terduduk di tengah padang itu.
"Kau.. Ja..ngan de...ah penatnye." Amir sudah kehabisan nafas.
"Kotakan janji kau." Airil bersuara bagi pihak Amir.
Haziq meninggalkan gelanggang itu dengan cepat. Baju yang putih itu tadi sudah kotor. Airil dan Amir melihat sesama sendiri.
"Kau gile ke?" Soalan pertama Airil ditujukan kepada sahabatnya itu.
"Ye. Aku gile. Ini semua demi Mai tau. Aku tak nak si psycho tu kacau Mai lagi." Suara Amir sudah mengendur.
"Tapi kau okay ke?" Soal Airil lagi.
Anggukan kepala dan jari thumbs up diberikan kepada Airil. Kemudian mereka berbaring di tengah padang itu. Matahari terik memancar kulit mereka berdua yang putih itu. Amir memejamkan matanya rapat.
"Tak sangka. Kita dapat kalahkan juara psycho tu." Airil memecahkan keheniangan antara mereka.
"Ye. Aku tahu. Aku bangga aku dapat buat semua ni."
"Abang aku kata lama dah kau tak buat check up. Kenape Am?" Soal Airil.
"Ayah,along dengan angah datang."
Airil terdiam. Dia faham sahabatnya itu. Kemudian tiba2 mereka memaling wajah mereka serentak dan membuat mereka bersua muka.
"Nak cendol?" Usik Airil melihat Amir yang masih kemengahan itu.
Gelengan Amir membuat mereka tertawa. Tiba2 tawa mereka terhenti.
"Am!"
Ape jadi kat Am? 😱
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Teen Fiction💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...