"Aku tak suka kau cakap macam tu lagi. Dah jom makan."
Amir hanya tersenyum. Sekurangnya dia merasa disayang oleh sahabatnya.
💕💕💕💕💕
"Long am nak sekolah.""Tak. Along cakap tak, tak lah jawapannya."
"Along, Am bosan duduk rumah."
"Am-" seketika ucapan Asad terpotong saat Atin bersuara di hadapan pintu milik Amir.
"Biar je lah budak tu nak sekolah kalau duk rumah pun bukan buat ape menyusahkan je menyakitkan hati tengok muka dia. Lagi bosan kalau dia ada kat rumah. Tak lah stress sangat angah tengok muka dia kat rumah ni. Jijik. Makin sial hari angah tau tak."
"Angah-" tangan Asad dipegang Amir tanda dia tidak mahu Asad memarahi kakaknya itu.
"Boleh ye long?" Pujuk Amir lagi.
"Dah makan ubat yang doktor Aziz bagi?"
"Dah long."
"Okay. Tapi janji dengan along. Jangan letih2."
Amir tersenyum girang. Segera dia ke kamar mandi dan menukar baju nya.
💕💕💕💕💕
"La pancit pulak motor ni. Buat hal betoi lah. Aku dah lambat dah ni. Aduiii!" Rungut gadis itu sendirian.Sedang Asad berhenti di coffee shop itu tiba2 dia melihat sesuatu yang menarik perhatiannya. Dan muncul lah idea jahil nya untuk mengenakan gadis di pinggir jalan itu. Perlahan Asad berjalan dari arah belakang gadis itu dan...
"Jangan bergerak kalau mahu hidup." Asad menahan bahu gadis itu.
Dan brakk!
Asad ditendang kuat mengenai perutnya.
"Eh kau!"
"Ergh.. Orang main2 je lah."
"Maaf. Saya tak sengaja. Maaf." Ucap Maisara.
"Eh awat saya pulak yang minta maaf? Sapa suruh main2 macam tu?"
"Eh yang awak tak pegi sekolah lagi ni kenape? Tak takut lambat ke?"
Maisara terdiam.
"Dah jom." Tangan Maisara ditarik paksa hingga masuk ke kereta mewah itu. Maisara masih terdiam.
"Kalau nk pertolongan cakap. Nanti susah." Asad bersuara.
Maisara masih teliti melihat wajah Asad.
''Hidung dia,mata dia, semua nya sempurna. Setiap kali bertemu mamat ni apasai pulak jantung ni dup dap dup dap ja? Awat? Hang jatuh dah ka Mai? Jatuh kat dia ke? Dia kaya tapi baik tak sombong. Eh apasai pulak ngan aku ni?"
Mai menggeleng keras kepala nya.
"Saya tahu saya handsome. Lebih lima belas minit awak duk tenung saya."
Mai tersenyum kikuk+malu.
"Lain pulak awak hari ni. Selalu kalau jumpa asyik nak bebel jer."
"Terima kasih." Ucap Mai tulus.
Asad tersenyum.
"Terima kasih sebab hantar saya sampai depan sekolah. Kalau macam tu saya pi sekolah dulu lah."
Ketika Mai hendak membuka pintu kereta itu tiba2 tangan nya ditahan oleh Asad.
"Can i have your number?"
Mai tampak berfikir.
"If you don't mind i mean." Sambung Asad lagi.
"Sure. Give your phone." Pinta Maisara.
Setelah telefon milik Asad bertukar tangan Mai mula menekan nombornya di telefon Asad.
"Terima kasih Mai."
"Ye."
💕💕💕💕💕
"Am! Airil!" Panggil Mai dari kejauhan saat melihat kelibat kedua sahabatnya itu sedang berbaring di tengah lapangan itu."Kenape teriak ni?" Soal Airil sambil setia memejamkan matanya.
"Aku- eh Am! Ya Allah! Kau okay tak? Sihat tak? Ada benda yang kau nak tak? Ada sakit kat mana2-"
"Apa yang kau merepek ni Mai? Kau serbu dia seribu satu soalan mana larat budak tu nak jawab." Bebel Airil.
"Aku okay." Jawab Am sambil tersenyum manis.
"Aku minta maaf tau Am." Mai duduk bersila di samping Am yang tengah berbaring.
"Kau tak salah lah Mai. Aku je lemah."
"Haa kau terjerit macam orang nak beranak panggil kita orang dari jauh ni apesal?" Soal Airil sudah jengah.
"Ni mesti ada something kan Mai?" Soal Am pula meneka.
"Aku rasa.. Aku rasa... Aku jatuh cinta laa-"
"Apa?!!" Amir dan Airil bangkit dari pembaringan terkejut mendengar luahan Mai.
"Kau jatuh cinta kat siapa ni Mai? Cakap kat aku siapa mamat tu? Kelas mana? Aku nak tengok." Airil mula tegas.
"Dia bukan orang sekolah ni."
"Habis tu?" Soal Amir.
"Dia lebih tua dari aku-"
"Apa?! No!!" Jawab Airil dan Amir bersamaan.
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Teen Fiction💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...