Bab 29

5.6K 260 7
                                    

💕💕💕💕💕
"Kau dah siap??" Soal Mai sambil tersenyum.

"Dah. Jom lah. Jap Mai. Kau kene tepati janji kau. Buat macam biasa depan Airil. Aku janji aku sendiri akan bagitahu dia pasal semua ni bila tiba masanya."

"Okay tapi bawa semua ubat kau."

Am tersenyum. Sesampai di sekolah, Am terus mencari keberadaan Airil. Dilihatnya Airil sedang berbual dengan rakan sekelasnya. Niat nya mahu mendekati airil akan tetapi kaki nya terhenti setelah dua langkah.

"Takpelah. Tak nak rosakkan mood kau." Am tersenyum kecut. Am terus mengambil tempat duduk di belakang kelas dan ditepi tingkap.

Airil melihat hanya dari sudut matanya. Am terus merebahkan kepalanya di atas meja. Tidak kebiasaan nya dia seperti itu. Airil memerhati tubuh Am.

"Ya allah. Betul ke apa aku buat ni? Kenape dengan aku? Apa dah jadi kat aku ni?" Monolog Airil dalam hati.

Seketika dilihatnya Am berdiri. Dengan laju Am terus berlari keluar kelas. Airil hendak angkat akan tetapi kakinya tidak otaknya tidak bekerjasama dengan hatinya. Yes. And ego win over love.

"Rel haritu kau tak tengok lagi Am kene belasah dengan Daniel terok dia-"

"Jap kau ulang lagi siapa?"

"Daniel-"

"Bukan yang kene pukul?"

"Am."

"Bila??"

"Jap aku ada video haritu."

Airil melihat dengan focus video itu.

"Apa kau cakap? Kau ambik bahagian kawan kau yang berlagak tu jugak? Hahahah! Itu yang kau nak aku tak boleh buat apa."

Bam!!

Airil menghentak meja nya kuat. Seisi kelas itu menoleh nya kecuali Am yang masih menundukkan kepalanya di atas meja. Dengan segera kerusi milik Am ditendang kuat. Kolar baju Am terus ditarik kuat membuat empunya mengikut langkah Airil.

Pintu rooftop sekolah itu ditendang kuat. Am terus ditolak membuat dia tersungkur dihadapan Airil.

"Rel.."

Airil terpaku seketika. Wajah pucat itu ditatap. Darah bercucuran mengalir dari hidung mancung milik Am.

"Berhenti berlagak hero berlagak kau kuat yang kau sanggup kena pukul sebab nak ganti tempat aku."

"Aku.."

Bugh! Sebuah tumbukan hinggap di wajah milik Am itu.

"Rel.. Ak...aku mintak maaf.."

"Hmph! Maaf kau tu tak bernilai bagi aku. Cukuplah kau kenal aku setakat ni. Aku menyesal kenal orang macam kau. Rupa nya kau lebih munafik dari orang yang aku kenal sebelum ni."

Am terdiam. Dia terhenyah. Seketika bibir biru pucat itu menguntum senyum.

"Uhuk!! Ma..af. Aku janji dengan kau, aku akan kembalikan semua hak orang yang aku ambil."

Langkah Airil terhenti saat suara serak Am memanggil nya.

"Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku." Airil mendengar akan tetapi ego menguasai segalanya.

Saat dihadapan pintu Airil dan Mai bertembung. Terlihat wajah cemas dan panik Mai.

"Jom lah Mai. Aku masih waras tak bunuh budak tu."

Dari kejauhan Am memberi signal supaya tidak mendekatinya. Mai mengerti lalu mengikut Airil.

Perut nya digenggam kuat. Kepalanya terasa berat. Hidungnya tidak henti mengalir.

"Uhuk! Uhuk!! Uhuk!! Hoekk!!" Darah pekat mengalir keluar dari mulutnya.

"Ergh.. Sakit ya allah. Ibu, maaf Am jadi anak tak guna. Am tak dapat diharapkan. Ya allah kau kuatkan lah aku ya allah."

Dada kiri nya tiba2 terasa sakit. Sebelah tangan kanan nya meremas kuat dada kirinya. Sebelah lagi tangan nya bergetar mengeluarkan botol ubat nya dari dalam poket. Setelah dua biji pil berupa kapsul nya ditelan rangkus Am menyadarkan badannya di dinding rooftop itu mencuba mengatur setiap hembusan nafasnya. Baju putih nya kini kotor dilumuri darah mulut dan hidungnya tadi.

Bergetar tangan nya mengesat darah di hidungnya. Perut nya terasa sakit. Kepalanya terasa berat. Dadanya bagai dihimpit batu. Matanya dipejam rapat. Dia berdoa agar sakitnya segera menghilang. Perlahan Am cuba mengangkat badannya. Dinding tempat nya berpegang.

❤❤❤❤❤
"Along, angah nak cakap sikit ni."

Asad yang mulanya focus pada laptop nya terus menghentikan kegiatan nya.

"Betul ke perempuan tu yang along cinta?"

Asad terdiam kemudian dia tersenyum.

"Along, along tahu ke nama penuh budak tu?"

"Am ke?"

Fatin mengangguk.

"Tak tahu pulak abang. Lama kut kita duk kat sana dek. Ni kenape pulak tiba2 tanya budak tu?"

"Tak. Sebenarnya macam ni. Angah kan ada seorang patient ni angah curious sangat pasal dia. Nama dia letak kat situ Amirullah je tau. Takde nama ayah dia ape semua. "

"Eh dia ni kenape pulak nak curious sangat ni?"

"Entah kenape angah rasa angah teringin sangat nak tolong dia. Sebab dia pesakit paling teruk case dia angah tengok."

"Dia sakit ape?" Asad tertarik mendengar cerita adik perempuan nya itu.

"Heart disease, kanser paru2 tahap 2, kanser darah tahap 3. And dia hidup dengan satu ginjal je tau. And suddenly i think about ibu. I heard that she had cancer right? Arwah ibu pun ada kanser yang sama macam budak ni tadi tapi dia lebih teruk dari arwah ibu. Tapi kan along, umur dia baru 18 kesian kan dia?"

"How sweet you are. Sebab tu ke adik abang ni nak tolong dia? Bantu lah kalau angah rasa itu yang terbaik. Along sokong setiap apa yang angah buat." Asad mencium dahi sambil memeluk adik perempuan nya itu.

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now