❤❤❤❤❤
"Airil!!""Abang-" belum sempat Airil menghabiskan ayatnya Aziz sudah memotong.
"Abang keluar jap ada hal nak berbincang err Mai ikut saya jap."
"Haa? Saya ke? O..okay."
Mai hanya mengikuti langkah Aziz. Kini sisa nya hanya tinggal Am dan Airil. Keheningan mula melanda.
"Lama tak tengok kau. Kau apa khabar?" Am cuba memecahkan keheningan.
Masih berdiam. Airil masih mematung di tempatnya. Wajah nya juga ditunduk.
"Aku minta maaf rel."
"Maaf? Kau bodoh ke? Atau kau pura2 bodoh hah?" Soal Airil.
Am menunduk.
"Kanape kau yang patut minta maaf?"
"Sebab aku tahu ni semua salah aku."
Bugh! Satu tumbukan hinggap di muka milik Am.
"Pukul aku Am! Balas balik! Buat apa yang aku buat kat kau!"
Am masih berdiam di tempatnya. Tidak mengangguk mahu pun menggeleng.
"Maaf-"
"Am, tolong lah... Aku mohon. Jangan buat aku macam ni. Kenape kau naif sangat? Apa yang aku dah buat selama ni kat kau, kau tak nak balas balik ke?"
"Rel, kau kawan aku. Aku ada kau je. Aku ada seorang kawan yang aku dah anggap macam abang aku sendiri. Kau je yang faham aku. Kau je yang ada masa susah senang aku. Aku tahu kau sayang Mai macam adik kandung kau sendiri. Kau jaga dia kau protect dia dari kita kecil lagi sampai lah dia besar. Tapi aku musnahkan kebahagian seorang gadis yang baik sekaligus sahabat aku sendiri. Dan gadis itu lah yang kau jaga yang kau lindungi sejak kecil. Memang patutlah aku terima semua ni.
Maaf aku dah hancurkan bintang paling berharga kau.Hidup aku tak seindah hidup kau Rel. Kau ada ayah ada ibu yang sangat sayangkan kau. Kau ada abang yang sangat caring dan protective. Aku kadang2 cemburu dengan kehidupan kau Rel. Aku teringin kadang2. Akan tetapi aku tahu aku tak mampu. Aku tak layak. Pembunuh, pengotor, pengkhianat macam aku tak layak nak dapat semua tu. Aku tak ada apa2 yang berharga dalam dunia selain daripada keluarga dan kawan baik aku. Betul cakap mak tok. Aku layak berada di sampah sebab aku menjijikkan. Aku menyusahkan. Maaf Rel sebab menyusahkan kau. Apa yang kau cakap kat aku hari tu semua nya benar.
Maaf aku tumpang semuanya dengan kau. Aku tumpang kasih sayang abang dan mak ayah kau selama ni. Maaf aku menyusahkan kau. Uhuk! Aku, uhuk! Maaf rel. Aku rampas semua nya. Aku..uhuk!!"
Am tidak dapat menghabiskan ayatnya tatkala batuk nya mengeluarkan darah. Hidungnya juga ikut mengeluarkan darah. Perlahan tangan nya mengesat darah di hidungnya. Cadar putih nya sudah bertukar kemerahan.
Tiba2 tangan Airil pun lincah mengelap darah di hidung Am. Tangan Airil cuba ditolak perlahan akan tetapi tangan nya terlebih dahulu ditepis kasar oleh Airil.
"Ma..af Am.."
Tubuh kurus Am dipeluk kemas. Air mata lelaki Airil jatuh buat pertama kali nya. Am tersenyum. Mata nya berair menahan sakit. Perlahan, tangan nya mengusap belakang Airil.
"Terima kasih.. Terima kasih sebba sudi terima aku balik."
"Bodoh.. Aku yang patut cakap macam tu. Maafkan aku Am."
"Uhuk!! Uhuk!! Uhuk!!"
"Am??"
Segera tombol kecemasan ditekan saat Am menggenggam erat dada kiri dan dada nya.
Selang beberapa minit kemudian, datang seorang doktor perempuan memasuki ruangan tersebut. Air mata Airil menitis lagi dan lagi melihat keadaan Am.
Tangan Atin tiba2 bergetar. Air matanya jatuh seiringan dengan bunyi degupan jantung nya. Tangan nya yang ingin menyuntik Am tersekat sebegitu sahaja.
"Doc.." Seorang nurse cuba menegurnya.
Atin sedaya upaya menahan getaran tangan nya. Air mata nya jatuh lagi dan lagi.
"Kak.." Kali ini Airil pula yang bersuara.
Am sudah meringkuk menahan sakit. Cadar nya yang putih sudah kemerahan dek kerana darahnya.
Tiba2 jarum di tangan Atin dirampas oleh Aziz yang entah sejak bila dia berada di situ. Dan segera Am bertindak menyuntik Am. Airil terus memeluk sahabatnya itu. Tangan nya mengusap belakang Am perlahan. Air matanya jatuh buat kesekian kalinya.
"Ma...af.." Ucap Am terbata. Tubuhnya bergetar hebat.
Atin terus melangkahkan kaki nya keluar dari ruang rawat itu. Aziz masih membantu para jururawat nya menukar cadar milik Am. Wajah Am kian memucat. Bibirnya membiru. Matanya berair menahan sakit.
"A..bang ma....af. "
"Shuh.. Dah2 tidur. Am perlukan rehat. Nanti Airil jaga."
Perlahan mata kuyu itu ingin tertutup akan tetapi ditahan semula.
"Tadi.. Am.. Tak.. Mimpikan? Angah..."
"Ye angah Am ada kat sini.."
"Am nak jumpe kejap...."
Aziz dan Airil terdiam. Keadaan nya tak mengizinkan tetapi jika begini dua beradik itu tak mampu berkata apa2.
❤❤❤❤❤
Bunyi esak tangis kedengaran di segenap penjuru laluan rumah sakit itu. Tangisan yang amat memilukan."Ampunkan aku ya Allah. Ampunkan aku. Apa aku dah buat ya Allah?? Ya Allah berdosa nya aku ya Allah... Hiks hiks maafkan angah Am. Ampunkan dosa angah Am... Ya Allah kau hukum lah aku ya Allah. Cukup sudah kesengsaraan dia Allahu.. Hiks hiks... Hukum aku ya Allah...."
Atin menangis sambil menelungkup kan muka ya Allah.
"Awak tak baik salahkan diri sendiri. Itu bukan salah awak. Ini dah takdir. Awak tak-"
"No! Saya kakak yang tak berguna. Saya kakak yang tak tahu diuntung. Saya tak pantas dipanggil kakak. Saya yang patut tanggung semua kesengsaraan dia. Bukan dia.. Bukan hiks hiks.. Ya Allah..."
Sedang Aziz cuba memujuk Atin tiba2..
"An..gah.." Suara serak parau itu mengalih perhatian Atin serta merta.
Am dilihat dari atas sampai bawah. Infuse nya diheret bersamanya. Nasal cannula nya dilepas. Tubuh nya kurus. Muka nya yang pucat bagai mayat. Bibirnya membiru. Matanya berair dan kuyu. Tangisan Atin makin pecah. Dia masih terduduk di lantai hospital itu.
"Angah.. Am minta ma..af..." Payah dia bersuara.
"Apa kau cakap?"
Atin berdiri tepat di hadapan Am. Dan
Plakkk!!!!
Tamparan bergema di pipi kurus Am hampir membuat tubuh kurus itu hampid terjatuh dengan keadaan nya sebegini.
"Ma..af ngah.."
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Dla nastolatków💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...