Bab 35

6.4K 267 21
                                    

Baru sahaja Atin mulai mendekat, Am sudah berpegang pada dinding dan memejamkan matanya. Airil dan Aziz hanya jadi pemerhati. Mereka perlu berjaga2 juga dengan keadaan Am.

Dan greb!!! Atin memeluk Am erat membuat matanya terbuka luas. Dia terkejut.

"A...angah... Am... Ko..kotor. Baju.."

"Angah minta maaf. Angah minta ampun. Ampunkan angah dek. Angah jahat. Angah bodoh. Angah tak guna. Maafkan angah dek."

"Ta..kk. Am tak layak.."

Semakin kuat pelukan Atin seakan dia tidak mahu melepaskan Am. Sedikit2 senyuman Am mula mengembang.

"Uhuk!! Uhuk!! Uhuk!! Uwekkk!!" Baju Atin sudah berlumuran darah.

"Ma..af ngah.."

"Nurse!!" Aziz terus mengarah juru rawat nya segera membantu Am kembali ke ranjangnya semula.

Tanpa berlengah lagi Am pun segera ditangani. Suntikan pertama Am gagal kerana urat nya susah dicari ketika penyakitnya sedang menyerang. Suntikan kedua masih sama. Aziz mulai bingung. Tangan Am sudah membiru. Tiada pilihan lain Aziz terus mencari urat di kaki Am dan terus menyuntiknya. Akan tetapi Am masih kelihatan sengsara menahan sakit.

"Doc..." Seorang nurse sudah mulai bimbang.

"Kuatkan lagi dose dia."

"Tapi doc.. Efect dia.."

"Lakukan." Aziz tiada pilihan lain.

Airil sudah terduduk di lantai. Atin bagai tiada arah tuju. Dan suntikan keempat Am pun diberikan. Perlahan akan tetapi mampu membuat tubuh kurus itu berhenti bergerak menahan sakit.

"Rel, balik ye? Pergi rehat. Nanti abang jaga Am." Pujuk Aziz. Akan tetapi jawapan diberi tetap sama. Gelengan kepalanya menandakan dia tidak akan berganjak dari bilik rawat Am itu.

Aziz menghela nafas berat.

"Atin, pergi jalankan tugas awak. Masih banyak yang memerlukan awak." Atin hanya mengangguk kemudian perlahan keluar dari ruang rawat itu.

Tiba2 bunyi ketukan kedengaran.

"Hah macam mana hah keadaan Am?" Mai kelihatan kelelahan.

"Jangan cemas Mai. Dia tak ape2. Dah jom masuk." Ajak Airil.

Mai mengurut tangan milik Am dengan perlahan. Mukanya terlihat sangat pucat. Perlahan mata itu terbuka.

"Rel..." Suara serak itu membubarkan lamunan Airil. Segera Airil menekan tombol kecemasan.

"Ye? Ye? Mana yang sakit Am? Cakap kat aku."

Kepala Am diusap lembut.

"Nak mun..tah."

Segera Airil membantu tubuh kurus itu menuju ke bilik air. Mai segera mencari tuala untuk siap sedia.

"Uwekkk!! Uhuk!! Uwekk!! Erghhh.. Sakit rel..." Am meremas kuat perut dan dadanya. Badan nya begetar hebat.

Mai sudah tidak kuat menahan tangisnya. Dia terduduk di hadapan pintu bilik air itu. Mulutnya ditekup kuat supaya Am tidak mendengar tangisan nya.

Airil memeluk tubuh Am dengan erat. Dia sudah tidak sabar. Telefon nya di ambil. Kemudian dia mendail abangnya.

"Abang! Mana abang?! Tolong.. Tolong bang.."

Kemudian tangis nya terdengar. Dia sudah tidak kuat melihat keadaan Am. Tidak beberapa lama kemudian pintu ruang rawat itu dibuka kasar oleh Aziz.

"Abang.."

"Siapa yang tak dengar tombol kecemasan tadi?" Soal Aziz tegas.

Seorang pun antara mereka tidak bersuara.

"Mengaku atau semua tahu akibatnya."

"Saya doc. Maaf saya lalai saya tengah bantu seorang warga emas yang accident tadi doc. Maaf doc.."

Aziz menghembus nafas kasar. Segera tubuh kurus itu digendong terus ke katil nya. Aziz mulai menangani Am. Am masih dalam keadaan sedar menahan sakit. Tubuhnya meringkuk di atas katil. Dada nya diremas kuat.

