Hening melanda dua orang remaja yang sedang duduk di kerusi menuggu di wad icu.
Flashback***
"Am kau betul ke boleh balik?"Anggukan kepala dan senyuman dihadiahkan kepada Airil dan Maisara. Gadis itu tidak henti menangis. Tangannya mula meremas baju sekolah nya. Dipandangnya tubuh kurus Am yang sedang bersandar di tembok dinding rooftop itu. Am perlahan angkat. Dadanya
terlalu sakit dan sulit untuk bernafas. Baru dua langkah dia jalan melalui Airil dan Mai pandangan Am sudah gelap. Hampir saja muka kacak nya menyembah bumi jika Airil tidak segera menangkap Am ke dalam dakapan nya."Am bangun Am!" Airil sudah cemas. Tangisan Mai semakin kuat.
"Call ambulans sekarang Mai." Arah Airil.
End Flashback*
Dan disini lah mereka menunggu doktor keluar dari ruangan ICU itu. Setelah setengah jam menunggu akhirnya seorang doktor muda keluar dari ruangan itu.
"Abang. Abang macam mana Am? Dia okay tak? Ada apa2 tak? Kenape dia boleh pengsan sampai macam tu?" Soal Airil bertalu talu kepada doktor Megat Aziz Shah sekaligus abangnya itu.
"Adek, ikut abang kat ruangan abang jap. Mai, jaga Am okay?" Arah nya kepada Mai. Mai hanya mengangguk.
Sesampai saja di ruangan abangnya tanpa dipelawa punggung Airil terus mencium kerusi di bilik abangnya itu. Jantungnya sudah berdegup laju. Jarang abangnya itu sedang serious macam sekarang mengenai sahabatnya Amir.
"Airil tahukan dada Amir tu sensetif selepas pembedahan lima tahun yang lepas? Hentaman kuat mengenai tepat dadanya membuat dada nya sakit dan sukar bernafas. Efek daripada pembedahan tu mungkin akan memperburukkan lagi keadaan jantung dia. Dan keadaan paru2 nya memburuk dek. Adek tak pernah larang dia ke? Abang tak tahu nak cakap apa lagi-"
"Tahap berapa dah?" Soal Airil dengan muka yang dingin.
"2. Tapi kita tak perlu risau jika-"
Bam!!! Airil menghentak kuat meja abangnya.
"Kenape Rel tak perlu risau? Kenape? Itu KANSER PARU2 abang. Itu bukan lah asma atau lain2 yang tak perlu Rel risaukan." Perkataan kanser disebut dengan penuh penekanan.
"Kalau adek sayang dia, tolong dia. Cegah dia daripada berbuat benda yang boleh membahayakan nyawanya. Beri sokongan dengan dia. Selalu ada dengan dia. Itu sahaja yang adek boleh lakukan untuk dia."
Bahu Airil sudah bergetar. Megat Aziz menghampiri adiknya lalu memeluk Airil erat. Tangisan Airil hebat saat didalam pelukan abangnya. Bukan mudah untuk dia menerima berita buruk ini semua. Kalau dia sahaja sudah gila seperti ini bagaimana kalau sahabatnya yang menerima berita seperti? Dia takut akan kehilangan sahabatnya.
💕💕💕💕💕
Tombol pintu ruangan vip itu dibuka perlahan oleh Airil. Mai sudah disuruh balik memandangkan hari sudah gelap. Pada awalnya gadis itu menolak kerana merasa bersalah kepada Am. Akan tetapi kesedaran Am sebentar tadi dan memujuk Mai akhirnya gadis itu pasrah dan mendengar arahan Am. Dan kini disinilah Airil. Berdiam menatap wajah Am yang pucat bagai mayat itu. Bibirnya membiru.Pilu hatinya melihat tubuh kurus itu di selangi dengan pelbagai alat dan infuse yang melekat di tangan nya. Pelbagai wayar berselang di dada dan di perut Amir. Sedang Airil leka memerhati Amir yang tiba2....
Maaf ada kesalahan perlu saya betulkan disini.
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Teen Fiction💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...