"Ayah?" Atin terkejut.
"Tak sedar diri. Apa lagi kau nak? Tak puas kau dah hancur kan keluarga aku?"
Dengan payah dia berusaha angkat dan berlutut di hadapan Tengku Fendy.
"Ma..af hahh yah.."
"Kau tak layak dapat kemaafan dari aku."
Baru sahaja kaki Tengku Fendy melangkah masuk ke rumah suara lemah Amir menghentikan langkahnya.
"Saya sanggup bu... Uhuk! Buat apa..saja yah.."
"Hidup kan semula isteri aku."
Lima kata itu mampu membuatkan Amir mahupun Atin terdiam. Asad masih setia memerhati dari aras dua rumah itu.
"Ma..maaf Am tahu Am tak dapat gan..gantikan nya..wa i..bu. Kalau.. Sebagai gantinya nyawa Am? A..yah sudi te..terima?"
"Itu pun kalau kau dapat lakukan nya."
"Ayah..akan maafkan Am?"
"Aku akan tunaikan janji aku." Tengku Fendy melangkah pergi menyisakan Amir yang menahan sakit dan Atin yang masih tergamam di sana. Dilihatnya Amir kepayahan membuka bajunya. Setelah baju nya dibuka hati Atin terenyah seketika melihat Amir mengelap darahnya yang menitik di lantai rumah itu.
Kaki Atin perlahan mendekati Amir. Tujuan nya hendak membantu Amir tetapi Amir sudah menutup mata dan meminta maaf. Lama dia menatap wajah Amir. Makin ditatapnya makin tidak sampai hati Atin. Segera Atin beredar dari situ.
💕💕💕💕💕
Pagi itu dengan perlahan langkah kaki Amir berjalan menyusuri koridor sekolah itu. Dia perlu mencari Airil dan Mai saat ini. Puas dia mencari kedua sahabatnya itu. Setelah menemukan sahabatnya di rooftop itu Amir menggagahkan dirinya untuk mendekati Airil dan Mai."Maafkan aku." Ucapnya terus.
Airil dan Mai menghentikan aksi ketawa mereka saat melihat Am.
"Aku gi dulu Rel." Mika ingin berlalu akan tetapi tangan nya ditahan oleh Amir.
"Lepas!" Mai menghempas kasar tangan nya.
"Aku tahu aku salah Mai. Aku janji dengan kau aku betulkan semuanya. Aku janji Mai."
"Sampai hati kau kan Am. Aku kawan kau Am. Kau tahu kan aku cintakan abang kau?"
"Along? Ak- aku tak tahu Mai-"
Plak!!
Tamparan Mai menghentikan ucapan Am. Mai terus berlari meninggalkan Amir dan Airil disana.
"Kalau kau tak nak mati kat tangan aku, jangan cakap dengan aku. Aku tak sudi."
"Maaf Rel maaf." Ucapnya takut. Tanpa memperdulikan ucapan Am, Airil terus meninggalkan Amir.
"Sekarang aku memang dah hina. Ibu, maafkan pembunuh macam Am ni. Am tahu Am tak layak mendapatkan kemaafan mereka. Tapi Am akan cuba bu. Mahupun nanti kaki mereka Am harus cium Am akan lakukan. Biarpun nyawa Am mereka nak dengan senang hati Am akan berikan asalkan Am dapat kemaafan mereka."
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Teen Fiction💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...