"Kita tak dapat nak inject dia lagi doc. Dose dia dah terlalu tinggi bahaya doc."

Aziz terdiam. Dia tahu itu.

"Kita tiada pilihan. Pasang tabung oksigen untuk-"

"Abang......" Am menahan tangan Aziz sambil menggeleng.

Pintu ruang rawat itu dibuka kali ini tampak Atin yang kelelahan kerana bergegas menuju ke ruang rawat Am. Segera dia menuju ke arah Am sambil menggengam tangan Am. Mata Am sudah berair menahan sakit. Wajah pucatnya bagaikan mayat. Bibirnya membiru. Hidungnya memerah.

"Heii2... Dengarkan angah hem? Pakai tabung oksigen tu untuk kebaikan adek ye.." Suara Atin serak menahan tangisnya.

"Suntik..je..am.. Am mo...hon ngah..."

"Isk...ye ye.. Angah suntik ye..." Atin tidak sampai hati. Dia terus mengarah Aziz untuk menyuntik Am. Perlahan tubuh itu berhenti bergerak gelisah.

Mata Mai sudah bengkak tidak henti menangis. Airil mengajak Mai pulang memberi ruang untuk Atin dan Am meluangkan masa. Atin mendapat keizinan menjaga Am untuk semalam oleh atasan nya atas bantuan Aziz.

Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Perlahan mata itu terbuka. Jarinya bergerak membangunkan Atin dari tidurnya.

"Heii adik angah dah bangun.. Mana yang sakit? Cakap kat angah hem??"

Am menggeleng perlahan. Kemudian dia tersenyum.

"Maaf ngah menyusahkan angah.." Ayat Am terpotong saat Atin menggeleng kepalanya tanda dia tidak suka mendengar ayat Am.

"Cakap kat angah. Kenape tak nak pakai tabung oksigen? Benda tu demi kebaikan Am tau. Lagipun Am senang nak bawak mana2 sebab dia macam back pack je dik."

"Am.. Am tak nak ayah dengan along tahu. Ada banyak lagi Am perlu lakukan. Am belum dapat kemaafan ayah dengan along lagi. Am belum lagi puaskan hati maktok-"

"Dalam keadaan macam ni, macam mana Am masih boleh fikirkan tentang orang lain?"

"Am cuma nak berterima kasih kat mereka ngah. Sebab sudi besarkan anak pungut,jijik, kotor dan pembawa penyakit macam Am ni. Am tak kisah kalau Am buta apa itu kasih sayang walaupun Am teringin rasa kasih sayang ayah,along,maktok dan angah tapi Am tahu itu terlalu besar untuk Am angankan. Tapi cukup kalau Am dapat kemaafan dari mereka buat Am rasa gembira sangat. Am bersyukur angah sudi cakap dengan Am. Am hargai sangat2. Am gembira sangat2."

Atin masih terdiam mencerna ayat adiknya seketika. Hatinya terusik. Pilu sangat pilu apa yang Am luahkan membuat hatinya terusik.

"Ngah, nanti andai Am memang ditakdirkan tak dapat dengar kemaafan mereka kat Am, Am mohon tolong dengarkan bagi pihak Am ye ngah?"

"Shhhh. Dah2. Angah tak suka Am cakap macam ni. Angah keluar jap beli makanan. Am laparkan?"

Am hanya mengangguk. Atin terus keluar dari ruang rawat itu. Kaki nya yang mula nya laju kini perlahan dan semakin berat. Hatinya sakit. Pedih. Pilu. Kecewa. Marah. Pada siapa? Tentunya pada dirinya sendiri. Perlahan Atin terduduk bersandar di dinding hospital itu.

"Hukum aku ya Allah! Hukum aku jangan dia! Hiks.. Am ampunkan angah Am.."

Setelah puas menangis Atin terus bangkit mengusap air matanya dengan kasar kemudian berjalan menuju ke kantin hospital itu.

❤❤❤❤❤
Bunyi kasut bertumit dua inci itu menggema di seluruh lorong hospital itu.

"Aku akan pastikan kau menyesal." Gumam wanita paruh baya itu seorang diri. Dua bodyguard nya masih setia mengiringi nya hingga ke tempat yang ditujunya.

Dan brakk!! Pintu itu dibukanya kasar.

"Mak..tok?"

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now